RODHIAH hilang sabar. Habis barang dia hempas ke lantai kayu. Kaca-kaca berhamburan jatuh. Azahra meringkuk ke sudut dinding. Menanti pukulan yang tak kan pernah puas dari tangan besar Rodhiah.
"Halim! Halim!" jerit pekik Rodhiah terdengar kuat. Terkocoh-kocoh Halim yang tubuhnya kurus kering datang sambil mengosok-gosok hidungnya.
"Kau pergi mana hah? Tahu merayap saja kerja kau. Aku ni kerja banting tulang. Bukannya tahu nak menolong aku,tahu nak habiskan duit aku adalah. Bapak kau mana?!"
Halim yang tidak tahu duduk diam itu melilaukan mata kesekeliling. Dengan mata merah menyala dia geleng kepala tidak tahu.
Kemudian Halim senyum miring bila tatapan jatuh pada Azahra yang meringkuk ketakutan. Dua tiga kali liurnya diteguk apabila melihat tubuh sintal Azahra yang berisi di beberapa tempat.
"Bukan tadi bapak kau pergi sekali dengan kau ke? Mana pula orang tua tu merayap. Tak reti nak duduk rumah langsung. Kalau pergi cari kerja tak apalah juga. Ini tak! Kau dengan bapak kau dua kali lima saja. Masing-masing nak mampuskan aku." bicara kasar Rodhiah memang selalu begitu. Menyumpah seranah dan memaki hamun tak kira tempat.
"Yang kau tengok budak Zahra tu kenapa? Jangan nak jadi bodoh. Aku memang tak suka budak ni, tapi kalau kau berani buat benda tak elok dekat dia siap kau aku kerjakan." Rodhiah lontarkan amaran.
"Halim cuma tengok. Tak luak pun anak sedara Mak ni."
Rodhiah mendengus keras.
"Aku tak percaya kau ni. Dua kali lima dengan bapak kau tu. Pantang tengok Zahra ni sikit mulalah nak meliar keatas ke bawah. Dah! Kau pergi cari bapak kau sekarang. Heret dia balik sini." suruh Rodhiah seraya menolak kasar belakang tubuh Halim.
"Halim tak tahu bapak pergi mana."
"Kau jangan nak beralasan. Mana lagi bapak kau nak pergi kalau bukan dalam semak nun berjudi. Habis duit aku dalam tin dikebasnya. Aku syak kau pun mesti terlibat sama. Kau dengan bapak kau sekepala. Pergi cari dia. Aku nak ajar orang tua tu! Duit aku simpan pun dia nak rembat. Dasar suami jahanam!"
Tak cukup tanah Halim lari bila punca Rodhiah mengamuk adalah duit yang Rodhiah simpan dalam tin lesap. Siapa lagi yang ambil kalau bukan dia dengan bapak.
Ah! Tak boleh jadi. Lepas ni pasti dia pula yang diamuk Rodhiah. Bapak belum tentu akan balik.
"Zahra! Sini! Kau ambil penyapu kemas barang-barang yang aku jatuhkan. Bila aku keluar sekejap lagi aku taknak tengok apa-apa barang lagi bersepah atas lantai. Kalau tak siap kau aku pukul!"
Azahra yang jelas masih kesakitan itu berlari anak mengambil penyapu. Dikemas segala sampah-sampah hasil amukkan Rodhiah.
Sejam selepas itu muncul Halim yang tercungap-cungap mengambil nafas. Rodhiah keluar dari bilik. Menjengil biji mata pada Halim yang datang seorang diri.
"Halim tak jumpa bapak mak!"
"Kau jangan nak menipu aku Halim. Dalam ceruk semak mana kau cari hah?! Aku tahu bapak kau tengah berjudi sekarang. Dasar suami tak guna! Pemalas! Dia ingat aku cari duit macam cari daun dekat tepi jalan. Kau cari dia Halim!" Rodhiah bercekak pinggang.
Halim yang memang membohong itu nak tak nak terpaksa tidak balik malam ini. Sudah sah-sah bapak pun takkan ikut dia balik hari ni. Mengamuklah Rodhiah seorang-seorang.
"Bawak bapak kau kesini Halim. Jangan kau pula nak merayap masuk semak. Anak bapak sama saja perangai dua-dua menyusahkan aku." bebel Rodhiah lantang. Halim sudah menghilang. Azahra kecut perut bila mata tajam Rodhiah mengarah padanya pula.
"Yang kau ni pula terhegeh-hegeh buat kerja. Lembap macam siput babi! Kemaslah, jangan tahu nak melantak saja dalam rumah aku ni!"
Susah payah Azahra teguk airliur. Rodhiah pergi dengan hentakkan kaki. Bergegar rumah kayu separuh simen itu bila kaki besar Rodhiah menapak.
Siapa yang tidak gerun dengan tubuh sebesar itu? Telapak tangan Rodhiah saja hampir memenuhi muka Azahra.
YOU ARE READING
DERITA AZAHRA ( Ebook)
RomanceAzahra baik. Dia perempuan kampung yang dipergunakan kerana janji seorang sahabat. Berhijrah ke bandar dan ditipu. Dijanjikan pekerjaan namun maruah dia yang diperjualbelikan. Dikota besar itu dia meneruskan hidup. Dikota besar itu juga dia datang...