"JULIA nak pergi mana?"
Azahra mendekat. Merenung tak lepas pada gaun pendek yang tersarung ditubuh tinggi Julia. Malam makin larut tapi Julia ingin keluar. Entah kemana Julia mahu pergi. Seminggu disini sudah tiga hari dia intai senyap-senyap tingkah Julia yang selalu merayap diwaktu malam.
Baru hari ini kesempatan bertanya itu ada.
Petang tadi dia ada bertanya tentang kerjanya pada Julia. Seminggu ini dia hanya menumpang dirumah Julia. Tidak tahu mahu berbuat apa selain makan dan tidur. Rumah Julia sentiasa bersih. Tidak banyak yang nak dikemas selain basuh pakaian dan mencuci pinggan mangkuk.
"Eh, aku ada hal sikit. Malam ni kau tak payah tunggu aku. Maybe lewat sikit aku balik. Kau tidurlah. Jangan risau pasal aku." balas Julia.
"Hati-hati Julia."
Julia angguk. Mengangkat sebelah tangannya dan membuka pintu. Selangkah menapak keluar dia kembali berpaling kebelakang. Azahra setia menunggu.
"Malam esok kau boleh teman aku tak?"
"Kemana? Julia dah dapat kerja untuk Zahra?"
"Lebih kurang macam tu lah."
"Boleh. Zahra ikut Julia esok."
Tak tahulah Julia sama ada sifat teruja Azahra ni berkesudahan sampai malam esok atau tidak. Fakhril baru saja set masa untuk bawa Azahra. Kata Fakhril esok ramai yang akan serbu kelab. Rata-ratanya orang kaya raya.
"Okaylah, aku pergi dulu."
Lambaian diberikan pada Julia. Dia jadi gembira.
"KAU tengok dekat sana tu."
Jari telunjuk Fakhril mengarah ke satu tempat. Pada tiga orang lelaki yang sedang menikmati minuman keras.
"Mana satu?" Dahi Julia berkerut. Disangkanya Fakhril suruh dia menggoda.
"Yang tengah."
Arah mata Julia beredar kesana. Mengerling pada lelaki yang sejurus tadi baru saja digoda oleh beberapa orang wanita malam. Lelaki yang nampak lebih banyak diam daripada bercakap.
Dia suka jenis orang begini. Kalau diheret ke hotel pun tak banyak berkira soal harga. Sekali minta sudah dilayangkan duit depan muka.
"Nak suruh aku kesana? Poket dia mesti tebal. Jam dekat tangan dia dari sini aku dah boleh teka berapa harganya."
Fakhril rangkul bahu Julia.
"Aku target dia esok. Itu Megat Tajul Zidan. ANak emas Megat Tajuddin."
"Siapa? Aku tak kenal orang bisnes. Dunia aku dengan dunia bisnes berbeza. Majalah yang aku baca pun hanya gosip-gosip glamor selebriti."
"Golongan bangsawan. Anak ahli perniagaan terkemuka. Bisnes dia bisnes perkapalan dan automotif. Lebih kepada perkapalan sebenarnya. Aku tak tahu banyak pasal dia. Tapi apa yang aku tahu dia kaki perempuan. Anak orang kaya yang suka curi kesempatan masuk kelab dan cari kepuasan dengan langgan perempuan untuk diheret masuk kebilik." terang Fakhril.
"Esok aku harap dia datang." sambung Fakhril sambil menyesap minuman yang tinggal separuh.
"Kalau dia tak datang pun masih ramai lelaki yang akan ambil Zahra. Kenapa kau nak risau targetkan orang tu untuk Zahra esok."
"Sebab aku nak Zahra perangkap dia kalau dia dapatkan Zahra esok."
Julia membelalakkan mata.
"Untuk apa? Zahra pun belum tentu lagi akan maafkan kita kalau dia tahu esok dia akan dilelong dan dipertaruhkan. Kau gila ke apa nak suruh Zahra perangkap lelaki tu." Julia tidak setuju.
"Rilekslah. Kau ni pun. Aku cuma cakap belum rancang apa-apa lagi."
"Aku tahu dalam otak kau ni licik."
"Okay-okay. Aku cuma target belum tentu dia pun bertaruh untuk dapatkan Zahra."
"Biar aku sajalah goda dia. Pelanggan aku malam ni pun tak jadi nak booking aku." Julia mahu bangun tapi Fakhril menghalang.
"Kalau macam tu biar aku booking kau malam ni."
Dahi Julia berlapis.
"Kalau free aku tolak."
Fakhril senyum sinis. Dasar mata duitan! Dompet yang berada atas meja dia raih. Diletakkan dompet tersebut atas paha terdedah Julia.
"Ambil semua duit dalam tu. Kau ingat aku miskin sangat ke? Setakat nak bayar harga layanan kau sepuluh malam berturut-turut pun aku boleh bagi."
Angkuh. Julia mencebik. Dompet Fakhril dibuka. Bersinar mata dia melihat not-not berwarna ungu yang berlapis-lapis. Ditarik keluar lalu dimasukkan kedalam begnya.
"Urusan macam ni lah yang aku suka."
Pinggang Julia dicengkam. Fakhril jatuhkan bibir ke leher wanita itu. Memberi hisapan dibeberapa tempat sebelum menarik tubuh Julia ketempat tertutup.
YOU ARE READING
DERITA AZAHRA ( Ebook)
RomanceAzahra baik. Dia perempuan kampung yang dipergunakan kerana janji seorang sahabat. Berhijrah ke bandar dan ditipu. Dijanjikan pekerjaan namun maruah dia yang diperjualbelikan. Dikota besar itu dia meneruskan hidup. Dikota besar itu juga dia datang...