2

547 66 24
                                    

Alang² dia dah timbul tanpa sabar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alang² dia dah timbul tanpa sabar tadi. Nah lagi 1. Okey ke tu?


SUSAHNYA!” Syeefa menjerit sekuat hatinya. Tetikus yang digenggam dan ditekan-tekan sejak satu jam yang lepas dilemparkan ganas. Puas hati Syeefa! Skrin komputer riba yang berselirat dengan banyak garis-garis itu direnung gaya lapar berpuasa selama 24 jam!

“Kenapalah aku pergi ambil course ni? Kan lebih bagus duduk jaga kedai dengan kakak? Babah…help me!” Syeefa terus-menerus mengomel sendiri. Terdongak kepalanya menghadap langit biru.

“Hai, ratu!”

Automatik Syeefa mendesis. Kalau dah panggil nama begitu bukan orang lainlah kalau bukan manusia yang bernama Amar Jebat! Lelaki penyibuk yang baru sahaja seminggu berjiran dengannya.

Amar tersengih nakal. Mata mencuri pandang pada laptop yang berada di atas riba si gadis. Sejak tadi sebenarnya dia memerhatikan Syeefa yang duduk di laman belakang rumahnya itu. Laman belakang rumah Syeefa ini cantik dan selesa untuk melepak. Lebih lagi keseluruhan tanahnya ditutupi dengan rumput tiruan. Bersih dan kemas. Pandai Putri mengatur rekaan.

“Ratu!”

Diam. Syeefa mengabaikan sahaja kewujudan lelaki di sebalik tembok pagar batu di belakangnya itu. Sibuk! Sibuk! Bencilah!

“Yuhu! Ratu! Oi…” Amar tak berputus asa. Sebenarnya dia faham sahaja yang Syeefa malas nak melayannya tetapi sengaja Amar mahu menyakat. Lagi meluat orang padanya, lagi suka dan lagi kerap Amar akan kacau!

Kali ini tahap kesabaran Syeefa sedikit teruji. Bibir diketap-ketap dan tempo helaan nafasnya juga sudah mulai berubah rentak. Sekejap laju dan sekejap perlahan. Sabar, Syeefa. Anggap sahaja Amar itu semut. Tak ada bunyi!

Kali ini Amar mula ketawa. Kulit muka Syeefa yang sudah nampak sedikit merah itu membuktikan yang Amar sudah berjaya membuatkan Syeefa sakit hati. Lantas, laju sahaja Amar memanjat pagar batu yang memisahkan laman belakang rumah mereka.

“Adui, sibuk betul.” Syeefa menggumam. Punggungnya bergerak menjauhi Amar yang tidak tahu malu duduk di sebelahnya tanpa izin. Dijelingnya Amar yang tersenyum-senyum syok sendiri di situ.

“Bukanlah susah sangat kalau kau bagi jiwa kau dekat apa yang kau buat, ratu.” Amar tersenyum nipis. Hei, alergik sungguh ya Syeefa Balqis dengannya? Apa sebabnya?

Syeefa menoleh ke sisi bahu. Kecil sahaja matanya memandang Amar. Gaya cakap macam boleh baca hati orang sahaja!

“Aku macam orang gila hadap benda ni berminggu-minggu tau. Suka hati kau aje cakap aku tak bagi jiwa dengan apa yang aku buat.” Terketap-ketap bibir Syeefa. Eee, kalau tak fikir baru sahaja kenal dengan Amar, sudah lama Syeefa cubit-cubit seluruh tubuh Amar sambil dia meluah rasa geram. Sakit hati!

Yours, JebatWhere stories live. Discover now