11

337 50 7
                                    

BUNYI penggera kebakaran sangat kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BUNYI penggera kebakaran sangat kuat. Asap tebal memenuhi ruang. Telinga menjadi bergema-gema. Pandangan mata menjadi sangat sukar. Asap tebal dan debu-debu memedihkan mata. Bahang panas memeritkan kulit tubuh.

"Mama!"

Amar cuba untuk membuka lebih besar matanya. Pandangannya ditebarkan ke seluruh ruang cuba untuk mencari keberadaan Syeefa yang sudah hilang di sebalik asap tebal. Hanya suaranya sayup-sayup kedengaran membuatkan Amar semakin takut.

"Mama! Mama! Syeefa tak nampak mama!" Syeefa menjerit-jerit sambil melangkah tanpa arah. Syeefa sendiri tak pasti kalau dia berada di laluan yang betul untuk mendapatkan Puan Ziana. Asap sangat tebal membuatkan dia terbatuk-batuk dan sukar bernafas namun langkah tetap dimajukan.

"Syeefa! Tunggu! Jangan masuk!" Giliran Amar pula menjerit. Bunyi letupan-letupan kecil menggusarkan hati Amar. Tahu, situasi ini bakal menjadi semakin buruk dan keberadaan mereka berdua di sini adalah sangat membahayakan!

Syeefa mendongak ke atas. Dia perlu naik ke atas!

"Argh!" Syeefa menjerit kuat. Tubuhnya terus terduduk di atas lantai. Tapak kaki yang terasa panas dipegang. Berkerut-kerut mukanya. Tubuh mulai basah dek peluh. Tekak mula terasa perit. Mata masih tidak lepas memandang ke arah tangga.

"Syeefa! Ya Allah!" Amar yang entah dari mana tiba-tiba sahaja muncul di belakang Syeefa. Dia ikut menunduk, memegang kaki Syeefa. Lekas-lekas wajah Syeefa dicari saat Syeefa mendesis sakit.

"Tapak kaki kau melecur. Kita kena keluar dari sini. Terlalu bahaya, Syeefa!" ujar Amar. Sedikit kuat suaranya.

Syeefa menolak keras tangan Amar yang cuba untuk membantunya bangun. Susah-payah tubuhnya cuba bangkit berdiri. "Aku nak cari mama! Kau keluar! Call a help!"

"Jangan nak merepek! Kau tahu tak bahaya? Kau tak nampak ke keadaan rumah ni macam mana sekarang? Keluar dari sini! Aku janji, aku cari mama sampai jumpa!" Amar menjerit lantang. Bahu Syeefa direngkuh erat. Tajam matanya memandang Syeefa.

Syeefa memanggung kepala. Matanya yang merah dan basah merenung tepat ke mata berurat Amar. Rambut, dahi dan seluruh tubuh Amar juga sudah basah bermandi peluh. Syeefa mahu akur, lantas dia mengangguk kecil membenarkan Amar untuk membawanya keluar.

"To...tol... uhuk! Uhuk!"

Amar dan Syeefa terenjat. Masing-masing tidak jadi bergerak. Di dalam bunyi api yang marak, dapat mereka dengar suara yang tersekat-sekat dari arah atas. Dua pasang mata itu lantas memandang ke arah tangga.

"Tolong..."

Lemah! Suara itu sangat lemah dan Syeefa sangat kenal pemiliknya.

"Mama! Mama! Mama dekat mana?" Syeefa menjerit. Kelam-kabut dia cuba bangun sendiri. Menolak pegangan Amar di lengannya. Cuba menapak lebih depan. Matanya yang pedih cuba diliarkan ke arah tangga mencari susuk tubuh Puan Ziana.

Yours, JebatWhere stories live. Discover now