4

446 64 12
                                    

Hai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai. Sisturrr 🐢 timbul lagi. 😊



KEPALA menunduk sedikit, membetulkan sisi kain dress yang tersarung di tubuh. Cantik sungguh dress-nya. Berona kuning lembut dan tertampal English lace putih di sepanjang kedua-dua belah lengan. Labuh menutupi kaki dan terletak elok di tubuh, tidak menampakkan lekukan badannya. Kepala kembali terdongak, memandang ke sisi sebaik sahaja satu gelas kaca berisi air berwarna oren itu diletakkan di atas meja, di depannya.

“Bosan, eh?” Amar menyoal seraya mengambil tempat di sebelah Syeefa. Rambutnya disebak ke belakang sedikit sebelum satu butang teratas kemeja hitam yang dipakainya dibuka. Mata meliar memandang sekeliling.

“Bila boleh balik?” Syeefa menyoal, malas. Tak perlu nak jawab soalan Amar, jelas-jelaslah muka Syeefa dah macam muka orang hilang jiwa. Hadir di majlis reunion kolej Amar ini pun atas dasar membalas budi. Kalau tak agaknya waktu ini, Syeefa sedang bersenang-lenang di atas katilnya melayan filem Disney kegemarannya yang diulang tayang berjuta kali!

Amar lepas tawa. Tubuh bersandar santai di kerusi. Masih sibuk menikmati persembahan nyanyian satu kumpulan tempatan di atas pentas sana. Kemudian mata melirik ke atas meja, pada piring yang sudah kosong dari isinya.

“Suka puding karamel, eh? Tadi rasanya aku ambil dua keping. Sekarang dah licin?”

Syeefa sembunyi senyum. Terjungkit hidungnya, mengejek Amar. Segan! Ingatkan Amar ambil untuknya sahaja. Mana nak tahu yang Amar nak kongsi piring yang sama dengannya?

Amar masih ketawa kecil. Tertangkap dek mata aksi comel Syeefa. “Sorry kalau bosan. Aku pun kalau boleh nak gerak tapi tunggu kawan aku seorang ni kejap. Dia sampai, aku sembang sekejap lepas tu kita gerak, okey?”

 “Okey tapi janganlah lambat sangat. Kalau mama tahu, bising.” Bibir Syeefa memuncung. Jatuh bahunya mengenangkan kalau Puan Ziana yang kini berada di Sabah, bermesyuarat di sana untuk tempoh masa empat hari ini tahu di mana keberadaannya dan dengan siapa. Hanya pada Medina Putri sahaja dikhabarkan.

“Kalau mama tahu, bolehlah aku jumpa mama kau, kan? Senang sikit nak halalkan hubungan kita ni.” 

Soalan terus-terang Amar berjaya membuatkan air yang baru sampai di tekak Syeefa laju ditelan! Gila! Mujur tak tersembur. 

“Merepek!” 

Pap! Bahu Amar ditampar kuat. Mengekek-ngekek lelaki yang tampil dengan gayanya yang lebih santai malam ini. 

“Hahaha! Syeefa,” panggil Amar di dalam tawa yang masih berbaki. Jelingan Syeefa disambut dengan rasa suka yang memekar di hati. Comel! 

“Kau tak ada someone ke sekarang?”

Berkerut sedikit kening Syeefa sebelum tiba-tiba sahaja Syeefa ketawa. Ketawa yang hanya dinikmati oleh Amar tanpa mahu bertanya mengapa.

“Sekarang?” soal Syeefa dengan kening yang terjungkit. 

Yours, JebatWhere stories live. Discover now