17

393 56 9
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




MPV yang dipandu oleh pemandu syarikat itu menghampiri pintu utama ruang lobi sebuah hotel ternama. Dua orang penyambut tetamu sudah siap berdiri di bahagian tangga rendah itu menunggu kehadiran mereka. Mungkin sudah diberitahu awal-awal tentang mereka. 

Pintu MPV dibuka dan Amar yang keluar dulu, kemudian diikuti oleh Lila Amani Tan Sri Jagev Singh Abdullah. Lengan Lila diraih oleh Amar yang sudah tegap berdiri di luar MPV apabila melihatkan gadis itu yang nampak agak sukar mahu melangkah turun dek kain yang dipakainya ketika ini.

Syeefa sekadar memerhati. Dia ikut turun setelah Ghaz di sebelahnya siap berdiri di luar MPV. Senyuman segaris diberikan kepada Ghaz yang memerhati setiap pergerakannya. Berbeza dengan Lila, Syeefa yang mengenakan seluar pejabat ketika itu langsung tak nampak seperti memerlukan bantuan pun. 

Amar melihat sekilas ke arah Syeefa dan Ghaz sebelum pegangan tangannya di lengan Lila dilepaskan. Mendahului Syeefa dan Ghaz, Amar berjalan beriringan dengan Lila memasuki ruang lobi tempat makan tengah hari mereka hari ini.

Syeefa diam sahaja mengikut. Belakang tubuh langsing Lila yang nampak cantik tersarung pakaian yang sopan dan berjenama itu dipandang dengan rasa dada yang semakin lama semakin mengetat. 

Ya. Gadis yang sangat cantik dan ayu di depannya itu adalah Lila Amani. Anak seorang usahawan singh mualaf yang terkenal di Malaysia. Tidak seperti tipikal anak gadis jutawan yang lain, Lila nampak sangat sopan dengan mahkota di kepalanya ditutup kemas tudung yang dilabuhkan menutup dada. Pakaiannya longgar namun masih mengikut trend terkini. 

Dia… bakal tunang Amar Jebat.

“Awak okey ke, Syeefa?” soal Ghaz apabila dilihatnya wajah Syeefa semakin pucat. Sejak dari dalam bilik mesyuarat lagi Ghaz sudah perasan. Tiba-tiba sahaja Syeefa nampak seperti tidak sihat. 

Tak mampu rasanya suara mahu melepasi kerongkong. Sejujurnya, Syeefa terasa sangat lemas namun digagahkan juga langkah kakinya. Senyuman diukir biar Syeefa tahu ianya tidaklah semanis selalu. 

“Syeefa cuma pening sikit.”

Ghaz menghela nafas perlahan. Belakang tubuh Amar dan Lila dijeling sedikit. “Patut tadi Syeefa bertegas. Lila memang macam itu. Perangai suka memaksa orang sikit.”

Syeefa diam sahaja. Habis sahaja perbincangan mereka yang Lila ikut serta secara mengejut itu, terus sahaja gadis itu mengajak mereka makan tengah hari bersama-sama. Syeefa menolak pada awalnya namun dipaksa juga oleh Lila. Amar Jebat? Lelaki itu hanya diam sahaja. Membisu. Langsung tak cakap apa-apa. 

Mungkin sudah ditempah awal, mereka berempat terus sahaja dibawa ke arah sebuah meja bulat di dalam ruang restoran di hotel itu. Buku menu dan segelas air kosong telah siap sedia di atas meja. 

Kosong. Buku menu di tangan hanya sekadar ditatap. Pandangan matanya menjadi kosong. Sokosong otaknya sekarang. Ruang yang sepatutnya dingin itu terasa berbahang panas. 

Yours, JebatWhere stories live. Discover now