23

521 54 11
                                    

GHAZ sembunyi senyum setiap kali melihat gerak tubuh wanita di depannya itu. Hari ini, Syeefa nampak manis memakai baju kurung kapas bercorak bunga-bunga kecil. Cantik dan manis dengan gaya rambutnya yang disanggul melepaskan beberapa helai rambut di pelipisnya. Namun, di sebalik keayuan dan kemanisan wanita itu, dia nampak sangat gelisah. Fikiran dan jiwanya bukan di sini.

“Jangan fikir yang bukan-bukan. Kalau fikir Amar buat hal, Syeefa boleh check cctv sekarang kalau nak.”

Syeefa tersentak. Laju sahaja mata bundarnya yang tadi merenung lekat pintu bilik pejabat Amar dilarikan semula mencari tampang wajah Ghaz. Melihat lelaki itu yang sedang sembunyikan senyum, Syeefa terus tertunduk segan dan dia ketawa kecil.

“Saya tak tahu apa yang mereka bincangkan. Kalau Lila tiba-tiba balik sini mesti ada hal berkaitan syarikat. Kalau semata-semata sebab peribadi mereka berdua, mustahil sangat. Lila tak serius pun dengan Amar selama ni.”

Syeefa angkat muka. Keningnya berkerut sedikit. Sebenarnya dia tak pernah dapat jawapan sepenuhnya dari Amar mengapa hubungan Amar dan Lila agak pelik dari orang lain. 

“Enam tahun mereka kenal, tak serius lagi ke?”

Ghaz menggerakkan bahunya. “Anggap ajelah mereka saling mempergunakan diri masing-masing menjadi sebab mereka kekal menjadi pasangan.”

Syeefa terkejut. Matanya bulat sedikit. “Lila tahu apa di sebalik syarikat parents dia ni?”

“Kalau dia salah seorang waris yang bakal ambil alih perniagaan ni, mustahil dia tak tahu walau sikit pun.”

Semakin kaget Syeefa. Langsung dia tak jangka!

“Tapi Lila langsung tak nak keluar? Kiranya dia masih pilih keluarga dia?”

“Sebab itu, Amar dah putus asa dengan dia. Dia yang tak mahu keluar, Syeefa. Bukan salah kami kalau kami masih teruskan plan kami.”

Syeefa terdiam. Inilah yang Amar cuba yakinkan Syeefa untuk Syeefa menerima dirinya. Di antara Amar dan Lila sudah lama tiada. Yang tinggal hanya sebatas matlamat masing-masing.

Bunyi pintu yang dibuka mematikan lamunan Syeefa. Serentak dia dan Ghaz memandang ke arah pejabat Amar. Di situ, ada Amar dan Lila yang sedang berjalan secara beriringan sedang menuju ke arah meja mereka. Berdebar-debar dada Syeefa dibuatnya. Mukanya kalau ditoreh agaknya, tidak berdarah!

“Hai…” Lila menegur ceria sebaik sahaja mereka tiba di meja Ghaz. 

Amar merenung Syeefa yang buat-buat tunduk membelek kertas lukisan yang terbentang di atas meja Ghaz. Tidak semena-mena bibirnya menguntum senyuman kecil saat matanya meliar pada seluruh tubuh isterinya itu. Pakaian Syeefa hari ini, Amar yang pilihkan. Sanggul rambut Syeefa, hasil air tangan Amar. 

“Boleh, Amar?” 

Suara lembut Lila menyentakkan Amar. Ke sana ke sini bebola mata Amar. Blur. 

Syeefa mengetap bibir. Bukan dia tak perasan dengan renungan mata Amar tadi padanya. Haih, menyempat aje!

“Boleh?” Amar menyoal keliru. 

Lila menjeling manja. Lengan Amar ditepuknya lembut membuatkan Syeefa memasamkan wajahnya secara sembunyi. Amar pula terpisat-pisat serba salah di situ.

“Kami nak pergi rumah keluarga Amar. Lila dah lama tak jumpa dengan umi. Ghaz dengan Syeefa kalau nak ikut sekali, jomlah.”

Segera Syeefa mencari wajah Amar. Gila ke apa? Bukan ke Medina Putri ada di rumah Puan Nadira juga waktu ini. Kalau mereka terkantoi, macam mana?

Amar masih dengan riak tenangnya walhal di dalam hati dia juga sebenarnya sedang gelisah. Melihatkan keadaan itu, Ghaz berdeham kecil. Lila dipandang. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yours, JebatWhere stories live. Discover now