Ready?
SYEEFA bingkas bangun saat ternampak susuk tubuh Amar dan Aidan yang berjalan keluar dari bilik soal siasat. Sudah lebih dari satu jam Syeefa menunggu di ruang menunggu. Sudahlah balai ini tersangatlah sejuk bak berada di dalam bilik mayat. Pegawai polis yang menjaga kaunter di depannya itu pula sibuk bekerja. Sunyi sahaja suasananya membuatkan Syeefa kebosanan.
“Amar…” Syeefa menegur saat Amar dan Aidan siap berdiri di depannya. Raut wajah Amar diperhati. Cuma ada kesan biru sedikit di hujung bibirnya. Syeefa mengeluh berat.
Amar tayang muka tak berperasaan. Anak rambut disebak ke belakang. Mata menjeling Aidan yang tidak habis menggumam sumpah seranah di sebelahnya. Lantas, beg kertas yang dipegang oleh Syeefa diambil dan diletakkan kasar di dada Aidan yang terkejut menyambut.
“Kau baliklah dulu,” arah Amar.
Aidan menyumpah lebih kuat. Sudahlah dia dipaksa ke sini membawa baju bersih Amar, selesaikan masalah yang dibuat oleh Amar dan cuba untuk menutup cerita dengan baik-baik agar tidak sampai ke pengetahuan ahli keluarga mereka yang lain-lain lebih-lebih lagi dari Encik Hafiz.
“Kau nak aku bagitahu abi dengan Han ke, budak?”
Amar menjeling lagi. Baru tolong sikit dah kecoh!
“Ah, tak payah banyak cakap. Balik, balik!” Amar malas mahu bercakap banyak. Hatinya masih sakit sebenarnya. Tubuh pensyarah muda itu ditolak-tolak agar mula bergerak keluar dari kawasan balai polis.
“Kau bayar balik duit ikat jamin tadi! Buat hal macam hero sangat. Pandai pulak minta tolong aku. Suka-suka hati kau aje…” Aidan membebel. Dia sedang di dalam dewan kuliahnya tadi semasa Syeefa menelefonnya memintanya datang ke balai. Amar bertumbuk dengan kawan sendiri. Sekarang memang boleh lepas dengan ikat jamin, nanti dah kena naik mahkamah untuk perbicaraan, jawablah sendiri dengan semua orang.
“Aidan…” panggil Syeefa yang hanya senyap sahaja sejak tadi. Saat Aidan menoleh, Syeefa tersenyum. “Terima kasih.”
Riak muka tegang Aidan tadi serta-merta mengendur. Senyuman Syeefa dibalas sekejap dan dia kembali memasamkan mukanya ke arah Amar. Hei, mujur abang kembar awal seminit!
“Hah, Syeefa ni bagus! Reti berbahasa. Sama-sama, Syeefa. Tolong ajar sikit budak ni bagi cerdik sikit kawal perangai,” pesan Aidan sebelum dia berjalan laju meninggalkan Amar dan Syeefa. Jam sudah pukul 8.00 malam. Awek dah tunggu nak dating!
Diam. Keadaan menjadi jeda buat seketika. Amar dan Syeefa saling berdiri sebelah-menyebelah menghadap ruang parkir di depan balai. Sejak dari petang berkampung di balai berikutan kes Amar bertumbuk dengan Ayie di trek motocross. Ramai saksi mengatakan Amar yang menyerang dahulu dan akhirnya mereka di sini.
“Jom,” Akhirnya Amar bersuara. Melangkah terlebih dahulu meninggalkan Syeefa beberapa tapak di belakang.
Syeefa akur. Ikut masuk ke dalam kereta Amar. Diam sahaja. Amar pula dilihat mengambil sedikit masanya membelek-belek telefonnya. Kadang-kadang bersahaja, kadang-kadang berkerut-kerut keningnya dan kadang-kadang merengus perlahan.
YOU ARE READING
Yours, Jebat
Romance2022. Jangan tunggu sangat ya. Slow update. *** "Do you see a future with me?" - Amar Jebat "Tak langsung." - Syeefa Balqis "Aku tak tahu macam mana nak ucapkan selamat tinggal." - Amar Jebat "Try this... Pergi aje. Jangan fikir." "Kau degil, kan...