6

352 50 15
                                    

Tunggu Jebat, Ratu ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tunggu Jebat, Ratu ke?

AMAR mengangguk-ngangguk tanda memahami setiap kata-kata Puan Ziana iaitu ibu kepada Syeefa di muka pintu rumah dua tingkat itu. Tadi Syeefa tiba-tiba sahaja berubah seratus per ratus. Tubuhnya menjadi lemah, bibir terkatup rapat tanpa bicara, pandangan matanya kosong dan riak wajahnya sayu sahaja. Lantas, Amar terus sahaja membawa Syeefa kembali ke dakapan keluarganya dan nyata, keputusan Amar sangat tepat.

Syeefa yang membisu, tiada warna riak wajahnya, yang lemah tubuhnya terus meluruh, mencampakkan seluruh jiwa dan raganya sebaik sahaja selamat didakap oleh wanita yang bergelar ibu. Amar yang melihat, cukup tergamam dan tersentuh. Entah kenapa, sayu menggigit hati. Merinding bulu romanya.

“Kau okey ke?” Azhan bersuara, menyoal setelah memerhati si adik diam sahaja sebaik sahaja punggung berlabuh di kerusi rehat yang terdapat di laman belakang rumah sewa mereka.

Azhan melihat namun dia masih tidak tahu pucuk pangkal cerita. Dia yang duduk di rumah mertuanya sejak diterima semula sebagai menantu sebenar, mengambil keputusan untuk menemani Amar di sini buat beberapa ketika kerana dia tahu Amar sedang terganggu.

“It’s terrified.” Amar bersuara seolah-olah berbisik dengan diri sendiri. Keningnya berkerut dan wajahnya pucat. Ada galau yang bertandang di hati. “She’s crazy, Han! Budak kecik tu… dia fikir dia siapa?”

Azhan diam. Memberi ruang untuk Amar sahaja yang berbicara. Hanya merenung bersahaja Amar dari sisi.

“Han, macam mana manusia boleh jadi pelik macam tu, ya?” Amar menyoal serupa orang bodoh. Kepala dikalihkan, mencari tampang wajah si abang yang setia di sisi.

Azhan mengangkat kedua-dua belah bahunya. Bibir juga terjuih sedikit tanda tidak faham. “Aku tak faham cerita kau. And believe me man, kalau ada kaitan dengan perangai hanat kau, kau tahu apa jadi lepas habis perkataan terakhir kau tu.”

Amar tak peduli dengan ugutan Azhan. Otak dan pemikirannya berlegar-legar hanya dengan raut wajah Syeefa, suara Puan Ziana dan bayangan setiap kejadian yang diceritakan. Ah, berat!

Tubuh disandarkan. Raut wajah masih serius. Kening hitamnya masih berkerut-kerut. Mata dihalakan pula ke arah rumah Puan Ziana. Sekali lagi, wajah Syeefa bermain-main di mata.

“She cries in the rain and storms into the hurricane.” Amar bersuara tidak bermaya. Tidak percaya.

Azhan tarik senyum nipis. Liur ditelan menggerakkan halkum dan tubuh ikut bersandar seperti Amar. Cuma bezanya, anak matanya terarah tepat pada tingkap bilik di tingkat dua rumah Puan Ziana. Bilik beradu isterinya, Medina Putri.

“Putri pernah pesan masa kau nak berkawan dengan dia, kan Mar? Syeefa something else. She’s special. Jiwa dia halus.”

“Bukan. Jiwa dia bukan halus, Han. She’s next level! Lepas apa yang aku dengar tadi, she’s insane! All that trouble to mask her pain in the madness of seeming sane. Dia bukan manusia, kan?”

Yours, JebatWhere stories live. Discover now