20

707 72 16
                                    

Sisturrr cuba update walau slow 🦥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sisturrr cuba update walau slow 🦥

BAB 20

TELEFON yang tidak berhenti-henti berdering dan diselangi bunyi notifikasi WhatsApp yang masuk, Amar abaikan sahaja. Fokus tetap diberikan kepada pemanduannya. Sesekali bibir ikut menyanyi lagu yang sedang didendangkan oleh corong radio dan sesekali dia menoleh ke arah Syeefa yang diam sahaja di sebelahnya. Senyum senang diukir buat si ratu. Sama senang si hati yang sedang dup! dap! Dup! dap!

Syeefa yang perasan dengan kelakuan Amar yang sering melihat ke arahnya sambil tersenyum-senyum itu sedaya-upaya mengelak dari mata mereka bertemu pandang. Apa? Ingat hati Syeefa pun tak bergetar ke melihat senyuman raja yang dipamer oleh Amar itu? 

Marah tetap marah tapi kalau hati dah tersuka, susah betul nak menidakkan rasa! Malah, semakin kuat pula debaran yang terasa sejak dua menjak ini. Lebih-lebih lagi Amar Jebat sudah tersampuk perangai terlebih gentleman terhadap Syeefa. Caring semacam! 

Syeefa ikut mengerling telefon yang Amar letakkan di tengah-tengah ruang di antara pemandu dan tempat duduk penumpang depan. Jelas-jelas mata bulat Syeefa boleh baca nama Lila yang terpapar di skrin. Rasa gatal sahaja jari mahu melorek butang terima panggilan itu tetapi di satu sudut yang paling dalam di hatinya, berzikir-zikir biar Amar tetap buat bodoh sahaja. 

Jahat, kan? 

“Sayang nak jawab call tu ke?” 

Tersentak Syeefa dek teguran Amar. Sah-sahlah Amar nampak Syeefa yang sibuk mencuri pandang telefonnya! Lekas-lekas Syeefa mengalihkan kepalanya, memandang ke arah luar tingkap. Senyap-senyap bibir digigit segan kerana tertangkap! 

Amar tergelak melihat aksi comel Syeefa. Semakin kembang hatinya!

“Kalau sayang tolong jawabkan, boleh ke?” 

Berkerut-kerut kening Syeefa. “Kenapa pulak aku? Kau punya kesayangan, kan? Kaulah jawab sendiri.”

Amar tiba-tiba bersiul kecil sebelum menyambung tawanya. Semakin cemberut muka Syeefa dibuatnya dan akhirnya Syeefa menoleh juga mencari wajah Amar. Amboi, seronok nampak si derhaka ni? 

“Kenapa sayang call abang? Abang dekat sebelah sayang aje ni.” 

Terbuntang mata Syeefa. Perkataan ‘sayang’ dan ‘abang’ yang keluar dari mulut Amar kedengaran sangat yakin! Mana Amar beli confident dia ya? Dekat Tiktok shop ada jual live tak? 

“Merepek apa kau ni, Amar?” Syeefa merengus. Janganlah main-main usik gaya romantik macam ini! Kalau Syeefa perasan dan terjatuh semula siapa nak tolong tarik Syeefa dari gaung kegelapan itu lagi sekali? Penatlah tahu tak? 

“Eh, Ratu Syeefa Balqislah kesayangan Jebat.” Amar masih ligat mengusik. Sekilas dia memandang Syeefa yang lurus sahaja pandangannya ke depan sana sebelum Amar kembali fokus pada pemanduannya. 

Yours, JebatWhere stories live. Discover now