15

472 62 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


AIR mata diseka dengan belakang telapak tangan. Sebelah lagi tangan masih sibuk melekapkan telefon ke telinga. Panggilan yang tidak diangkat sejak tadi membuatkan hati Syeefa semakin galau. Debar di dada tak usah dicakap! Rasa nak meletup jantung sebaik sahaja dia tiba di ruang parkir motor dan tidak terlihat di matanya keberadaan skuter Aidan di mana-mana.

Gila! Kalau skuter Aidan betul-betul hilang apa yang patut Syeefa jawab dengan Aidan? Mana Syeefa nak cari duit bayar ganti rugi? Jangan kata nak buat semua itu, nak berhadapan dengan Aidan pun Syeefa tak mampu.

Babah…
Mama…
Kakak…

Semakin teresak-esak Syeefa sendiri di situ. Sudah lelah dia mencari di seluruh tingkat parkir yang ada. Takut-takut dia tersalah aras tetapi ternyata, skuter Aidan tidak ada! Sudahnya, Syeefa hanya mampu duduk mencangkung di pintu keluar berdekatan lif parkir. Ruang sunyi tanpa orang di situ membuatkan Syeefa rasa bertambah sesak dada.

“Ratu!”

Laju kepala Syeefa terpanggung, memandang ke depan sebaik sahaja kedengaran suara yang menjerit sedikit. Wajah Amar terpacul dari dalam kereta Honda HR-V berwarna merah mewah di depannya.

“Hey, buat apa situ? Jom naik kereta aku!” Amar menjerit lagi. Tangannya menunjukkan isyarat kepada Syeefa supaya masuk ke dalam keretanya.

Syeefa diam. Membatu. Hanya kelihatan bahunya yang bergerak kecil akibat tersedu-sedan menangis sejak tadi. Pandangan kosong dengan kolam mata yang masih bertakung air mata diberikan kepada Amar.

Amar melepaskan tali pinggang keselamatan. Panjang langkahnya mendapatkan Syeefa. Lutut dijatuhkan di atas lantai, kepala menunduk mencari wajah Syeefa.

“What’s wrong, ratu? Are you okay?”

Perlahan-lahan bebola mata Syeefa bergerak ke arah tampang wajah risau Amar di depannya. Tidak jauh dan tidaklah terlalu dekat jarak di antara mereka berdua, namun masih dapat Amar menyelam masuk ke dalam sepasang mata bundar yang memikat itu.

“Aku… aku takut,” ujar Syeefa. Suaranya tersekat-sekat dan perlahan. Setitis air mata jatuh di pipi.

Kening Amar hampir bercantum. Jelas, Syeefa betul-betul sedang ketakutan. Teragak-agak, sebelah tangan Amar naik memegang lengan Syeefa supaya fokus Syeefa lebih tertumpu ke arahnya. “Kau takut apa? Ada orang nak buat bukan-bukan dekat kau ke?”

Syeefa diam. Mata melilau galak ke sekitar membuatkan Amar mengeratkan lagi pegangan tangannya. Serius tampang mukanya dan tajam pandangan matanya.

“Tell me, Syeefa.”

Barulah mata Syeefa yang berkaca-kaca itu melekat ke wajah Amar. Bibirnya bergetar. Sungguh, dia sangat rapuh saat ini. “Saya… saya takut, awak…”

Riak muka Amar perlahan-lahan mengendur. Satu yang Amar perasan, kata ganti nama pasti akan ditukar oleh Syeefa saat dia berada di titik terendahnya. Saat Syeefa benar-benar rasa keseorangan dan memerlukan perlindungan dan tempat untuknya membebaskan dirinya.

Yours, JebatWhere stories live. Discover now