3

494 75 23
                                    

Takut tengok komen dekat ig

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Takut tengok komen dekat ig. Korang jangan letak expectations yang tinggi sgt untuk jebat ni weyh 😖


TROLI yang terdapat dua buah kotak besar yang saling bertindih itu ditolak berhati-hati keluar dari stor. Ketinggian kotak hampir paras dengan ketinggian si penolak yang kecil molek sahaja tubuhnya. Sekali pandang bagai troli itu bergerak sendiri! Tertawa kecil Amar yang memerhati. Mahu membantu? Tak perlu kut sebab Amar sudah boleh agak si dia tak akan pedulikan Amar.

Nafas penat dilepas kuat oleh Syeefa. Kedua-dua tangan mencekak pinggang. Dipandang sahaja kotak dan rak makanan ringan yang sudah hampir kosong di depannya. Kerja paling leceh dan makan masa sekali untuk disiapkan tetapi dek kerana kedai yang kekurangan pekerja hari ini, terpaksalah Syeefa turun padang. Medina Putri pula masih di Terengganu mengikut Azhan Tuah.

“Syeefa! Jaga kaunter ajelah! Biar aku buat simpan stok tu!” Meor, salah seorang pembantu kedai menjerit dari kaunter. Risau dia melihat Syeefa yang halus sahaja orangnya itu sedang berura-ura mahu mengangkat kotak.

Syeefa mencebik bibir. Tanpa melihat ke arah Meor, sebuah kotak sudah siap dipeluknya. Bersedia mahu diangkat. “Tak nak! Syeefa tak suka duduk kaunter!”

Betul. Syeefa paling tak suka jaga kaunter. Perlu berjumpa dengan orang! Syeefa alergik! Kalau manusia biasa-biasa mungkin Syeefa boleh tahan tetapi kalau manusia yang aneh-aneh sahaja perangainya, Syeefa angkat tangan tinggi-tinggi! Menyampah nak melayan!

Baru mahu mula mengangkat kotak yang sudah siap dipeluk, tubuh Syeefa agak tersentak lantas kakinya terundur sedikit selangkah ke belakang. Ada sepasang tangan lain yang sedang mengambil alih kerja Syeefa!

“Amar…” Syeefa mendesis.

Tersengih-sengih sahaja Amar. Sempat mata dikenyitkan tanda menyapa. “Hai, ratu!”

Terjungkit kening Syeefa. Malas nak bazirkan air liur, Syeefa berpeluk tubuh dan melihat sahaja Amar yang sedang mengambil alih kerja Syeefa secara sukarela. Eh, iya ke sukarela?

“Siap! Nak tolong letak price tag boleh?” Selamba Amar menyoal. Pada kerusi kecil milik Syeefa dilabuhkan punggungnya. Kepala mendongak sedikit, senyuman yang melebar di bibir dan terkedip-kedip matanya memandang Syeefa yang masih tegak berdiri.

“Bukan kau ada kedai sendiri ke? Dah muflis ke apa?” sindir Syeefa. Pagi-pagi sudah tercongok di sini. Tak cukup sibuk ke kerja arkitek Malaysia?

“Sengaja. Nak kacau kau,” balas Amar. Macam tidak bersalah perangai mengacau anak dara orang!

Tergeleng-geleng kepala Syeefa. Sejak mereka berdua bersama-sama ke Terengganu menghantar barang untuk Medina Putri, hubungan Amar dengan Syeefa ada peningkatan sedikit berbanding satu bulan yang lepas. Lebih rapat sedikit. Syeefa kini boleh bertolak ansur dan menerima seloka-seloka bodoh Amar.

Yours, JebatWhere stories live. Discover now