BAB 19“MAAF, Syeefa. Aku terpaksa plan semua ni…” Amar memulakan bicara setelah beberapa minit mereka diam membisu. Duduk di laman belakang rumah sewa Azhan dan Putri setelah puas Amar memujuk Putri supaya dia dapat berbicara berdua dengan Syeefa.
“Aku faham, Mar.” Syeefa memintas beserta senyuman nipis di bibirnya. “Lagi pun aku yang cari fasal. Aku kenalah tanggung.”
Amar mengangguk-angguk kecil. Sesekali mata tetap gatal melirik ke arah Syeefa. Setiap kali itu juga, hatinya tercarik-carik. Lebam di sekitar mata Syeefa semakin membiru. Mata putihnya juga masih merah. Cukup sekadar melihat, dapat dirasai kesakitannya. Apatah lagi Syeefa yang menanggungnya.
“Oh, sekejap!” Teringatkan sesuatu, Amar seluk poket seluarnya.
Syeefa ikut terpinga-pinga melihat Amar. Amar dilihatnya mengeluarkan sebungkus kecil coklat berplastik ungu dari dalam poketnya. Lantas dihulurkan pada Syeefa.
“Untuk hari ini…” ujar Amar beserta kenyitan kecil dari matanya.
Syeefa menyambut dan lekas-lekas melarikan pandangan matanya. Digenggam erat coklat di tangan. Agak tersentuh kerana Amar masih mampu ingat perkara sekecil ini.
“Lid akan pastikan kali ini Farhad dikenakan hukuman yang paling maksima.”
Syeefa mengangguk. “Terima kasih. Maaf sebab susahkan engkau orang…”
“Tapi benda ni tak menjamin keselamatan kau selama-lamanya Syeefa.”
Syeefa masih melarikan pandangan matanya. Hatinya terasa sebak memikirkan nasibnya yang tak begitu baik jika berkaitan dengan lelaki dan cinta.
“Mungkin aku patut migrate ke mana-mana negara kut.” Syeefa tergelak kecil. Sakit di bahagian matanya dielus lembut. Iya, mungkin Syeefa perlu bergerak dari zonnya. Terlalu sakit berada di tempat ini.
“Syeefa…”
Barulah Syeefa menoleh, menatap Amar. Suara Amar perlahan seakan berbisik dan tatapan matanya juga redup membuatkan Syeefa semakin pelik.
Amar menunduk buat seketika. Helaan nafasnya diambil dalam-dalam sebelum dia kembali menatap Syeefa yang masih polos menantinya.
“Kita kahwin?”
Semerta wajah Syeefa berubah. Tersentak, automatik Syeefa bangun dari duduknya. Wajah Amar yang sedang mendongak memandangnya itu dipandang tidak percaya.
“Syeefa Balqis…”
Kepala Syeefa tergeleng-geleng sebelum tawanya meletus. “Yang kena tumbuk tadi aku. Yang kau pulak jadi tak betul kenapa?”
Amar mengeluh. Sudah dijangka pun reaksi Syeefa sebab Amar dah melaluinya dengan Puan Nadira dan Putri tadi. Lantas, Amar ikut bangun.
“Syeefa aku tahu perkara ni memang tiba-tiba tapi...” Bibirnya dibasahkan sambil mata masih lekat pada Syeefa yang sudah berkerut sejuta keningnya. “Aku serius nak jaga kau. Aku serius nak sayangkan kau.”
YOU ARE READING
Yours, Jebat
Romance2022. Jangan tunggu sangat ya. Slow update. *** "Do you see a future with me?" - Amar Jebat "Tak langsung." - Syeefa Balqis "Aku tak tahu macam mana nak ucapkan selamat tinggal." - Amar Jebat "Try this... Pergi aje. Jangan fikir." "Kau degil, kan...