22

314 44 8
                                    

SYEEFA sedang berada di dalam pantry ketika Amar tiba-tiba sahaja muncul. Hampir sahaja cawan yang baru sahaja dipegang oleh Syeefa mahu terlepas dari tangannya saat Amar berdeham di belakangnya. 

“Nak…” pinta Amar sambil tersenyum lebar. 

Syeefa terus sahaja menghulurkan cawan miliknya yang berasap nipis itu dan dia capai satu lagi cawan kosong. Aroma kaffein menusuk-nusuk ke dalam hidung membuatkan mata Amar terpejam beberapa saat sambil bibir masih menguntum senyuman.

“Kenapa tak balik lagi?” soal Amar sebaik sahaja Syeefa duduk di depannya. Jam di pergelangan tangannya dikerling. Sudah hampir pukul 7 malam. Pejabat pun sudah semakin kurang orang.

“Ada webex discussion sikit tadi tentang slide presentation untuk lecturer visit next week,” balas Syeefa seraya menatal-natal skrin telefonnya yang diletakkan di atas meja. Ada beberapa peringatan muncul di skrin. Jadualnya mulai padat sehingga tarikh akhir praktikalnya nanti. 

“Do you need my help? Ada apa-apa masalah yang tak boleh solve?” Amar duduk bersandar di kerusi bar itu. Baki air yang dicicipnya di bibir tadi, dijilat sepintas lalu. 

“It’s okay. So far, so good. Ghaz helped me a lot!” Syeefa tersenyum senang. Ya, tanpa bantuan lelaki tak terjangka itu, mungkin Syeefa masih lagi tertonggeng-tonggeng menyiapkan segala lukisan projek yang dipilihnya untuk dibentangkan nanti. 

Mata Amar mengecil. Lama tertancap di sepasang bibir Syeefa yang sedang menguntumkan senyuman. “Kenapa tak mintak tolong saya?” 

Kening Syeefa berkerut sedikit sebelum dia tertawa kecil. “Sebab dia supervisor saya, kut?”

“Sebelum-sebelum ni okey aje datang mintak tolong saya?” 

Syeefa tercengang. Terkedip-kedip matanya memandang Amar. Wajah lelaki itu sedang serius, tidak main-main. Postur tubuhnya walaupun sedang duduk bersandar namun ianya nampak tidak relax. 

“Are you serious, Amar Jebat?” soal Syeefa dengan nada suara kurang percaya. Kalau betul tekaannya, Amar sedang cemburu rasanya. 

“Kenapa? Salah ke?” Amar menjawab selamba. Muka pun monyok sedikit. 

“Dengan Ghaz? Biar betul?” 

Amar mengeluh. Cawan yang masih lagi suam-suam itu dicapai dan dia berdiri. Selamba sahaja dia melangkah melepasi Syeefa di depannya dan terus keluar dari pantry. 

Syeefa jadi terpinga-pinga di tempatnya. Lama Syeefa menjadi patung di situ sebelum dia ketawa perlahan seraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Akhirnya, Syeefa ikut bangun. Cawan yang sudah kosong isinya dicuci bersih dan Syeefa ikut keluar dari pantry. 

“Jebat…” Syeefa berdiri dan bersandar di tulang pintu. Dipandangnya Amar dengan pandangan malas. 

Amar memusingkan kerusi pejabatnya. Tidak menghadap Syeefa yang sedang berdiri di muka pintu pejabatnya. Kepala didongakkan dan matanya dipejamkan. 

Perlahan Syeefa melangkah masuk ke dalam. Tombol pintu ditekan kuncinya.

“Kurang kasih sayang ke, Jebat?”

Amar tersenyum. Mata masih lagi terpejam. Paha terasa berat. Leher terasa hangat dipeluk.

“Kenapa tiba-tiba buat perangai mengada-ada ni?” 

Habis sahaja ayat itu, pipi Amar terasa hangat dikucup. Barulah perlahan-lahan matanya dibuka dan senyuman diberikan kepada seraut wajah yang sangat hampir dengan mukanya. Lantas, tangannya naik berlabuh di pinggang kecil Syeefa yang sedang selesa duduk di atas pahanya.

“Sebab dah dua malam sayang tak bagi saya balik.” 

Mata Syeefa membulat sedikit seperti terkejut dan tidak percaya. “Saya yang tak bagi atau awak yang tak balik?”

Yours, JebatWhere stories live. Discover now