BAB 21
HARI ini hari istimewa buat Medina Putri kerana dia sudah pun selamat melahirkan seorang anak perempuan yang sangat sihat dan comel, Daisy Khawla. Agak berpeluh-peluh jugalah Syeefa malam tadi kerana panik Putri tiba-tiba sahaja merasakan gesaan untuk bersalin di rumah tanpa ada tanda awal. Mujur Amar dan Aidan ada di rumah sebelah datang membantu Putri.
“Ratu…”
Syeefa membalikkan bebola matanya. Meluat dengar suara meleret-leret Amar Jebat seperti itu.
Amar menggosok-gosok tengkuk. Habis akal bagaimana lagi mahu memujuk Syeefa supaya menerima segala ceritanya.
Syeefa menatal-natal skrin telefonnya. Sesekali matanya melirik ke arah jalan raya di depan rumah. Menanti kereta yang dibawa oleh Khalid tiba.
“Haih… cerita salah, tak cerita lagilah salah!” gumam Amar betul-betul di belakang Syeefa. Kalau dia belit Syeefa, agaknya dia dah belit Syeefa supaya Syeefa duduk diam dan hadap sahaja dia.
Syeefa merengus. Semakin panas lahar di dada. Dijelingnya Amar sepuas hatinya!
“Semua benda yang awak buat semuanya salah at the first-place pun, Amar Jebat!”
Hah, ambik kau! Singa dah mengaum. Kasar walaupun nama panggilan mereka sudah pun ditukar agar lebih mesra dan manis.
Terpisat-pisat Amar di depan Syeefa yang sedang bercekak pinggang itu. “Logik sikitlah, sayang. Tak akanlah baru jumpa dan kenal terus saya nak cerita… Syeefa! Sebenarnya saya itu, saya ini. Kan ke awak fikir saya ni biul nanti?”
“Hah, menjawab! Menjawab! Eee… awak ni, Jebat… Menyakitkan hati!”
Amar tersengih. “Saya yang menyakitkan, saya juga yang menyembuhkan.”
Bulat mata Syeefa. Dia boleh buat lawak hambar lagi? Panjang dan dalam nafasnya ditarik dan kasar dilepaskan semula. Baru Syeefa hendak berpusing semula, sekali lagi Amar menahan langkah Syeefa. Kali ini pandangan matanya meredup dan air mukanya lebih serius.
“Kalau Tuah dengan kisah ‘gelapnya’ itu dapat diterima dan diredai Putri, kenapa saya tak boleh diberi peluang untuk jadi macam tu, Syeefa? Saya manusia biasa. Saya juga ada baik dan ada jahatnya.”
“Sangat jahat.”
Amar senyum nipis. “Ya, sangat jahat.”
Kulit muka Syeefa mulai mengendur. Nafasnya juga menjadi lebih teratur. Direnungnya Amar dengan pandangan yang sarat dengan emosi. “Macam mana kalau nasib saya macam kakak? Kakak kuat untuk lalui semua tu, Jebat tapi saya? Awak rasa saya mampu ke?”
Amar membasahkan seketika bibirnya yang terasa kering. Sejujurnya dia juga tidak mampu menjanjikan nyawanya untuk manusia lain kerana tipulah kalau dia tidak takut dengan kecelakaan dan kematian. Dia bukan Malaikat.
“Saya faham dan saya tak mampu nak bagi janji dan jaminan yang terbaik untuk awak Syeefa tapi cukuplah saya nak awak yakin dengan saya. Sokong saya. Jadi kekuatan saya sampai akhir.”
Kolam mata Syeefa memberat. Suara dan pandangan mata Amar Jebat yang penuh pengharapan itu membuatkan Syeefa yakin semula.
“Awak janji yang awak akan ada di garisan akhir nanti sama seperti ‘Amar Jebat’ saya?”
Barulah ada senyuman yang sangat mekar di bibir nipis Amar. Matanya yang redup tadi semerta bercahaya. Laju pula kepalanya mengangguk. “Always your Jebat, ratu.”
Syeefa tersenyum juga. Amar kalau bermulut manis memang hebat!
Serentak mereka menumpukan pandangan masing-masing ke arah depan. Sebuah kereta berwarna hitam dan berkilat kemas itu, berhenti betul-betul di depan mereka. Si pemandu kemudiannya keluar dengan gaya segaknya seperti biasa. Sentiasa dengan kemeja putih dan seluar hitamnya.
YOU ARE READING
Yours, Jebat
Romance2022. Jangan tunggu sangat ya. Slow update. *** "Do you see a future with me?" - Amar Jebat "Tak langsung." - Syeefa Balqis "Aku tak tahu macam mana nak ucapkan selamat tinggal." - Amar Jebat "Try this... Pergi aje. Jangan fikir." "Kau degil, kan...