BAB 1

2.4K 183 37
                                    

Pagi-pagi lagi Zahra sudah bersihkan diri dan menguruskan sarapan untuk ketiga-tiga jejaka idaman Malaya. Tugas sebagai seorang isteri tidak pernah sekalipun dia abaikan. Segala nasihat serta pesanan maknya sentiasa berlegar-legar didalam ingatannya.

Sejak menjadi isteri kepada Tuan Muda ini dia berasa sangat beruntung kerana memiliki keluarga yang sangat menyayanginya. Tangkas tangannya membalikkan roti bakar. Bukan tidak mahu menggunakan pembakar roti tapi Azka lebih suka roti itu dibakarkan diatas pan.

Kakinya laju mendaki tangga menuju ketangga yang membawakan laluan ke bilik utama mereka. Hampir setahun lebih dia mendirikan rumah tangga dengan Tuan Muda.

Tombol pintu dibuka dan perlahan-lahan dia melangkah kekatil. Tubuh yang tidak mengenakan baju itu dipandang lembut. Suami tercinta masih lagi lena diulit mimpi. Haihlah suami..

" Sayang..sayang. Bangun. Dah pukul 6 ni sayang.." Lembut sahaja dia menolak bahu suaminya. Azka menggerakkan sedikit tubuhnya.

" Sayang.."

" Hmm.." Suara serak-serak basah menyahut dengan perlahan.

" Bangun sayang.." Zahra masih setia menanti disisi katil. Zahra sendiri tidak pasti dengan panggilan manja. Kadang-kadang dia panggil Azka sayang, ada masa ayang. Yang penting bukan abang! Azka bukan abang dia, Azka suami dia. Eceh!

Tiba-tiba tangan Azka menarik kuat tangan Zahra sehingga tubuh isterinya tertindih diatas tubuhnya.

" Eh?!" Zahra menahan tangannya didada Azka. Muka dia dengan Azka hanya beberapa inci sahaja.

" Morning baby..I miss youlah baby.." Azka memusingkan tubuhnya dan kini kedudukan mereka Azka menindih tubuh kecil Zahra.

" Morning too sayang..saya dah siapkan sarapan..sayang mandi lepas tu bersiap, okay?" Zahra menyelak rambut kusut suaminya kebelakang dengan menggunakan jari-jari runcingnya.

"No! I miss you.." Azka membenamkan bibirnya dileher Zahra sambil tangannya merayap diseluruh badan isterinya.

" Sayang.." Zahra mengalihkan tangan Azka perlahan.

" Nanti kita lambat, hari nikan sayang ada 3 mesyuarat." Tolak Zahra perlahan.

" Aku boss, so aku boleh masuk lambat." Ujarnya perlahan. Mukanya masih lagi tidak berganjak dari leher Zahra.

Zahra menjulingkan mata keatas. Dapat suami manja mancam ni, naya pak karim oi! Lain yang disuruh, lain yang dibuat.

Telinga Zahra menangkap suara budak kecil merengek. Zahra tersenyum.

" Sayang..su.."

" Suara Lut.." Potong Azka laju. Dia melepaskan Zahra dari pelukannya dan menarik muncung.

" Sayang mandilah..saya uruskan twins. Nanti saya dah siapkan twins, saya tolong sayang kat sini pulak. Okay?" Zahra bangun dari pembaringan dan ingin berlalu pergi. Melihatkan Azka yang duduk tegak tanpa memberi reaksi ataupun respon telah memberhentikan langkah Zahra.

" Sayang? Kenapa ni?"

" Lut kacau daun.." Zahra ketawa. Lahai, dengan anak pun cemburu ke?

" Alololo..meh sini." Zahra menundukkan wajahnya kemuka Azka dan bibir suaminya dikuncup lembut. Seakan-akan memujuk suaminya.

Barulah bibir itu tersenyum lebar setelah mendapat ganjaran.

" Eleh! Ngada-ngadalah awak ni. Lempang karang baru tahu.." Gumam Zahra.

" Kau nak lempang aku? Nak masuk neraka tak?" Zahra tersengih.

" Kata sayang..kita masuk neraka sama-samalah.." Zahra mengerdipkan mata. Azka menjulingkan mata keatas.

CDTM 2Where stories live. Discover now