BAB 21

1K 100 30
                                    

Malam ini mereka berlima hanya duduk sahaja dirumah. Ayyan menghembus asap vape keruang udara. Leo mengesat airmata perlahan. Cerita layangan putus itu sungguh memilukan hatinya. Ad pula sibuk membetulkan hasil lukisannya. Fahmi pula merenung Leo yang beria-ria menangis. Shah menghadap laptop. 

" Aku ada benda nak bagitahu korang.." Ujar Shah. 

Ayyan membetulkan kain pelekatnya. Dia mengambil segelas air dan dibawa kehadapan. Semua mata tertumpu kearah Shah. 

" Ain akan serang Mation bulan depan. " Ayyan tersedak! 

" Bulan depan?! " Mereka semua terkejut kecuali Fahmi.

" Tak, tak! Yang kau relax makan choki-choki kenapa? " Ad menegur Fahmi yang baru sahaja menikmati choki-choki. 

" Err..sebab aku dah tahu. " Ucap Fahmi tenang.

" Apa?! " Jawab mereka bertiga serentak. 

" Macam mana boleh Fahmi tahu dulu baru kami?! " Leo menjeling Fahmi. 

" Apa? " Fahmi pelik.

" Oh Tuhan! Kau ambiklah nyawa Shah! Sanggup dia curang dengan aku! " Ayyan pasrah. 

" Woi, woi! Apahal korang merepek ni? " Shah menggelengkan kepalanya. Fahmi pula mengangkat bahu tanda tidak tahu. 

" Bulan depan Azka ada outstation. Yang uruskan dia nanti aku dengan Fuad. " Ujar Leo. Shah menutup laptop. 

" Ada ke orang nak serang bagitahu? Lawak siak sepupu kau tu Shah! " Ad menghamburkan ketawa. 

" Aku pun tak tahu dengan dia. " Shah mengeluh. 

" Aku rasa dia bagi hint dekat kita. Zahra.." Fahmi mencelah. Leo dan Ayyan saling berpandangan. 

" Cop! Esokkan kita semua start ajar Zahra? " Ayyan baru teringat. 

" Haah..Luna malam ni sampai sebab nak ajar Zahra IT. Kitten, Mimo dengan Nuna turun esok dekat Resedensi Hayders. " Beritahu Ad. 

" Jap! Apahal kat tempat Hayders pulak? " 

" Dah tempat tu Azka jarang datang. Lagipun, tempat kau kan ada khas senjata untuk perempuan. Arwah Farah punyakan ada. " Ayyan terdiam. 

" Nak bagi Zahra guna barang-barang Farah tu? " Ayyan mengerling Leo. 

" Ye..kenapa? Kau still tak bagi siapa-siapa sentuh ke? " Soal Leo. 

" Haah..tak yahlah bagi Zahra guna. Aku ada tempat khas selain tempat Farah tu. " Leo mengangguk. 

" Tempat mana? " Serentak mereka menyoal Ayyan. 

" Secret garden.." 

****

Ad menjuihkan bibir. Semua melopong melihat bilik ini. Besar gila!! Ayyan meletakkan tangannya dibahu Ad. Namun Ad menepis. 

" Bilik aku cari ilham kau rembat Yan! " Ayyan ketawa. 

" Ala..untuk beberapa bulan je. Lepas Zahra jadi gagah perkasa macam aku, aku pulangkan balik bilik kau ni. " 

Zahra ternganga melihat bilik ini. Luasnya sahaja sudah seperti padang bola. Garden! Ini ke yang Ayyan kata secret garden? Cantiknya. 

Sekali Ayyan menepuk tangan, beberapa puluh konco-konco Hayders kosongkan barang-barang lukisan Ad. 

" Wei! Wei! Angkat elok-elok. Rosak berus aku, siap kau! " Ad mengambil barang-barangnya. Tak bagi sesiapa sentuh! 

Datang konco-konco lain membawa masuk segala peralatan tinju dan tiang segala tiang untuk dijadikan bilik khas yang akan mereka melatih Zahra. 

Zahra melihat susunan puncing bag yang baru sahaja digantung. Beralih pulak pada rak pedang samurai yang tersusun dari kecik bawa kebesar. 

CDTM 2Where stories live. Discover now