BAB 23

1.2K 106 24
                                    

Dari tadi muka Zahra sikit pun tidak ada segaris senyuman. Setiap apa yang Azka arahkan dia akan ikut tanpa banyak bicara seperti sebelum-sebelum ini. 

Azka melepaskan keluhan. Wanita dihadapannya ini sanggup ambik risiko untuk rasa sakit sepanjang belajar semata-mata untuk berlawan dengan Ain? Huargh! Serabut! 

" Kau kenapa dari semalam diam je? " Semenjak kaki mereka jejak ditanah Indonesia ini sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Zahra. 

Leo, Ayyan, Ad dan Shah merenung dua manusia yang berada dalam keadaan tegang. Mereka memang sudah perasan sejak semalam Zahra banyak diamkan diri. 

Zahra buat tidak endah dengan apa yang Azka soalkan malahan dia hanya menjulingkan mata keatas sahaja.

" Zahra! " Jerkah Azka tegas. 

" Apa? " Jawab Zahra perlahan. 

" Kenapa kau diam je ni?! " 

" Lah..kenapa awak nak paksa-paksa saya bercakap pulak? " 

" Siapa paksa? Bukan mulut kau tu selalu pok pek pok pek ke? Hari ni kenapa? Period?! " 

" Ish! Awak ni tak malu ke dengan diorang? Jangan sebut benda bukan-bukan boleh? " Azka merenung tajam wajah wanita itu. 

" Kau ni.." Geram dia dengan mulut Zahra yang melawan.

" Wow! Relax! Jangan gaduh-gaduh. Benda boleh bincang baik-baik. " Leo mengawal situasi antara Azka dengan Zahra. 

" Really? Tanya si Tuan Muda kesayangan korang ni siapa yang mulakan dulu? " Azka dan Zahra berlawan mulut. Ayyan dan Ad menjadi pendengar setia pergaduhan kecil itu. 

Shah menggelengkan kepala lalu matanya tertancap pada susuk tubuh yang sangat dia kenali. Ain! 

Ain tersenyum dan lalu meninggalkan restoran mewah itu. Awalnya Shah tidak perasan langkah Ain kemana tiba-tiba sahaja dia ternampak tiga orang lelaki bertubuh besar mula masuk kedalam restoran mewah itu. 

" Aku rasa kita dah kena cau. " Ujar Shah tiba-tiba. 

" Lah..makanan aku tak sampai lagi kot! Awallah nak cau. Awek syeksi syeksi. Rugi tak cuci mata. " Ayyan menolak. 

" Azka! Kita dah kena gerak. " Ujar Shah. 

" Diam! Aku tak habis lagi dengan Zahra! " Dengus wajah bengis itu. 

" Lah! Saya pulak! " Mereka berdua sambung berbalah lagi. 

Shah dan Leo menggelengkan kepala.

Trt! Trt! Trt! 

Suasana bertukar menjadi kelam kabut apabila tiga orang lelaki melepaskan peluru secara umum dan beberapa orang sudah pun terkena peluru mereka. Pelanggan serta pekerja direstoran itu lari bertempiaran dan keadaan menjadi huru hara. 

Leo, Ayyan dan Ad bertindak cepat dan menundukkan diri kebawah meja. Azka menarik Zahra tunduk dan sama-sama melutut dibawah meja. Shah juga melakukan perkara yang sama. 

" Shit! Siapa main acah-acah filem holywood ni? " Soal Ayyan. 

Zahra sudah meneguk airliur. Dibawah meja itu matanya jelas melihat tubuh kaku terbaring dan penuh dengan darah mata terbeliak memandang tepat padanya. 

Dia menggengam kemas lengan Azka. Dia takut! 

" Awak saya takut! " Ujar Zahra laju. Azka menarik Zahra dalam pelukannya.

" Ayyan dengan Ad! Alihkan pandangan dia. Kita kena keluar dari sini. " Kata Azka. 

Ayyan dan Ad mengangguk. Pistol ditangan mereka digenggam kemas. Ayyan dan Ad sama-sama mengacukan pistol kearah lelaki-lelaki itu. Dengan pantas Shah menyelinap keluar bersama-sama dengan Leo. 

CDTM 2Where stories live. Discover now