Mereka mengempung tangkal kuning yang berada ditengah-tengah meja. Zahra menggaruk pelipisnya. Bukan itu sahaja malah dia sendiri terasa bahang bila duduk dihadapan tangkal kuning itu.
Leo, Ad, Shah serta Ayyan membelek tangkal kuning tersebut. Ayyan menghidu tangkal itu lalu dia mencampak semula kearah Leo.
" Bau kemaman weh! " Ayyan terbatuk-batuk menekup hidungnya.
" Otak kau kemaman ! Kemaman tu kat Terengganu tu.. Ini mengenyam ! " Ad pula menyampuk.
" Lagi sorang anak kutip ni ! " Shah menepuk dahi. Dua ekor ini memang nak kena sumbat dengan tangkal kuning ni.
" Tapi apa motif dia tinggalkan kat rumah mak Zahra ? Kalau orang tu nak sihir untuk pisahkan Zahra dengan Azka, baik dia tanam kat Villa kami. " Leo merenung Zahra.
Ada betul pula kata Zahra. Penyihir sangat tidak dapat dibaca oleh orang seperti mereka.
" Sebab Villa korang tu gedabak sangat! Tanah pun tak ada. Semuanya lantai je..ada masa pulak dia nak korek lantai. " Ayyan menghembus asap vape keruang udara.
" Nak kena bagitahu Azka ke? " Mereka senyap!
" Azka percaya ke benda ni? Dia kan tak suka drama. " Mereka semua pandang kearah Ad.
Betul juga itu.
" Habis tu macam mana? "
" Ayyan! Kau budak sekolah tahfiz kan? " Semua mata serentak menoleh Ayyan.
Muka Ayyan mula naik merah. Bangang Ad ni!
" Ayyan sekolah tahfiz ? " Shah menekup mulut.
" Diamlah kau! " Ayyan menjulingkan mata keatas.
" Wah! Ayyan! Zahra baru tahu Ayyan dari sekolah tahfiz. " Zahra teruja.
" Hmm..tu dulu cik dungu. " Ayyan menyengih.
" Kau carilah kawan-kawan kau yang boleh bantu benda-benda sihir macam ni, Ayyan. " Arah Leo.
" Aduh! Aku kena ke ? " Ayyan mengeluh.
" Yelah..siapa lagi yang duduk sekolah tahfiz dari umur 12 tahun sampai umur 18 tahun, kalau bukan Tengku Ayyan Iskandar. " Ucap Ad.
" Ustaz!! Tengok Ad ni, ustaz! " Jerit Ayyan.
****
Zahra tersenyum menyambut kepulangan suami tercinta. Tangan Azka ditarik dan dibawa kearah sofa.
" Lah, asal kau tak sabar-sabar ni ? Kau tak tahan ke nak goda aku, hmm? " Azka menarik Zahra dan tubuh Zahra didudukkan diatas pehanya.
" Eh, eh ! Bukan, bukan.." Zahra menjarakkan dadanya dari dicemari oleh Azka.
" Habis tu ? Tarik, tarik aku ni. Mesti kau nakkan? "
" Eh bukanlah...Zahra nak bagitahu ayang, mak nak buat kenduri tahlil untuk arwah abah. "
" Then? Kau nak aku buat apa? "
" Hmmm buat bodoh jelah kot. " Jawab Zahra.
" Kau memang betul-betul nak aku sumbat mulut kau dengan aiskrim aku ke? " Ujar Azka selamba. Biarlah isteri aku kot!
" Dah nama pun kenduri, ayang kena cutilah..lepas bawa kitaorang pegi pasar beli bahan-bahan nak memasak. Mak buat kat kampung. "
" Aduh! Orang kampung toxic doh! Aku malas nak pergi. Kau pergilah. Aku izinkan. Bawalah Ayyan ke Leo ke. " Ujar Azka.
Saat tubuhnya ingin berlalu pergi telinganya sempat menangkap keluhan dari mulut isterinya.
" Huhhh, baik hari tu saya kahwin je dengan Leo ataupun Ayyan. Semua benda diorang yang kena settlekan hal kita. Awak langsung tak nak ambik tahu dan lepaskan pada diorang. " Zahra mengangkat punggung lalu beredar meninggalkan Azka yang terkedu dengan apa yang Zahra katakan sebentar tadi.
YOU ARE READING
CDTM 2
RomanceSeronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan Muda serta Pereka Fesyen yang terkenal. Dikurniakan 2 cahaya mata kembar Lut Zaheen dan Lutfi Radeen yang menambahkan lagi perisa manis da...