BAB 20

1.1K 100 14
                                    

Shah melangkah masuk kedalam Yazis holding. Lama dia perhatikan staf-staf disitu. Semuanya memang bekas pekerja Yazis yang dahulu. 

Dia tidak heran pun saat beberapa pasang mata menoleh kearah dia dan Fahmi. Fahmi hanya melemparkan senyum pada orang yang merenungnya. 

" Maaf Encik..Encik ada buat appoiment dengan Cik Ain ke? " Wani menayang senyum manis. 

" Tak! Tapi aku nak jumpa dia. Urgent. " Balas Shah. 

" Sekejap ye, saya bagitahu Cik Ain. " Wani meninggalkan sebentar kedua-dua lelaki yang cukup pakej. 

Dari rambut bawa ke kasut. Cumanya yang hanya mendiamkan diri tadi tu lebih lembut wajahnya dari yang bercakap. 

" Encik berdua boleh masuk. " Shah mengangguk dan meninggalkan Wani. 

Tiba sahaja langkah Shah masuk kedalam pejabat Ain, pistol sudah pun diacukan kepala Shah. Fahmi bertindak pantas dan mengacukan juga pistol dimuka Ain. 

Shah mengangkat tangan menghalang Fahmi. Dia melemparkan senyum sinis pada Ain. 

Tangannya memegang pistol Ain dan diacukan tepat pada tengah dahi Shah sendiri. Dia merenung tajam wajah Ain. 

" Tembaklah! " Shah cabar Ain. 

" Kau datang sini buat apa? Serah diri? " Soal Ain. Mulutnya tidak habis dengan senyum sinisnya. 

" Serah diri for what? Aku bukannya musuh kau! " 

" Bukan musuh? HAHAHAHA!! " Ain mengekek ketawa. Fahmi mengangkat kening melihat perempuan dihadapannya. Sangat psiko! 

" Kau dah join Mation maknanya kau musuh akulah Shah! Kau bodoh ke? " Ain mendekati meja pejabatnya. 

" Kau buat apa ni Ain? Kau lupa ke arwah papa kau pesan apa? " Ain berpaling merenung Shah. 

" Pesan?! Orang tua bodoh tu? Shah, kau dah ada group kau sendiri..Hayers. Semua orang dah ada kuasa sendiri, aku? Aku ada apa Shah?! " 

" Ain! Kau ada aku! Aku keluarga kau.." 

" Keluarga?! " Ain menunjukkan reaksi jijik dengan apa yang Shah katakan. 

" Macam yang aku katakan Shah, aku nak kuasa aku! Aku layak dapatkan apa yang sepatutnya hak aku! " 

" Hak?! Bangkitkan balik apa yang salah? Kau bangkitkan Yazis dan nak buat rumah tangga orang porak peranda? Kau belajar agama tak? " 

" Tak payahlah kau nak cakap pasal agama dengan aku Shah. Kau pun sama juga macam aku. Kau ingat bila kau datang sini dapat hentikan apa yang aku tengah buat sekarang ni? " 

Shah mengetap rahangnya. Dia dan Ain saling melawan mata. 

" Tak Shah! Aku akan teruskan apa yang aku dah usahakan selama setahun lebih. Dah alang-alang kau datang sini, aku nak bagitahu..yang bulan depan, Yazis akan serang Mation. Get ready jelah.." Ain tersenyum. 

" Jangan ingat kau selama-lamanya ada dekat atas Ain. Jangan ingat dengan apa yang kau ada sekarang kekal abadi. Mation accept your plan. " Shah dan Fahmi melangkah kelaur dari situ. 

" Zahra..Zahra! Aku akan pastikan kau mati. " Gumam Ain.


****

Setelah dia ketepikan ikan sembilang yang digoreng, dia memasukkan bahan-bahan tumis kedalam minyak yang sedia panas. 

Tangan yang terasa pijar diabaikan. Dia menghiris bawang besar untuk dimasukkan kedalam sambal berladanya nanti. 

Digaul-gaulkan sambal diatas kuali. Dia mengecilkan api dapur supaya bahan tumisnya tidak hangus. 

Azka hanya merenung sahaja tubuh Zahra yang membelakanginya. Dari tadi dia berdiri dihadapan pintu masuk dapur, tapi kehadirannya Zahra sikit pun tak perasan. 

Hidung Zahra sudah pun menghidu bau garing. Dia mengaul lagi sekali bahan-bahan tumisnya. Dibubuhkan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Setelah masak, dia memasukkan ikan sembilang yang sudah digoreng kedalam cili masak, bawang yang menjadi bahan penumisnya tadi. 

Akhir sekali dia menaburkan bawang besar yang dihiris sebentar tadi. Kini menu terakhir adalah sayur kailan ikan masin. 

Setelah siap, dia menghidang dan memastikan segala kelengkapan untuk makan disiapkan. Dia tersenyum saat melihat makanan siap dihidang. 

Baru sahaja dia ingin melangkah masuk terkejut dia melihat Azka yang berpeluk tubuh merenungnya dengan tajam. 

" Eh! Bila masa awak ada kat situ? " Azka menjulingkan mata keatas. 

" Dah sejam aku kat sini. Kau mana nampak, dah pakai spec mata besar pun tak nampak aku kat situ. " Dia berjalan menghampiri Zahra. 

Zahra tersengih dan mencapai tangan Azka. 

" Duduklah..saya dah masak. Fresh tau! Tengok tu asap-asap. Panas lagi lauk-lauk ni. " Zahra menyendukkan nasi kedalam pinggan Azka. 

" Tahu..lauk apa ni? " Hidungnya sudah mula menghidu bau sedap. 

" Saya masak ikan sembilang sambal berlada dengan kailan ikan masin. Ni lauk favourite awak." Zahra menepuk tangan. 

" Oh yeke? Tak silap aku, aku suka kari ayam. "  

" Itu tak silap awak. Ni betul-betul favourite awak. Saya tahulah, saya isteri awak. " Zahra menanti dengan bersungguh saat melihat jari Azka menyiat isi ikan sembilang. 

Azka memasukkan kedalam mulutnya. Terus ingatannya berlayar kesatu pasar raya. Dia dan perempuan pelik tengah bergelut dengan ikan sembilang. 

" Argh!! " Azka menjerit. Zahra terkejut lalu berlari dapatkan Azka. 

" Awak! Awak! Kenapa ni? " Zahra panik. Azka menepuk nepuk dadanya. 

" Sedap! " Ucap Azka selamba. Zahra terkedu. Azka menyambung suapanya tanpa memperdulikan Zahra. 

" Ish! Saya ingat apalah tadi! Awak ni.." Zahra sebal. 

" Aku gurau je..tapi seriuslah sedap! " Dia menyambung kembali. Walaupun pedas tapi makin sedap. 

Zahra tersenyum melihat muka merah Azka. Peluh didahi Azka mula keluar. Dulu Azka selalu pesan masak pedas-pedas sebab lelaki poyo ni suka pedas. 

Sampaikan ada satu tahap Zahra masak kesemua cili api dan dimasukkan kedalam kari ikan. Dan Zahra yang terkejut apabila kari ikan itu habis dikerjakan Azka. 

" Next month aku ada outstation seminggu kat Bali. " Zahra hanya merenung sahaja suaminya makan. 

" Zahra.." Azka panggil dan dia menjulingkan mata keatas melihat Zahra tersengih-sengih merenungnya. 

" Wei! " Azka menolak bahu Zahra. 

" Err ye? " 

" Kenyang ke tengok aku makan? Aku cakap tadi kau dengar tak? " 

" Awak tanya apa? Saya tak dengar.." Zahra mengaruk pelipisnya. 

" Aku cakap, next month aku ada outstation kat Bali. " Zahra mula menarik muncung. 

" Alaa..kali ni berapa lama? " 

" Seminggu. " 

" Alaa...nanti saya rindu awak macam mana? " Azka tersenyum. 

" Nanti aku call lah.." 

" Alaaa awak. Tak bestlah kalau macam tu. Awak tak ada! " Zahra buat muka kesian. 

" Nanti aku cuba siapkan kerja awal. " 

Zahra mengeluh. Kalau Azka dah kata macam tu, dia nak buat macam mana? Haih! Tak seronok kahwin degan lelaki businessman. Kena pergi outstation, bila dah pergi outstation overthinking lepas dah overthingking mulalah rasa tak sedap hati bila rasa tak sedap hati mulalah nak meroyan! Wargh!! 







CDTM 2Where stories live. Discover now