BAB 26

1.2K 128 44
                                    

Azka merenung muka Zahra yang mengunyah buah epal seperti manusia normal yang tiada rasa bersalah ataupun rasa apa-apa. 

" Baby.."

" Ye ayang.." Zahra tersengih. 

" Next time jangan buat macam tu..aku risau. " Akhirnya meletus kembali ketawa Zahra. Bukan main kejung muka Azka apabila Zahra pura-pura hilang ingatan. 

Azka mengeluh. Bersyukur dia itu hanyalah lakonan Zahra. Rasa terhentu degupan jantungnya apabila Zahra pura-pura hilang ingatan. 

" Itu baru berlakon tau! Masa awak hilang ingatan dulu lagilah. Macam tak boleh terima hakikat." Omel Zahra dengan mulut yang penuh dengan buah. 

Azka menarik Zahra kedalam dakapannya. Kepala Zahra dikuncup lembut. 

" Aku minta maaf sebab buat kau macam tu.." Zahra tersenyum dan membalas pelukan Azka. 

" Saya bersyukur sebab Tuan saya dah kembali.." 

" Tapi, aku tak dapat selamatkan.." Zahra menekup mulut Azka. Airmata suaminya jatuh. 

" Tak apa awak..Allah lebih sayangkan Lut dari kita. Mungkin itu adalah jalan yang terbaik untuk kita bertiga. " Azka mengusap perut Zahra yang kempis. 

" Ini pun sama juga..dia tunggu kita kat sana. " Azka menguncup perut Zahra. 

" Aku rindu kau Zahra.." Zahra melentokkan kepalanya kebahu Azka. 

" Saya pun rindu.." 

" Walaupun aku hilang ingatan, kau mampu buat aku jatuh cinta dengan kau. Lagi sekali. " Ucap Azka lembut. 

Zahra tersenyum. Mereka berdua sama-sama mengunyah epal. Leo dan Syafiq menjulingkan mata keatas. Langsung dua orang ini tidak menghormati mereka sebagai kaum sendu. 

****

Ad mengunyah biskut teddy bear yang baru sahaja dia beli tadi. Dia ingin melangkah masuk kedalam restoran Hayd namun langkahnya terhenti melihat Ayyan dan seorang perempuan seksi melangkah masuk kedalam restoran Hayd.

Ad menjulingkan mata keatas. Sah! Ini wanita yang ke 150. Ayyan ini memang!

" Tak pernah nak betul. Nasib kaulah lady-lady..ingat Ayyan nak kat korang agaknya. " Ad menjulingkan mata keatas.

" Apa yang awak membebel tu Encik Ad? " Fafa menjenguk-jenguk kearah hadapan. Ad terkejut dengan kemunculan Fafa.

" Ish! Kau ni kenapa?! Nasib baik aku tak tercekik biskut ni. " Fafa tersengih.

" Sorry awak..saya cuma perhatikan dari tadi awak tertinjau-tinjau Boss. "

" Kau perhatikan aku? I'm yours secret admirer ke Fafa? " Mata yang seakan-akan coklat itu merenung tajam kearah gadis itu.

" Err..taklah! Siapalah nak kat Encik Ad. Lainlah kalau Mr Ayyan. " Ad menjeling tajam.

" Hah! Kau nak apa? "

" Ni, saya ada nak bagi surat ni. Interview PA Mr Ayyan. " Ad mengambil beberapa surat dan dokumen yang dihulurkan.

" PA? PA apa? " Ad mengambil kertas dari Fafa dan dibelek.

Qaira Lioned.

Ad mengerutkan kening. Lioned? Macam pernah dengar. Ad menyelak sehelai demi sehelai resume ditangannya.

Gambar? Tak ada pun.

" Mana gambar dia Fafa? " Fafa mengerutkan kening memandang wajah Ad.

" Lah, tak semua resume kena letak gambar. Ni formal resumelah Encik Ad. " Ujar Fafa.

CDTM 2Where stories live. Discover now