Ami berjalan laju melintasi jalan untuk menyeberang kebutik Zahra. Zahra yang sedang membetulkan baju gaun pengantin menoleh apabila hidungnya sudah terhidu minyak wangi dashing.
" Ami! " Zahra meloncat seronok bila mana Ami berdiri didepannya sambil menghulur gula-gula kapas.
" Dung! Aku rindu kaulah nyah! " Ucap Ami.
Sudah hampir setahun dia tidak bertemu dengan Zahra. Selepas kehidupan mereka berubah, mempunyai tanggungjawab sebagai suami dan isteri, mereka kurang untuk berjumpa.
" Ami...kau dari mana ni? Kenapa tak bagi tahu aku? Boleh aku belikan donut untuk kau. " Zahra mengajak Ami untuk melabuhkan punggung dikerusi kayu milik butik Zahra.
Mereka menikmati gula-gula kapas sambil melihat kesibukan jalan raya yang dipenuhi dengan kereta dan motosikal.
" Aku dari rumah. Isteri aku tak ada kat sini. Dia pergi turki. "
" Oh yeke? Bercuti ke? " Zahra memasukkan gula-gula kapas kedalam mulut sedikit demi sedikit.
Apabila masuk sahaja gula kapas dimulut, gula-gula tersebut cair dan mengeluarkan rasa yang manis sampaikan mata Zahra terpejam menikmati gula-gula kapas itu.
" Taklah. Kau macam mana Zahra? Life sebagai isteri kepada Tuan Muda? Best tak dapat gelaran Puan Muda? "
Zahra merenung kedalam mata Ami. Lelaki dihadapannya ini lebih mengenal isi hati seketul Zahra. Dia tahu Zahra mempunyai masalah sebab itu hatinya melonjak ingin berjumpa dengan Zahra.
Zahra tersengih. Ami berubah selepas berkahwin. Dari lembut sudah menjadi keras. Mungkin hormon. Lembut-lembut pun anak sudah 4 orang.
" Kau tak yah sengih dung! Spill the story. " Ami menunggu ayat Zahra.
" Aku..aku tak tahu apa jadi dengan Azka. " Dia melepaskan keluhan keras.
" Dah 2 hari kami tak bertegur sapa. Bukan tak tegur sapa langsung, cakap tu ada tapi kami cakap bila perlu. Azka pun macam menjauhkan diri dari nak bercakap dengan aku Ami.." Kelopak kata Zahra mula terasa panas.
" Aku nak tahu punca kenapa jadi macam tu..lepas je rumah mak aku kena masuk penculik tu, dia berubah. Lepas ingatan dia kembali pulih. " Ami fokus pada cerita Zahra.
" Takkan aku nak hentak kepala dia balik supaya dia hilang ingatan? Kau rasa patut ke? " Soal Zahra.
" Kalau kau tak nak aku yang hentak kepala kau baik kau cerita betul-betul. " Rungut Ami sambil menjeling kearah Zahra.
" Ami..Azka lately ni selalu mention mak. Aku tak tahu apa yang dia takutkan sangat dengan mak. Sikit-sikit kang mak, aku jatuh pun dia mention mak. Kenapa eh? " Zahra menayang muncung itik.
" Dia takutlah tu mak kau bising! Macam tak biasa pulak. " Sampuk Ami.
" Eiiii ! Takkanlah sebab mak bising. Aku rasa sebab lainlah Ami. " Zahra mengeluh perlahan.
" Zahra..kau rasa mak kau ada cakap apa-apa ke dekat Azka? "
" Tak ada.." sepatah sahaja yang keluar dari mulut Zahra.
" Hmmm..pelik juga dung! Kalau Azka takut mak kau bising takkanlah sampai tak beramah mesra dengan kau. " Zahra mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Ami sudah terasa lain apabila mengenangkan ayat Puan Has beberapa hari lepas semasa terserempak dengannya.
" Bukannya apa, auntie tak naklah kehidupan Zahra tu sentiasa dalam ancaman. Ada suami yang banyak musuh ni apa-apa je boleh berlaku. "
Ami menoleh kearah Zahra yang menongkat dagu.
YOU ARE READING
CDTM 2
RomanceSeronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan Muda serta Pereka Fesyen yang terkenal. Dikurniakan 2 cahaya mata kembar Lut Zaheen dan Lutfi Radeen yang menambahkan lagi perisa manis da...