BAB 25

1.6K 145 57
                                    

Ain melangkah masuk dalam satu bilik yang menempatkan satu sangkar besar khas untuk Hafiz. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan rancangannya dapat dilaksanakan.

" Hai Hafiz.. " Ain menyeringai melihat rantai besi yang dikunci untuk memastikan Hafiz tidak terlepas.

Wajah cengkung Hafiz merenung tajam pada wajah bersih Ain. Hampir setahun lebih dia menjadi tawanan Ain.

" Awak dah makan? " Jari runcing Ain mula melorot ke dagu Hafiz.

" Kau lepaskan aku Ain!! Sampai bila kau nak buat aku macam ni?!! " Wajah tegang Hafiz menjadi tatapan sinis Ain.

" Lepaskan? Wah! Rugilah kalau aku lepaskan kau. Sebabkan kaulah aku kena cerai dengan Atif!! " Jerkah Ain. Dia bangun lalu langsir tingkap bilik itu diselak.

Hafiz terpaksa memandang kearah lain kerana imbasan cahaya itu sangat memeritkan matanya.

" Aku tak nak lepaskan kau selagi mana kau tak ikut plan aku untuk bunuh Zahra! " Ain membelek kukunya.

" Kau gila ke Ain?! Zahra tu bukan orang biasa untuk kau bunuh, suami dia Tuan Muda Ain! Tuan Muda! Siapa je yang tak pernah jatuh dekat tangan dia? Kau cakap dengan aku?! " Bidas Hafiz.

" Siapa?! Kau nak tahu siapa yang pernah tumbangkan Tuan Muda? Nak tahu?! " Ain memeluk tubuhnya.

" Farid!! " Jerit Ain dari dalam. Hafiz memandang kepintu bilik. Sepasang kaki melangkah masuk.

Farid merenung kedalam bilik tersebut. Sudah seperti kandang binatang. Dengan bau taik, bau kencing.

Polistrin makanan yang bersepah. Muka Hafiz sudah tidak seperti manusia. Dipenuhi dengan jambang. Rambut serabai.

" Busuk bodoh tempat ni!! " Farid menutup hidungnya.

" Farid?! " Hafiz terkejut. Adiknya yang dahulu tidaklah bergaya seperti ini. Wajah kampung Farid makin hari makin berubah. Penampilannya juga tidak seperti dahulu.

" Hafiz! Amacam duduk tempat busuk? Bahagia tak? " Farid memandang sinis abangnya.

" Kau Farid!! Kenapa kau kerja bawah perempuan bodoh ni?! " Bentak Hafiz. Mahu sahaja dia menerkam adiknya, namun tangannya diikat dengan rantai besi.

" Hahahaha! Ain tawarkan aku 20k sebulan kerja bawah dia. Kerja senang je, bunuh orang-orang yang dia suruh. Itu je..tapi masyuk tu.."

Dihujung ayat menarik senyum sinis. Farid tidak seperti Hafiz. Nampak budak itu bersungguh-sungguh melakukan kerja.

" Kau! " Farid meletakkan jari dimulut abangnya.

" Shhh..kau pun dulu bukannya baik mana pun. Sama je..perangai kau pun bukannya baik sangat. Nak hidup ni bang, kena bijak. Jangan mudah menyerah. " Farid menghamburkan ketawa sinis.

Hafiz tertunduk sedih mendengar ketawa dari adiknya yang seakan-akan memerlinya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

****
Fahim bersiul kecil apabila kakinya melangkah masuk ke markas miliknya. Anak-anak buahnya sedang menjalankan kerja seperti yang diarahkan.

" Yow! " Tegur seorang pemuda yang duduk menyilang kaki memandangnya redup.

" Weh! Naim! " Fahim memeluk dan bersalam dengan Naim.

" Lama betul kau pergi outstation.. " Fahim melabuhkan punggungnya disofa yang berhadapan dengan Naim.

" Yup! So how your business? " Soal Naim.

" Alhamdulillah..berjalan dengan lancar walaupun hari tu Mation serang sarang aku. " Naim ketawa.

" Bro, benda jahat tak payah cakap Alhamdulillah. Tak layak bro. " Fahim ketawa besar.

CDTM 2Where stories live. Discover now