BAB 16

1K 109 37
                                    

Azka melangkah masuk kedalam rumah. Berkali-kali dia menolak pelawaan Ain untuk tinggal sebumbung. Memang sebelum ini mereka seperti belangkas. Kemana-mana sahaja berdua. Sehinggakan tinggal pun serumah. 

Tapi entah kenapa, setiap sentuhan Ain ataupun manja Ain tidak sampai kehatinya. Fikirannya terganggu dengan wanita yang bernama Zahra Radhia. 

Matanya meliar keruang tamu. Kosong! Lama dia berdiri merenung keruang tamu itu. 

" Tuan jadi kuda!" 

" Hah! Tak kuasa aku! " 

" Tuan! Tuan nak Martin muntah ke? " 

" Ish! Yelah, yelah.." 

 Azka memegang kepalanya. Sakit! Suara itu seakan-akan suara Zahra. Namun ingatannya masih samar-samar dengan raut wajah perempuan itu. 

Zahra terkejut melihat Azka yang memegang kepala dan terjelepok dihadapan pintu rumah. 

" Eh Tuan! Kenapa ni?! Ya Allah.." Zahra memapah Azka dan meletakkan Azka perlahan-lahan diatas sofa. 

" Kejap saya pergi ambil air. " Azka memicit-micit kepalanya. Berkali-kali suara itu menerjah kedalam fikirannya. 

" Nah! Awak minum. " Zahra menegakkan sedikit tubuh Azka. Dia membantu Azka menyisip air dengan perlahan. 

Setelah itu, Azka membaringkan tubuhnya. Wajah Zahra ditatap. Perlahan jari jemari Zahra mengurut kepalanya. Lega. Lembut tangan itu. Seperti dia pernah rasa sentuhan lembut itu. Tapi dia tidak ingat. 

" Sorry, tadi tak perasan awak balik. Saya mandi tadi. " Azka tahu. Rambut panjang Zahra yang basah itu menjawab soalannya. 

" Thanks..tiba-tiba kepala aku sakit. " Adu Azka. 

" Tuan ada fikir apa-apa ke? Pasal kerja? " 

" Taklah..dari pagi tadi otak ni asyik fikir Zahra Radhia. " Zahra tergamam. Azka terasa jari Zahra berhenti dari memicit kepalanya. 

" Aku tak tahu kenapa nama kau asyik muncul dalam fikiran aku. Walaupun aku dengan Ain, tapi kau tetap ada dalam fikiran aku. " Jujur Azka menceritakan keadaan dia. 

" Tuan ada ingat apa-apa tak ? " Zahra memandang wajah Azka. 

" Ada. " Zahra menekup mulutnya. Bibirnya menguntum senyum. 

" Tapi aku tak berapa nak nampak muka perempuan tu..tapi yang aku ingat, dia suruh aku jadi kuda. Sebab masa tu Martin nangis. " Zahra memegang dadanya. Seronok! Ini perkembangan terbaik. Azka sudah mula mengingat sedikit demi sedikit kenangan dia. 

" Saya harap sangat Tuan dapat ingat semuanya! Saya rindu Azka saya! " Ucap Zahra. Azka mengangkat kening sebelah. Azka saya? 

" Aku pun harap benda yang sama. Aku nak sangat tahu, betul ke kau bermakna dalam hidup aku. " Zahra menyengih. 

" Saya hari-hari berdoa supaya Tuan ingat setiap janji Tuan pada saya. Walaupun Tuan tak tahu janji apa, tapi saya ingat tau! " Azka tersenyum. 

" Kau ingat? Benda apa yang aku janjikan? " Soal Azka. Seronok pula tengok wajah polos itu bercerita. 

" Tuan tak janjikan yang Tuan akan jadi baik sepenuhnya tapi Tuan janjikan dalam keadaan apa sekalipun..kita tetap akan bersama. " Ucap Zahra. 

" Walaupun kita berbeza cara, tapi aku akan pastikan kau akan bahagia duduk dengan aku. Aku tak janji yang aku akan jadi lebih baik sepenuhnya tapi aku akan pastikan yang kita tetap bersama juga. Okay? " 

" Okay Tuan.." 

Azka tersenyum. Ya! Suara itu lagi. Lama dia merenung wajah Zahra. Hatinya makin lama makin menyakinkan bahawa selama ini suara yang selalu ada dalam fikirannya adalah milik wanita ini. 

CDTM 2Where stories live. Discover now