BAB 32

1.1K 79 25
                                    

Author sarankan layan lagu ni time baca chapter ini! Sumpah suara guy ni sedap!!!

****

Zahra membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Siling atas adalah pandangan pertamanya. Ini bukan dalam bilik dia dan Azka.

Zahra menggelupur bangun. Pipinya terasa bengkak. Mulutnya pedih. Dia memerhati sekeliling biliknya.

Satu persatu otaknya mula memproses. Dari dia dan Ami diserang, Azka datang selamatkan dia dan bawa ke rumah maknya.

Zahra termenung.

Betul ke Azka tinggalkan dia? Dia menapak ke cermin. Melihat figuranya sendiri. Mukanya yang bengkak sebelah dan matanya bengkak.

Zahra tak mampu untuk berdiri. Dia terjelepok jatuh. Airmatanya mula merembes tanpa ada tanda-tanda ingin berhenti. Dia memeluk lututnya.

Azka! Azka! Azka!

Itu sahaja yang ada dalam bayangan dan mindanya. Dia tidak kisah sakit apa yang dia rasa namun luka dihatinya tanpa Azka kisahkan! Tanpa Azka peduli!

" Awak!! Saya tak sanggup!! Saya tak sanggup!! " Jerit Zahra sekuat hati.

Zahra menolak semua barang-barang yang ada didalam bilik itu. Dia menangis! Dia tidak sanggup kehilangan Azka! Dia tidak sanggup untuk hidup tanpa Azka!

" Aku sumpah sayangkan kau!! " Jerit Zahra lagi.

Syaf berlari menuju kebilik kakaknya. Alangkah terkejutnya melihat Zahra yang membaling semua gambar-gambar dan barang-barang yang ada didalam bilik itu.

Muka Zahra mula memerah. Dia menangis sambil menumbuk dadanya sendiri.

" Zahra tak sanggup! " Ucap Zahra. Syaf menekup mulutnya sendiri melihat keadaan kakaknya sendiri seperti orang yang tidak waras.

" Zahra..." Seru Syaf. Dia memandang Zahra dengan pandangan redup.

Zahra merenung Syaf. Muka Syaf agak takut melihat keadaan Zahra.

Syaf mengambil tempat disebelah Zahra. Telinga Syaf menangkap bunyi sedu Zahra. Tangannya memegang tangan Zahra.

Luka! Mungkin tangan Zahra terkena mana-mana barang berkaca.

" Aku minta maaf sebab aku.." Syaf tidak dapat meneruskan bicaranya apabila Zahra terlebih dahulu memotong katanya.

" Kenapa mak buat aku macam ni? Aku bukan anak mak ke? Aku anak angkat ke Syaf? Kenapa mak pisahkan aku dengan Azka? Dia tahukan aku tak boleh hidup tanpa Azka? " Zahra menjatuhkan badannya didalam pelukan Syaf.

Airmata Syaf tumpah. Dia sangat kasihan melihat keadaan kakaknya. Hampir seluruh tubuh Zahra menggeletar menahan sakit. Syaf dapat rasakan.

" Kak.." Syaf memeluk Zahra.

" Kenapa Azka tak pernah bagitahu aku Syaf? Aku dalam hidup dia untuk apa? Apa fungsi aku sebagai isteri dia? Aku ni cuma tempat pemuas nafsu orang ke? Aku ni tempat permainan diorang ke? Kenapa aku selalu yang kena? Kenapa orang buat aku macam ni? Aku tak ada perasaan ke Syaf?! " Zahra meluahkan segala apa yang terbuku dalam fikirannya.

" Azka tak fikir ke apa yang aku rasa kalau dia buat macam ni? Dia tak tahu ke aku terseksa? Dia suka ke tengok aku merana macam ni? Kenapa?! Aku tetap yakin yang dia tak akan tinggalkan aku sebab aku percaya dia. "

" Dia sanggup puaskan hati mak dari hati aku sendiri?! " Luah Zahra. Dia penat!

Penat dengan takdir yang tidak selalu berpihak padanya. Puan Has yang selama ini dia percaya rupanya adalah punca utama dia dan Azka berpisah. Dia tidak sanggup untuk menanti hari-hari dia tanpa Azka.

CDTM 2Where stories live. Discover now