Zahra berlari mendekati Leo, Ayyan dan Shah yang menanti dihadapan bilik yang menempatkan rawatan khas untuk Tuan Muda.
" Leo! Mana Azka?! " Zahra dan Ad merenung wajah muram mereka.
" Zahra... " Ayyan menepuk bahu Zahra perlahan. Wajahnya ditundukkan.
" Kenapa Ayyan?! Azka mana?! Macam mana keadaan dia?!! " Leo dan Ayyan mendiamkan diri.
Kini Zahra beralih kearah Shah. Shah juga sama mendiamkan diri.
" Shah?! Azka macam mana?! " Zahra menanti. Hatinya sudah pilu melihat kebisuan dari mereka.
" Ak..aku harap kau sabar. " Shah menepuk bahu Zahra.
" Azka..dia kritikal. " Zahra menekup mulutnya. Ya Allah!
Terjelepuk dia diatas lantai. Dia menangis! Jiwanya meronta-ronta! Deras air mata dia mengalir kerana terbayangkan wajah Azka tersenyum memandangnya.
" Kenapa awak tak hati-hati? Kenapa awak bawa kereta laju-laju? " Gumam Zahra. Hingus disapu kasar.
" Sabar Zahra, aku pun tak sangka yang Azka bakal jadi mayat." Ayyan pun turut mencangkung dihadapan Zahra sambil menepuk bahu Zahra perlahan.
Lagi meraung Zahra apabila Ayyan menyebut perkataan 'mayat'.
Derapan kasut mendekati mereka semua. Ad terlopong melihat lelaki itu yang merenung tajam pada Ayyan.
" Siapa yang bakal jadi mayat? " Suara garau itu menyahut sebaik sahaja dia mendekati mereka semua.
Leo, Ayyan dan Shah mengekek ketawa. Zahra mengangkat mukanya dan merenung figura lelaki yang berdiri betul-betul disebelah Leo.
" Aku belum mati lagilah Zahra..aku okay je. Luka sikit je. " Ujar Azka.
" Hmmp! " Zahra mengemam bibir menahan sendu.
Dia bangun dan berlari mendapatkan tubuh Azka. Dia melepaskan tangisan didada Azka.
" Kenapa awak tak berhati-hati?! Saya tak nak jadi janda!! Saya tak nak!! " Jerit Zahra yang sudah menyebamkan mukanya kedada Azka.
" Wei Zahra, ini Tuan Muda. Nyawa liat doh! Setakat accident macam tu, tak akan buat suami kau cacat ataupun mati weh! " Sampuk Leo.
Azka tersenyum dan menyapu lembut airmata isterinya.
" Dahlah baby..tak payah nagis lagi. Aku kan ada depan kau ni.. " Persis anak kecil Azka mengelap airmata Zahra.
" Janji tak tinggalkan saya..isk! Isk! Berderau darah saya bila Ad bagitahu awak accident.. " Zahra mengangkat jari kelingkingnya.
" Ye aku janji..Sorrylah buat kau risau. " Azka menyambut pinky promise isterinya.
" Lahh..drama betul! Dahlah semua, kita baliklah! Orang bukan nak cakap terima kasih pun..sibuk dok pig pig promise. " Ayyan mencebik.
Azka menjeling. Dia menundukkan kepala dan mencium bibir Zahra dihadapan mereka semua.
" Ish! Awak ni! Malulah dekat diorang.. " Marah Zahra.
Leo, Ayyan, Shah dan Ad menundukkan wajah dan kaki mereka disapu-sapukan pada lantai hospital. Sendu!
Azka menghamburkan ketawa lalu dia dan Zahra melangkah pergi meninggalkan mereka semua.
" Leo! Ambikkan ubat aku..tak payah pusing-pusing kaki..esok pagi aku nak laporan semua siap kat atas meja. "
" Ceh! Kenapalah dia tak masuk ICU je tadi? Tak cukup kuat orang tu langgar dia. Tak delah dia sibuk dengan laporan.. " Rungut Ayyan.
****
YOU ARE READING
CDTM 2
RomanceSeronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan Muda serta Pereka Fesyen yang terkenal. Dikurniakan 2 cahaya mata kembar Lut Zaheen dan Lutfi Radeen yang menambahkan lagi perisa manis da...