BAB 13

965 104 37
                                    

Selepas memastikan Luf sudah nyenyak tidur, Zahra kembali ke bilik. Matanya terpandangkan susuk tubuh Azka yang duduk sambil merenung jauh langit malam. Zahra menapak kearah Azka.

" Tuan? " Azka tersentak! Suara itu! 

Dia memalingkan kepalanya kekanan. Zahra melemparkan senyum kepadanya. Suara itu macam dia pernah dengar!

" Tuan tengok apa? " Zahra masih lagi dengan senyuman dia.

" Macam mana kau boleh masuk? "

" Lah, kan saya dah duduk kat sini hampir 2 tahun lebih. So, saya tahulah cara macam mana nak masuk. Itupun nak tanya ke? "

" Ada ke isteri panggil suami dia Tuan? " Zahra ketawa.

Dia dan Azka sama-sama memandang dada langit yang ditaburi dengan bintang bersertakan dengan bulan sabit.

" Saya tahu Tuan susah untuk terima siapa saya dalam hidup Tuan. Disebabkan kecederaan yang terjadi Tuan hilang ingatan. Saya bersyukur sebab Tuan masih ada lagi di depan saya. Saya bersyukur sebab saya boleh lagi dengar suara Tuan. " Ucap Zahra penuh syahdu.

" Saya akan usaha bantu Tuan untuk pulihkan kembali ingatan Tuan. Usaha untuk kembalikan kisah kita yang sebenar. Setiap panggilan yang saya gunakan, itulah panggilan semasa saya gunakan dulu. "

Jari runcing Zahra menarik peniti satu persatu dikepalanya.

" So, kau pernah bekerja dengan akulah? " Soal Azka. Dia memandang Zahra dengan ekoran mata. 

" Yup! Saya bekerja dengan Tuan. Sayalah cik dungu yang selalu jadi bahan buli keluarga Mation. " Dihujung ayat Zahra menghamburkan ketawa dan diikuti oleh Azka. 

" Dungu? Kenapa diorang panggil kau dungu? " Zahra menarik tangan Azka. 

" Sebab ini.." Zahra menunjukkan bingkai gambar yang telah disusunkan dimeja kerja Azka. 

Azka merenung gambar itu. Seorang perempuan yang mengenakan baju kuning pekat. Eyeshadow sama warna dengan baju. Rambut diikat kiri dan kanan. Cermin mata besar dan paling terang kat situ pipi yang merah. Stoking panjang belang-belang dipadankan dengan kasut warna biru?! 

" Eiii hodohnya! " Kutuk Azka. 

" Inilah saya sebelum kahwin dengan Tuan. " Bangga Zahra memperkenalkan dirinya.

" Kau? Lain gila! " Dia amati pula lelaki disebelah perempuan itu. Dia! 

Zahra menarik keluar album gambar-gambar mereka. Mereka berdua duduk diatas katil dan sama-sama membelek gambar-gambar.

" Ini masa majlis kahwin Nuna. Ini Tuan dengan saya. Time ni saya dah glow up lepas Tuan marahkan saya. " Cerita Zahra. 

" Marah? Sebab apa? " soal Azka.

" Oh yang tu..biasalah perkara kecil. Normallah bergaduh masa bercinta. " Zahra tersengih.

" Lagi? " Azka mula tertarik dengan cerita Zahra. 

Zahra melebarkan senyum. Dia menarik sekeping gambar lagi. Kali ini gambar Tower Bridge dan berdirinya pasangan kekasih itu saling menatapi antara satu sama lain.

" Ini gambar paling bermakna untuk kita berdua. After 1 years kita terpisah disebabkan pergaduhan dan salah sangka tu, ini kali pertama kita berjumpa dan kita saling meluahkan perasaan antara satu sama lain. " Cerita Zahra dengan bersungguh-sungguh. 

Azka merenung gambar itu. Tiba-tiba otaknya menerjah pada sekumpulan orang-orang putih yang berdiri dihadapannya. Ketika itu ditangannya memegang ukulele. Namu masih lagi samar-samar situasi itu. 

CDTM 2Where stories live. Discover now