Hari semakin suntuk. Zahra melihat jam ditanganya. Sudah pun masuk pukul 4 petang. Hal-hal yang dia sepatutnya uruskan hari ni sudahpun diselesaikan. Maknya dan Syaf sudah pun pulang kerumah memandang mak mertua Syaf ingin berjumpa dengan maknya.
Dia melihat keadaan jalan diluar. Nampaknya jalan sudah dipenuhi dengan kereta dan tiba-tiba dia terpandangkan seseorang perempuan yang duduk disebuah kerusi diseberang jalan memandang kearah butiknya.
Zahra cuba mengamit susuk tubuh itu, namun terlalu jauh untuk dia mengecam susuk itu. Lain macam sahaja wanita itu terus merenung kearah butiknya.
Kring!
Dia terkejut dia apabila pintu butiknya dikuak. Lut dan Lutfi memandangnya. Ayyan dan Shah mendukung anak-anaknya dan melangkah mendekatinya.
" Kau tengok apa Zahra? Jauh betul kau termenung." Zahra mencapai anak-anaknya dari dukungan Ayyan dan Shah.
Zahra menoleh kearah jalan tadi tapi perempuan itu sudah tiada. Entah kenapa hatinya rasa lain sahaja.
" Tak ada, tadi Zahra nampak ada sorang perempuan tu duduk sana..tengah tengok butik ni. Ingatkan nak tengok siapa..tapi tak perasan pulak." Shah dan Ayyan saling berpandangan.
" Terima kasih Shah dengan Ayyan jagakan twins.." Ucap Zahra.
" Oh! Tak ada masalah pun..lagipun twins ni strok macam bapak dia. Tak ada perasaan.So, tak susah mana pun.." Zahra ketawa dengan apa yang Ayyan rungutkan.
Betullah. Kedua-dua anaknya ini memang copy paste perangai bapaknya.
" Macam mana dengan hari ni Zahra? Fahim ada datang sini lagi tak?" Zahra menghidangkan mocha ice dan Latte ais kepada Shah dan Ayyan.
" Hari ni, tak ada pulak..mungkin dia dah takut kot lepas korang 'tackle' kaki dia." Ayyan dan Shah melepaskan ketawa.
Minggu lepas Ayyan dan Shah diarahkan oleh Azka untuk cederakan Fahim memandangkan Azka sakit hati Fahim asyik kacau isteri dia.
Datang bangang Shah dan Ayyan pergi tackle kaki Fahim sampai tersungkur budak tu dihadapan pintu butik Zahra. Punyalah mengamok Azka dengan cara Shah dan Ayyan cederakan si Fahim.
" Biarkan dia..tak tahu malu nak kacau isteri orang." Shah menoleh kepalanya kearah kanan. Cermin butik Zahra yang menghalakan pandangan kebahu jalan arah barat.
Seorang lelaki yang bertubuh besar dari mereka semua sedang menghembuskan asap rokok sambil bibir lelaki itu menguntum senyum sinis kearahnya. Aik?
" Zahra.." Panggil Shah.
" Ye?"
" Ada tak kau rasa lain macam sejak akhir-akhir ni?" Ayyan mengerutkan keningnya mendengar soalan yang pelik keluar dari mulut Shah.
Zahra terdiam. Dia merenung kedua-dua wajah lelaki dihadapannya.
" Kalau Zahra bagitahu..jangan bagitahu Azka pulak! Tak nak buat dia risau."
" Okay. Weh! Kau tenung muka Zahra apahal? Isteri orang ni.." Shah menyiku dada Ayyan yang dari tadi leka merenung muka Zahra.
" Lah! Aku tengah fokus tengok jerawat Zahra tu..bukan tenung muka si dungu ni!" Ayyan menyengih.
Zahra meraba jerawat kecilnya ditepi pipinya. Bongok Ayyan ni tengok jerawat dia.
" Aku, Ayyan dengan Leo janji tak bagitahu Tuan Muda. Kau relaxlah! Macam baru kenal pulak.." Shah kembali memandang Zahra.
" Kalau korang nak tahu, baru-baru ni ada dua orang lelaki yang selalu sangat duduk kat jalan sana pandang arah butik ni. Lepas tu baru je tadi, ada sorang perempuan ni pakai baju kot labuh warna maroon dengan spec mata hitam pandang kedai ni.." Cerita Zahra.
YOU ARE READING
CDTM 2
RomanceSeronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan Muda serta Pereka Fesyen yang terkenal. Dikurniakan 2 cahaya mata kembar Lut Zaheen dan Lutfi Radeen yang menambahkan lagi perisa manis da...