"MORNING Mak Rah," ucap Razin. Seperti biasa tetap ramah dan mesra.
Razin muncul di ruang makan. Matanya melirik susunan hidangan di atas meja makan dari jenis kayu jati berbentuk bulat. Juadah sarapan pagi sudah siap sedia di atas meja.
Pagi ini dia hanya berpakaian santai. Hanya baju T polo berkolar berwarna kelabu dan putih dibahagian badan baju. Potongannya sedikit fit mengikut bentuk badan dengan seluar denim berwarna krim.
Kerusi di tarik lalu punggung dilabuhkan ke atasnya
"Morning Razin. Kamu sihat pagi ni?"
Mak Rah hadiahkan senyuman manis kepada anak asuhannya sedari kecil. Sejak lahir Razin dalam jagaan Mak Rah kerana mummynya sentiasa sibuk tak kira masa menguruskan syarikat hiasan dalaman yang memiliki beberapa cawangan.
"Sihat je Mak Rah. Hmm sedapnye bau. Mak Rah masak apa pagi ni?"
Mak Rah membuka tudung saji yang menutupi makanan.
"Ada pulut panggang, Nasi Lemak dan sambal, juga beberapa juadah lain."
"Wahh berat sangat menu pagi nih, Mak Rah."
"Bukan selalu pun. Tapi kalau kamu tak mahu makan yang berat, Mak Rah boleh bakarkan roti je."
"Ehh tak payah, Mak Rah. Saya nak makan pulut panggang je." Mak Rah lantas mengambil piring. Dua butir pulut panggang diletak dalam piring kecil dan secawan teh kosong turut dihulur kepada Razin.
Seketika ruangan itu menjadi riuh rendah. Adik-adik tiri Razin sudah siap untuk ke sekolah. Mereka dibantu oleh Kak Mila, seorang lagi pembantu di rumah agam mereka.
"Wahh abang, handsomenya pagi nih. Wangi pulak tu," puji Riyana dengan suaranya yang halus. Razin tersenyum. Pipi mulus gadis comel itu diusap sekilas.
Si kecil yang comel itu berusia lima tahun. Manakala abangnya, Raqim pula berusia lapan tahun. Mereka berdua adalah penyeri di rumah agam milik Datuk Roseta dan Dato' Raiqal itu.
"Cepat sarapan Ria, Aqim. Kejap lagi Pak Lem sampai," ujar Datuk Roseta yang datang menyertai mereka di meja makan. Sempat dia melemparkan senyum kepada Razin.
"Baik Mummy," dijawab serentak oleh Raqim dan Riyana lantas segera menyuap makanan ke dalam mulut.
"Dear, I dah nak pergi pejabat." Dato' Raiqal muncul tiba-tiba.
"Ehh you tak nak sarapan ke?" Datuk Roseta menyorot pandangan kepada suaminya.
"Nope, I ambil breakfast kat cafe office jer nanti. Bye Aqim and Ria. Belajar rajin-rajin okay." Dato' Raiqal terus melangkah pergi.
Dato' Raiqal ayah tiri Razin Carlos yang dikahwini oleh ibunya beberapa tahun selepas kematian suaminya Carlos Ignacio atau pun nama Islamnya Muhammad Rees Carlos. Ayahnya meninggal ketika umur Razin sepuluh tahun.
Razin tidak rapat dengan ayah tirinya, kerana Dato' Raiqal seorang yang berlagak, sombong dan ego. Ibunya berkahwin semula ketika usia Razin lapan belas tahun. Razin tidak serasi dengan Dato' Raiqal. Bagi Razin, ayah tirinya itu hanya menumpang kekayaan ibunya kerana Datuk Roseta seorang wanita berpangkat dan kaya raya.
Dato' Raiqal tahu wanita itu mewarisi kekayaan arwah suaminya. Segala harta kekayaan Ignacio telah menjadi milik Roseta dan Razin. Setiap masa Dato' Raiqal memujuk Roseta untuk berkahwin dengannya, sehingga akhirnya Roseta menerima Raiqal dalam hidupnya.
"Okay mummy, Razin pun dah siap sarapan. So Razin nak pergi dulu." Pipi Datuk Roseta lantas dicium.
"Hmm. Tak masuk office ke hari ni?" Wajah anak terunanya itu direnung mesra.
"Tak tahu lagi. Razin nak terus pergi ke rumah client. Ada sedikit perubahan pada hiasan dalaman di rumahnya. Tengahari pulak Razin ada lunch date dengan Erika."
"Ha, sebut pasal Erika, nanti jangan lupa bincang dengan dia pasal persiapan untuk hari pernikahan kamu berdua. Beberapa bulan je lagi kan?"
"Ok mummy, Razin akan bincang dengan Erika nanti." Razin menghampiri adik-adik tirinya. Keduanya dipeluk dengan erat sebelum dia pergi.
Oleh kerana Razin sangat menyayangi ibunya, maka dia tidak menolak hasrat ibunya untuk berkahwin lagi. Razin juga sangat sayangkan Raqim dan Riyana, adik-adiknya yang lahir dari rahim ibunya walaupun berlainan ayah.
Razin pernah bergaduh dengan Dato' Raiqal kerana penentangannya pada keinginan Datuk Roseta menamakan pemilik syarikat hiasan dalamannya kepada Razin. Kalau boleh Raiqal mahu membolot semua harta kekayaan Roseta.
Mujur ibunya bertindak bijak. Suaminya itu hanya pemegang saham kecil dalam Roseta Carlos Internal Home Decor.
Lagak Raiqal yang suka bermewah-mewah dengan duit ibunya amat menyakitkan hati Razin. Razin bertekad akan memastikan satu sen pun duit, harta dan segala peninggalan arwah ayahnya tidak jatuh ke tangan Raiqal.
"Bye abang!"
Razin menoleh sambil membalas dengan lambaian tangan. Kunci kereta di ambil dari dalam dulang tembaga di atas kabinet yang terletak berhampiran pintu masuk.
Sebelum keluar Razin membuat satu pangilan telefon kepada setiausahanya memberitahu dia tidak akan masuk ke pejabat. Hari ini dia mahu habiskan masa dengan tunangnya Erika.
Razin tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kenderaannya.
Pertunangannya dengan Erika sudah masuk tahun ke tiga. Oleh kerana kerjaya Erika sebagai model antarabangsa menuntut untuk mereka saling berjauhan. Erika menetap di Itali. Bekerja dengan sebuah agensi supermodel ternama.
Jika Erika ada cuti baharulah mereka akan bertemu. Ataupun jika Datuk Roseta ada urusan di Sepanyol, Razin dan adik-adik tirinya akan ikut sekali. Peluang yang terbentang tidak disia-siakan. Erika akan terbang ke Sepanyol untuk menyertai percutian keluarga mereka.
Sejak dua minggu lalu, Erika pulang ke Malaysia. Masa terhad yang mereka perolehi dimanafaatkan sebaiknya untuk menguruskan segala persiapan majlis pernikahan mereka tidak lama lagi.
Rumah agam menjadi sepi. Hanya Datuk Roseta sahaja yang masih belum ke tempat kerja.
"Mak Rah, saya balik lewat sikit malam ni. Jangan masak banyak-banyak ya. Masak sedikit sahaja untuk Ria dan Raqem. Raiqal pula saya tak pasti dia makan di mana malam nanti."
"Baiklah Datuk."
"Oh ya. Saya baru teringat. Nanti Mak Rah cakap dengan Pak Lem untuk carikan orang bersihkan taman dan kolam renang."
"Saya tengok rumput dah semakin tinggi. Lagi satu, taman bunga saya tu pun nak kena buat ubahsuai. Mak Rah bagitahu Pak Lem ye. Kalau boleh saya nak halaman depan dan belakang diuruskan dengan sempurna. Majlis Razin sudah tak lama lagi."
Perkara biasa setiap pagi. Seharian tiada di rumah. Balik kerja sudah malam. Hanya waktu pagi sebelum ke pejabat baharulah Datuk Roseta ada sedikit masa untuk melawat sekitar halaman rumah agamnya.
"Ada apa-apa lagi Datuk?"
"Itu je. Tentang urusan upah, Mak Rah boleh bagitahu saya bila dah jumpa orang yang boleh buat semua kerja-kerja tu."
Datuk Roseta bangun. Tas tangan dikepit bawah ketiak. Sebuah briefcase dijinjing disebelah tangan.
"Oh lagi satu, Mak Rah tolong senaraikan semua barangan dapur basah dan kering yang nak dibeli. Hari minggu nanti saya nak pergi berbelanja barangan dapur dengan Syafiqah."
Datuk Roseta sempat melarik senyuman kepada pembantu dan pengasuh paling lama berkhidmat dengannya.
Mak Rah menemani Datuk Roseta hingga ke muka pintu.
YOU ARE READING
Isha ✔
RomanceSinopsis SURAYA ketika usia remaja lapan belas tahun adalah seorang gadis yang agak liar. Berasal dari keluarga kelas pertengahan dari kalangan orang yang berada. Bapanya seorang yang tegas dan agak terkenal dalam komuniti setempat di taman tempat m...