🦋 11 - Tekanan Hebat

172 10 0
                                    




HATINYA sakit. Sakit yang teramat sakit. Kenapa ayahnya sanggup membuangnya? Menghalau dia keluar dari rumah. Dia alami tekanan yang hebat ketika itu. Tiada seorang pun yang mahu peduli.

Apa yang dia kesalkan, kakaknya Salina juga seolah menyokong tindakan ayah mereka untuk menghantarnya ke sebuah pusat pemulihan wanita.

Suraya masih ingat lagi ketika itu...

"KAK SAL, tolonglah Su. Su tak nak masuk pusat pemulihan. Pujuklah ayah supaya Su boleh terus tinggal di rumah ini." Suraya memujuk kakaknya sambil menahan esakan.

"Kau gila ke Su. Kau nak malukan ayah? Dah lah kau conteng arang kat muka ayah, ni kalau perut kau tu dah memboyot nanti, habis semua jiran akan tahu," ujar kakaknya memoncongkan bibir ke arah perut Suraya sambil berpeluk tubuh. Tangisan adiknya dia endahkan.

"Tapi Kak Sal, Su dah menyesal. Bukan Su sengaja kak. Su dirogol kak. Kal dah hilangkan diri. Dia tak mahu bertanggungjawab." Lengan Salina di pegang dengan esak tangis yang semakin kuat. Namun dirungkaikan semula oleh Salina dengan agak kasar.

Airmata yang jatuh dipipinya dikesat. Kalaulah dia boleh undurkan masa. Malangnya semuanya sudah terjadi. Sudahlah hilang kesucian diri malah kini satu roh telah mula hidup dalam rahimnya.

"Padanlah dengan muka kau tu. Kau ingat anak orang kaya tu hadap sangat dengan cinta bodoh kau tu. Sebab tu kau kena tipu. Dia tu nak kan tubuh kau je untuk buat mainan. Macam tu pun kau tak boleh nak fikir!" Salina menunjal kepala Suraya.

"Su menyesal kak. Tolonglah kak. Cakap dengan ayah...." Tak sempat ayatnya disudahkan Salina pantas memotong bicaranya.

"Oohh pandai pulak menyesal. Kau cakaplah sendiri. Aku tak kuasa nak layan kerenah kau. Kalau dari dulu kau ikut nasihat, dengar teguran kami, kau takkan jadi macam ni." Salina menghamburkan kemarahan pada adiknya. Bagi dirinya Suraya memang betul-betul sudah buat tahi dalam keluarganya. Malu besar kalau jiran-jiran dapat tahu.

"Kak Sal..."

"Hey Suraya, aku rasa memang lebih baik kau masuk pusat pemulihan tu, sebelum rahsia ni terbongkar. Kalau kau tak mahu ayah malu. Ingat ayah tu ada pengaruh dalam taman ni. Satu taman ni kenal dia."

"Tapi kak..." Airmata Suraya kembali jatuh. Matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis.

"Dah lah Su. Bisinglah. Pakaian kau dah aku kemaskan. Kejap lagi pekerja ayah akan ambil kau. Jangan kau nak buat hal pulak."

'Sampai hati akan dan ayah buat Su macam ni,' sendu hatinya. Kesal.

"Suraya, lepas kau beranak nanti, kau baliklah sini, tapi jangan kau bawak balik anak tu, faham."

Salina terus keluar dari ruang tamu. Suraya ditinggalkan keseorangan.

Suraya mendiamkan diri. Airmatanya sudah mulai kering. Dia pasrah. Ketukan di pintu kedengaran. Sudah sampai saatnya untuk dia meninggalkan keluarga itu.




PADA suatu malam, selepas kira-kira enam bulan tinggal di pusat pemulihan wanita, Suraya nekad untuk melarikan diri. Pakaian disumbat ke dalam beg. Ketika semua penghuni sedang nyenyak tidur, Suraya melangkah keluar dari bilik.

Perlahan-lahan dia mengangkat beg pakaian lalu senyap-senyap membolosi pintu utama yang tidak dikunci. Pantas dia menyelinap dicelah-celah pokok renek sepanjang laluan ke pintu pagar. Nasibnya agak baik. Pintu pagar kelihatan terbuka. Dia melangkah dengan laju. Lansung tidak dihiraukan keselamatan bayi di dalam kandungannya.

Dia berhenti setelah agak jauh. Nafasnya turun naik akibat terlalu laju berjalan, Dia duduk sebentar di bahu jalan, sebelum kembali memulakan perjalanan. Dia sudah tidak kisah ke mana dia akan pergi. Selama enam bulan ini pun kakak dan ayahnya lansung tidak datang menjenguk dia di pusat itu.

Langkahnya terhenti di kaki lima sebuah kedai. Dia duduk menyandar tubuhnya di sudut tepi kedai itu. Tak dihirau rasa sejuk dan gigitan nyamuk yang mula banyak menghurung tubuhnya yang hanya berpakaian nipis berlengan pendek.

Segala ketakutan cuba dilawan. Matanya cuba dipejamkan, namun perutnya rasa tidak selesa. Entah pukul berapa dia terlelap pun dia tak tahu, sehinggalah dia terbangun ketika mendengar bunyi bising enjin kenderaan melalui jalan raya di hadapan kedai.

Suraya bangun dengan susah payah. Disorot matanya memandang sekitar tempat itu. Dia perlu ke tandas. Kakinya mengatur langkah perlahan. Cuba mencari tandas awam atau pun tandas stesen minyak.

Akhirnya dia menemui sebuah taman rekreasi. Kebetulan juga ada tandas awam di situ. Lantas Suraya segera memasuki tandas untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh.

Perutnya sudah mula berbunyi tanda minta diisi. Beg pakaian dibuka. Sebungkus roti dan sebotol kecil air mineral dikeluarkan. Nasib baik malam itu sebelum dia melarikan diri, dia sempat merembat sebungkus roti dan sebotol air milik rakan sebelah katilnya.

Dia duduk di pondok yang ada di taman untuk mengisi perut sambil menyandar pada tiang. Perutnya diusap, terasa ada gerakkan kecil. Entah apa nasib anak itu dimasa depan dia tak mahu memikirkan.

"Aku tak tahu apa nasib aku selepas ini, dan aku pun tak tahu apa pula nasib kau nanti," bisiknya perlahan.

Keluahan dilepaskan. Dari duduk menyandar, Suraya menjatuhkan tubuhnya di atas bangku panjang. Beg pakaian dijadikan alas kepala.

Tidak sampai beberapa minit, tubuhnya digoncang perlahan.

"Cik, cik. Bangun cik." Suara lelaki kedengaran. Matanya dibuka. Satu figura lelaki sedang berdiri dan merenungnya. Tanpa berlengah dia bingkas bangun sambil mencapai beg pakaian, lantas meninggalkan pondok.

"Ehh cik, tunggu dulu...!" diendahkan saja panggilan itu.

Suraya melangkah laju meninggalkan lelaki tersebut. Kini dia sudah tidak tahu mahu pergi kemana lagi. Dihayun langkahan kaki sederas yang mungkin. Moga-moga lelaki itu tidak mengejarnya.

Fikirannya juga semakin serabut. Diperhatikan keadaan sekitar. Hanya deretan bangunan kedai dan kesibukan kenderaan di jalan raya. Bahang panas mula menyengat kulit lengan yang terdedah. Perit.

Heretan kaki masih tidak bertemu noktah. Mujur keadaannya tidak seperti pengemis jalanan yang kotor dan comot. Keadaan dirinya masih elok sempurna. Pakaian yang dipakai pun bersih dan kemas.

Tiada siapa pun tahu keadaan dirinya yang sedang melarikan diri dan tiada tempat tujuan. Kini hatinya penuh dengan kemarahan. Kakak dan ayahnya lansung tidak perduli lagi tentang dirinya.

Sehingga kan dia mula bertekad untuk tidak akan menemui mereka lagi. Airmata sudah tidak menitis lagi.

Isha ✔Where stories live. Discover now