🦋 68 - Luahan

132 8 0
                                    







"Bila kamu sampai Darwish?" Tanya Fazli.

Anak muda itu kelihatan serabut dengan rambut yang tidak disikat dengan betul. Memakai baju panas dengan baju T di dalam. Memakai seluar jeans dan berkasut sukan.

Darwish mengangkat wajah. Satu persatu wajah mereka yang ada di situ di pandang selintas lalu. Rambutnya di raut ke belakang dengan jari.

"Saya baru je sampai pagi tadi pakcik. Saya dapat khabar tentang Isha dan makcik Suraya dari Pak Ngah Zaidy." Dia menjawab tenang.

Jeffrizal memerhati sosok Darwish. Baharu hari ini dia ditemukan dengan teman lelaki Falisha. Inilah kekasih Falisha sejak di sekolah menengah. Boleh tahan juga orangnya. Kata Falisha dulu, Darwish bakal menjadi seorang jurutera. Hebat!

Darwish memandang Razin Carlos. Ada rasa geram dan menyampah dalam dirinya saat melihat pemuda tampan dan segak bergaya itu. Lelaki berpangkat CEO yang berjaya mencaras Falisha menjadi miliknya.

"Jadi Darwish sudah tahu juga pasal identiti Falisha lah ye?" Fazli memecah sepi. Bertanya sekadar bertanya kerana dia yakin Darwish sudah tahu.

"Saya dapat tahu dari Amiera semasa di Jepun. Itupun selepas Falisha bercerita dan mengadu dengan Amiera sewaktu dia ada di sana. Saya sangat simpati dengan Isha. Tapi saya tak boleh buat apa-apa."

"Sebenarnya bapa saudara kamu Zaidy dan isterinya adalah orang pertama yang tahu tentang Isha. Pakcik terpaksa menceritakan hal sebenar sebab pakcik mahu keluarga kamu tahu dan dapat membuat keputusan yang wajar selepas itu."

"Betul ke pakcik? Umi dan walid tak pernah bagitahu saya pun pasal ini. Umi cuma cakap yang Falisha tolak risikan saya sebab dia sudah ada orang lain."

Mata Darwish dihalakan kepada Razin Carlos.

"Entahlah. Bapa saudara kamu juga lansung senyap malah tidak pernah memberi kata putus sama ada hendak meneruskan atau pun tidak. Jadi sampai hari ini pun tiada kepastian dari keluarga kamu. Oh ya. Falisha pun tidak pernah tahu yang kamu ada merisik dia. Pakcik tak sempat nak bagitahu, tiba-tiba dia sudah menghilangkan diri."

"Falisha tak tahu!?"

Darwish rasa seperti mahu sekeh-sekeh sahaja kepalanya sendiri. Tidak pun biarkan Amiera debik belakang badannya sepuluh kali. Memang patut pun Amiera tuduh dia bebal!

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sudah tak berguna.

'Umi dan walid juga pasti sudah tahu dari Pak Ngah dan Mak Ngah. Tapi kenapa umi dan walid tidak ceritakan hal yang sebenar?,' mindanya berkocak.

Nafas ditarik panjang.

"Jadi, Razin ni....?" Darwish tidak jadi meneruskan kata-kata. Dia mengeluh keras.

"Kenapa dengan saya?" Razin buat muka pelik. Terkebil-kebil dia bila Darwish cakap macam itu.

Jeffrizal yang hanya menjadi pendengar setiap berbualan itu masih belum faham akan situasi sebenar.

"Kamu fikir saya ni boyfriend Falisha ke, Darwish?"

Razin sudah dapat mengagak lalu dia tergelak hingga terhenjut bahu. Kepalanya digeleng-gelengkan.

"Awak silap dah ni. Saya hanya kawan rapat dan rakan niaga saja. Saya belum pernah confess apa-apa dengan Isha pun lagi, walaupun ketika ini saya sudah mula buka hati saya sikit-sikit untuk menerima cinta baru selepas kematian tunang saya Erika." Razin berterus-terang.

Kali ini Razin pandang Jeffrizal pula.

"Jeff. Macam mana dengan kau pulak. Aku rasa aku tahu apa ada dalam hati kau tu." Jeffrizal tenung mata Razin.

Isha ✔Where stories live. Discover now