DIA leka merenung wajah gadis di depannya. Semakin direnung semakin mendalam rasa cinta dan kasihnya pada gadis yang telah bertakhta dalam hatinya sejak mereka dibangku sekolah.
"Kenapa kau renung aku macam tu sekali?" Tegur gadis itu yang mula mengesan perbuatan Darwish.
Darwish hadiahkan sengihan pada Falisha. Falisha menaikan kening. Wajah lelaki itu tatap.
"Aku nak simpan wajah kau dalam memori otak aku ni. Sebagai ubat rindu. Bila rindukan kau senang aku nak bayangkan." Darwish tersengih.
"Ye la tu. Ada jaminan ke kau akan rindukan aku bila kau balik sana nanti." Falisha mencebik.
"Takut nanti kau buat macam awal-awal kita berpisah dulu. Cepat betul kau lupakan aku dengan Amiera," sambungnya lagi.
"Aku tak pernah lupakan kau Isha. Kan aku dah bagitahu kenapa aku senyap masa tu. Lupa la tu."
"Hmm, minggu depan kau dah nak balik Perth. Entah bila lagi kita boleh jumpa." Falisha menundukkan wajah. Gelas berisi jus epal disentuh. Bintik-bintik ais di dinding gelas dilurut perlahan.
"Kalau aku lapang aku akan call dan mesej kau. Tapi aku tak mahu berjanji. Segalanya bergantung pada keadaan aku masa tu."
"Awis, kita dah lama rapat. Sejak tingkatan tiga lagi. Aku harap sangat hubungan kita akan terus kekal."
"In syaa Allah Isha. Kita sama-sama setia. Moga ada jodoh kita berdua."
"Kau rasa kalau Amiera tahu pasal hubungan kita, dia marah tak?" Soalnya pada Darwish.
"Entahlah. Aku pun tak boleh bayangkan kalau dia tahu. Entah berapa kali lah agaknya belakang badan aku akan kena debik dengan dia kalau dia tahu rahsia kita." Darwish ketawa. Falisha juga ketawa.
"Cekapkan kita simpan rahsia sehinggakan Amiera dan kawan-kawan yang lain tak dapat hidu."
Mereka berdua sahaja yang tahu rahsia itu selain Allah yang mentakdirkan ia begitu.
"Pandai makan pandailah simpan. Dan sehingga jodoh kita sampai, kita tetap kena rahsiakan dari Amiera. Lakonan kenalah mantap," ujar Darwish.
Kembali dia merenung wajah cantik Falisha.
"Isha, kau takkan tinggalkan aku kan? Kau akan tetap sayang aku, cintakan aku? Aku tak sanggup kehilangan kau Isha. Hati aku sepenuhnya untuk kau," akui Darwish jujur.
Gadis itu kesayangannya, dia tidak mahu kehilangan Falisha. Hubungan sejak bangku sekolah itu jika Allah izinkan mahu sahaja ditamatkan dengan memulakan jalinan baharu yang lebih serius.
"Aku akan setia pada kau Awis. Percayalah." Falisha cuba berjanji.
"Aku pernah nampak kau keluar makan dengan Razin," anak mata Falisha direnung.
"Hah, kat mana kau ada nampak?" Riak terkejut menghiasi wajah Falisha.
"Ada sekali aku nampak kau makan kat gerai sate Amat tempat aku kerja sambilan tu. Kau datang berdua dengan Razin."
"Ohh, tapi kau janganlah salah faham, Awis. Sumpah aku tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Razin. Kau cemburu ke aku keluar dengan dia tu?"
"Memanglah aku cemburu. Kau awek aku kut. Masa tu aku ingat nak datang berdepan dengan korang berdua. Kalau boleh nak bagi penumbuk sekali kat muka mamat tu," bergertap bunyi gigi berlaga. Ada nada geram.
Falisha ketawa. Selama mereka rapat, Darwish tak pernah tunjukkan cemburunya. Mungkin kerana kini mereka berjauhan menjadikan sebab Darwish rasa seolah tergugat apatah lagi Falisha rapat dengan CEO tampan macam Razin.
"Ala janganlah cemburu. Kebetulan je dia datang kedai masa tu. Aku pulak nak keluar hantar gubahan kat pelanggan, Encik Razin offer nak temankan aku. Lagipun dia temankan aku dengan izin ayah aku."
"Wah, lagi la aku rasa terancam macam ni. Ayah kau pun bagi green lights untuk kau keluar dengan Razin." Darwis mula merajuk. Sebal sungguh rasanya dalam hati.
"Hei, dia ni terasa hati pulak. Aku tetap sayangkan kau. Kau cinta pertama aku Darwish. Kau tahu itu kan."
"Ye memang aku tahu. Tapi kau boleh janji yang kau akan tetap setia dan teguh menyintai aku? Dulu kita masih sekolah, masih belum faham sangat pasal hati dan perasaan. Kini kita dah dewasa. Aku takut kehilangan kau Falisha. Aku sayang kau," ulang Darwish sekali lagi.
Anak mata Falisha direnung. Ini pengakuan yang paling berani dia ucapkan kepada Falisha secara bersemuka. Kerana dia sangat yakin dengan hatinya sendiri.
"Habis kau ingat aku tak takut hilang kau? Dah la kau jauh dari aku. Bukan dekat-dekat jarak kita terpisah. Kau yakin kau boleh setia pada aku?" Tanya Falisha mahu menguji kejujuran Darwish.
"Entahlah. Sejujurnya aku takut semua itu berlaku dalam perhubungan cinta kita." Dia mengeluh kecil.
"Tahupun kau. Kita nak buat macam mana lagi?Sebenarnya hubungan kita ni tak ada jaminan lansung. Jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh, kita tak boleh nak kata apa dah."
"Ya, aku tahu itu." Lelaki itu mengeluh lagi. Apa yang Falisha katakan itu ada juga kebenarannya.
"Isha, aku masih ada dua tahun lagi untuk habis study. Lepas itu aku akan start buat praktikal. Aku rasa untuk stabilkan hidup aku, aku kena ambil banyak masa, mungkin juga bertahun. Kau sanggup tunggu aku sampai kehidupan aku mantap?"
Jarak masa yang lama bakal memungkinkan perpisahan. Darwish dan Falisha tahu itu.
"Kau akan terus di sana ke Awis? Kerja dan menetap terus dengan famili kau kat Australia?" Suaranya bertukar sendu.
Beratnya mahu hadapi segalanya. Kalau ikutkan dirinya, dia mahu sentiasa ada dengan Falisha. Gadis yang dia sayang dan cinta separuh nyawa itu. Dia lihat Falisha masih menunduk.
"Aku tak tahu lagi Falisha. Aku belum buat keputusan lagi."
"Hanya ada satu cara sahaja." Darwish bersuara selepas jeda seketika. Falisha mengangkat wajah.
"Apa?"
"Kita tunang jom?"
Sosok lelaki itu ditatap dengan mata dibulatkan.
"Tapi, kalau bertunang pun takkan menjamin kita tak akan berpisah, Awis. Mana tahu dalam tempoh itu dugaannya lagi besar dan berat. Sudahlah kita ni duduk berjauhan. Kau yakin kita boleh jaga hati kita untuk setia? Kau yakin kita tak akan curang satu sama lain?" Falisha membantah cadangan Darwish.
"Habis tu takkan kita nak nikah pulak. Aku tak kerja lagi. Study pun tak habis lagi. Aku betul-betul belum bersedia untuk kita kahwin. Aku tak mahu hidup kita susah lepas kahwin nanti, Falisha."
"Kalau pun kita nikah, takkan aku nak bawa kau ke Perth pulak. Kau dah ada pekerjaan dan bisnes sendiri di sini. Sorang di sana, sorang di sini. Baik tak payah kahwin!" Darwish meraup rambut sambil mengeluh kasar.
Pi mai, pi mai tang tu jugak!
YOU ARE READING
Isha ✔
RomansaSinopsis SURAYA ketika usia remaja lapan belas tahun adalah seorang gadis yang agak liar. Berasal dari keluarga kelas pertengahan dari kalangan orang yang berada. Bapanya seorang yang tegas dan agak terkenal dalam komuniti setempat di taman tempat m...