🦋 65 - Mangsa

162 8 0
                                    








DUA orang lelaki suruhan Dato' Raiqal sudah mengatur rancangan untuk menculik seorang gadis seperti yang telah diarahkan oleh lelaki kaya itu.

Salah seorang dari lelaki tersebut memakai jaket yang berpenutup kepala. Dia menutupi kepalanya agar tidak ada yang akan kenal wajahnya. Dua tangan dimasukkan ke dalam poket. Dia duduk di sebuah bangku di luar balai ketibaan.

Seorang lagi rakannya menunggu di dalam kereta. Ketibaan penerbangan dari Dubai sudah diumumkan. Mata lelaki itu memandang tepat ke arah pintu masuk ketibaan. Dia memerhati setiap penumpang yang melalui pintu ketibaan. Matanya meneliti satu persatu manusia yang muncul.

Setelah dia dapat memastikan orang yang dia cari, lelaki itu bangun. Perlahan-lahan dia mengekori rapat di belakang. Pasangan yang diekori lansung tidak menyedari akan kehadiran lelaki itu, kerana sewaktu itu ramai penumpang yang turun dari pesawat yang sama.

"Isha, awak tunggu dekat sini sekejap. Saya nak ke tandas," Razin bersuara.

"Okay, saya duduk di bangku sana," tunjuk Falisha ke arah bangku-bangku yang tersedia berhampiran lorong ke tandas. Tidak ramai orang yang melalui lorong itu.

Falisha meletakkan beg pakaian. Dia berjalan ke mesin air automatik yang tersedia di situ untuk membeli air panas.

Sebaik sahaja dia mendapatkan cawan kertas yang berisi air kopi panas, dia menuju ke bangku. Ketika itulah seorang lelaki tidak sempat untuk mengelak Falisha. Terus sahaja dia dilanggar tanpa amaran.

"Ohh maafkan saya. Cik tak apa-apa? "Lelaki  itu mengeluarkan sapu tangan. Dia cuba untuk mengelap air kopi yang tertumpah akibat pelanggaran itu.

"Ehh tak apa encik." Tolak Falisha. Dia membuka beg galas yang dibawa untuk mengambil tisu basah.

Falisha merasa sedikit perit pada kulit tangan akibat kopi panas yang terkena pada belakang tangan. Perit sangat sehingga timbul kemerahan. Tisu basah yang sejuk itu di tekap atas lecuran di kulit tangan.

Ketika dia sedang leka, lelaki itu dengan pantas menekup hidung Falisha menggunakan sapu tangan yang dipegang. Beberapa saat kemudian Falisha tidak sedarkan diri. Tubuhnya yang hampir sahaja jatuh, segera dipeluk oleh lelaki itu.

Razin yang kebetulan baharu keluar dari tandas, dapat melihat Falisha yang sedang di heret keluar dari bangunan oleh seorang lelaki berbadan besar.

"Oii, kau buat apa tu!?" Jerit Razin. Lelaki itu mempercepatkan langkah kakinya apabila menyedari perbuatannya sudah diketahui. Tubuh Falisha segera dicempung dengan dua tangannya.

Pantas Razin berlari untuk menyelamatkan Falisha. Malangnya lelaki itu dengan laju membawa Falisha keluar melalui pintu belakang. Malah lelaki itu sempat menyekat laluan keluar dengan sebuah tong sampah yang ada di situ

Razin berusaha untuk membuka pintu. Dia menolak pintu dengan sekuat hati. Ketika Razin berjaya membuka pintu yang tersekat, dia nampak sebuah  kenderaan berwarna hitam bergerak dengan laju meninggalkan kawasan tempat letak kereta. Berdecit-decit bunyi tayar mencengkam ke lantai aspal.

Razin berpatah semula untuk mengambil beg dan barangan milik Falisha. Dia kemudiannya dia bergegas melaporkan kejadian di pondok polis bantuan lapangan terbang.

Di pondok polis itu Razin membuat laporan tentang kejadian yang baharu berlaku.

"Encik Razin. Kami tidak boleh menerima laporan kes ini kerana kami hanyalah anggota polis bantuan lapangan terbang. Kami tidak dapat hendak menjalankan siasatan terperinci memandangkan kes culik adalah satu kes serius. Jadi saya cadangkan encik membuat satu lagi laporan polis di balai polis yang paling hampir dengan lapangan terbang ini."

Seorang anggota masuk. Dia membawa sesuatu ditangannya. Barangan di dalam sampul itu diserahkan kepada rakannya.

"Kami sudah mendapatkan salinan footage rakaman cctv di tempat kejadian dan juga di tempat letak kenderaan. Kami akan menyerahkannya kepada balai polis tempat encik akan buat laporan nanti. Mereka akan siasat rakaman kamera litar tertutup ini terlebih dahulu," terang anggota polis bantuan itu.

"Dua orang anggota kami akan menghantar encik ke balai polis untuk membantu encik membuat laporan." Pegawai itu bangun. Sampul surat diserahkan semula kepada anggota yang ditugaskan untuk membawa Razin ke balai polis berhampiran.

"Baik. Terima kasih Tuan." Razin juga ikut bangun lantas keluar dari tempat itu. Perasaannya menjadi tidak menentu. Khuatir dengan keselamatan Falisha.

Dia benar-benar kepenatan. Orang tua Falisha masih belum mengetahui akan nasib yang menimpa anak gadis mereka.

Nombor talian Fazli di dail. Namun panggilan itu tidak dijawab. Beberapa kali dia mencuba namun masih tidak berhasil.

Setelah lebih setengah jam baharulah urusannya di balai polis itu selesai. Dia sudah berasa teramat letih dan mengantuk. Ketua balai polis itu membenarkan anggotanya untuk menemani serta menghantar Razin pulang ke rumah Fazli sebagai langkah keselamatan.

Jam di tangan menunjukkan ke pukul hampir ke pukul empat pagi. Sebetulnya Razin sudah berjanji dengan Fazli sebelum menaiki pesawat, segala urusan Falisha dia akan uruskan termasuk lah menghantar Falisha balik ke rumah.

Lampu di depan rumah terpasang. Loceng di pintu pagar ditekan. Anggota polis yang memandu kereta bersama seorang lagi rakannya masih lagi menemani Razin, bagi memastikan keselamatan CEO muda itu.

Tidak lama kemudian Fazli membuka pintu utama. Dadanya bedebar-debar tatkala matanya melihat sebuah kereta peronda polis berhenti di hadapan pagar rumah.

Kenderaan itu bergerak meninggalkan Razin setelah  tuan punya rumah memunculkan diri.

"Razin?" Fazli menapak menuju ke pintu pagar. Pelik kenapa Falisha tiada bersama dengan Razin. Kenapa Razin balik sendirian dengan kereta polis?

'Mana Falisha?'.... Hati Fazli sudah mula merasa tidak enak. Ditambah dengan keadaan Razin yang masih tegak berdiri dan tidak berkata apa-apa.



SEMENTARA itu.....

Falisha diikat kaki dan tangan. Mulutnya di plaster dengan pita pelekat. Dia disumbat ke dalam sebuah kenderaan. Lama dia terbaring. Tubuhnya terasa sakit-sakit akibat hentakan sepanjang perjalanan itu. Setelah beberapa lama, kenderaan yang dipandu dengan kelajuan bagai pelesit itu pun berhenti bergerak.

Falisha baharu tersedar dari pengsan. Saat ini pandanganya masih kabur, kepalanya sakit dan juga terasa sakit seluruh badan. Kaki dan tangannya sudah dibuka ikatan. Pita pelekat yang masih melekat dimulut ditanggalkan. Dia turun dari katil.

Falisha perhati sekeliling ruangan. Keadaan sekitar ruangan itu agak bersih dan tersusun. Ada bilik air. Ada almari solek. Lengkap.

"Kenapa kau culik aku....apa yang kau nak dari aku hah! Lepaskan aku!"

Suara pekikan seorang wanita sayup-sayup singgah dipendengaran Falisha. Apakah ada mangsa culik yang lain, fikirnya. Bukan dia seorang sahaja yang diculik. Dibuka telinganya luas-luas untuk memastikan dari mana bunyi suara itu datang. Namun suasana kembali sunyi sepi.

Pintu bilik dikunci dari luar. Puas tombol pintu dipulas dan digoncang namun tidak jadi apa-apa. Falisha kembali duduk di katil. Diperhatikan lagi sekeliling ruangan. Beg baju, beg tangan dan telefon bimbitnya entah di mana.

Dia bangun menuju tingkap cermin. Langsir kosong berwarna putih diselak pantas. Keadaan di luar masih kelam. Entah jam berapa sekarang tidak Falisha ketahui. Mungkin masih awal pagi fikir Falisha.

Rupanya dia berada di tingkat atas sebuah rumah. Melalui tingkap dia memerhati keadaan samar-samar diluar rumah. Nampak seperti rumah itu berada diatas bukit dan dikelilingi hutan. Tembok tinggi mengelilingi kawasan. Sebuah kolam renang turut menjadi tumpuan pandangan Falisha.

Rumah ini bukan rumah biasa. Sepeti sebuah banglo yang masih terjaga rapi. Matanya menyorot satu sosok tubuh seorang wanita. Ya, dia nampak sosok seorang perempuan di situ. Perempuan itu sedang melakukan sesuatu.

Siapa agaknya perempuan itu dan apa pula yang sedang dia lakukan?

Isha ✔Where stories live. Discover now