🦋 30 - Pesan Ayah

122 6 0
                                    





PINTU utama dibuka perlahan. Kemudian dia meloloskan diri masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci rapat. Suara dari peti televisyen masih lagi kedengaran diruang tamu. Jam ditangannya menunjukkan pukul sepuluh setengah malam.

"Kenapa lambat balik Isha?" Kedengaran suara garau seorang lelaki menegur. Falisha yang baru sahaja memusingkan tubuh untuk bergerak ke bilik agak terkejut mendengar suara Fazli.

"Ehh ayah belum masuk tidur ke? Isha ingatkan ibu yang tonton tv." Perlahan dia menghampiri Fazli yang sedang duduk bersilang kaki. Falisha duduk di sebelah ayahnya.

"Ayah tunggu Isha. Sudahlah keluar siang tadi tak bagitahu ayah. Bila ayah cuba call tak dapat. WhatsApp pun tak baca." Omel Fazli.

"Ehh , rasanya Isha ada mesej kat handphone ayah dah, ke Isha terlupa. Tak ingat lah pulak. Allahu, mesti Isha lupa lah nih. Kejap kejap... " Falisha kalut menyelongkar beg sandangnya untuk mencari telefon genggamnya.

"Patutlah sunyi jer. Bateri habis. Isha pun tak perasan tadi. Maaf kan Isha, sebab dah buat ayah risau." Tangan ayahnya di capai. Anak mata ayahnya ditatap lembut. Fazli hanya menggelengkan kepala.

"Soalan ayah tak jawab lagi. Kenapa Isha balik lambat?" Tanyanya kembali.

"Alahh, lupa lagi. Ha, Isha sebenarnya pergi pejabat Encik Razin. Pagi tadi setiausaha dia ada WhatsApp Isha suruh datang ke office dia. Tu yang Isha tutup kedai tengahari tadi," jelas Falisha bersungguh-sungguh.

"Tapi ini kan dah malam, apa saja yang Isha buat dekat luar tu sampai malam begini baru nak balik?" Dalam hati Fazli cukup risau, takut hal yang pernah terjadi pada Suraya dahulu menimpa Falisha pula. Memang dia punya sebab untuk merasa risau.

"Sebenarnya Encik Razin ajak berbincang pasal nak jalin usahasama dengan kedai bunga kita," jawabnya jujur.

"Usahasama yang macam mana?" Dahi Fazli berkerut.

"Dia nak jadikan Isha rakan niaga. Encik Razin ada syarikat hiasan dalaman. Dia ada ramai pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat dia untuk mereka bentuk hiasan dalaman. Dia nak Isha supply bunga gubahan kepada pelanggan syarikat tu. Dia janji nak bantu promosikan Sweet Isha Florals kepada pelanggan dia juga." Dengan panjang lebar Falisha menjelaskan.

Selepas sahaja mereka makan tengahari tadi, Razin bawa dia melawat sebuah rumah pelanggan yang sedang menata rias rumah baru. Sumpah dia kagum dengan kecantikan rumah mewah itu. Hiasan yang diterapkan bertema klasik moden.

Habis setiap ruang sudut rumah itu dijelajah. Kata Razin pasukan hiasan dalamannya memang pakar dan berpengalaman mereka konsep hiasan sesuai keinginan pelanggan. Kebanyakan pelanggannya sangat berpuashati dan membayar harga yang tinggi atas khidmat pasukan.

Kerana itu, Razin mahu Falisha turut serta sebagai rakan niaga. Razin sanggup membuatkan satu ruangan iklan dalam risalah niaga Roseta Carlos Internal Home Decor. Dan yang paling bagus ialah semuanya itu percuma.

"Isha...?" Panggil Fazli. Nampaknya si gadis sedang leka mengelamun.

"Isha!"

Tangan anaknya digoncang perlahan membuatkan Falisha kembali ke dunia nyata.

"Hmmm.. berangan tak habis-habis. Sudahlah cerita tergantung macam tu je. Lepas tu senyap terus. Rupa-rupanya mengelamun jauh."

Falisha hanya mampu tersengih.

"Maaf ayah. Isha teringat balik pertemuan tadi tu. Ayah jangan risau. Semuanya baik-baik saja." Itu janjinya.

Dia faham akan kerisauan ayahnya itu. Sudah banyak kali ayahnya meminta dia menjaga diri dan menghadkan pergaulan dengan golongan kaya.

"Ayah pegang janji Isha. Ingat selalu pesan ayah. Lagi pun Razin itu anak orang berada, ibubapanya kaya raya. Kita tidak setaraf dengan mereka. Ingat tu?" Tangan Falisha digenggam lembut. Sambil tangan sebelah lagi mengusap kepala anaknya yang dilitupi tudung.

Falisha mengangguk. "InsyaaAllah ayah, Isha ingat pesan ayah tu. Ermm, Isha nak masuk bilik dulu, nak mandi dan solat."

"Ye lah. Ayah pun nak masuk tidur dah ni." Mereka bangun serentak. Falisha terus melangkah ke bilik tidur selepas menyalami tangan Fazli.

Fazli mematikan televisyen dan lampu di ruang tamu. Dia ke dapur sebentar untuk mengambil segelas air suam. Tekaknya terasa dahaga.

Tanpa disedari oleh Fazli, Suraya sudah berdiri lama di muka pintu bilik yang dibuka sedikit. Dia mendengar setiap perbualan Falisha dan Fazli. Paling dia terkesan dan sakit hati bila mendengar pesanan Fazli kepada Falisha tadi.

Segera pintu bilik ditutup. Cepat-cepat dia merebahkan diri dikatil sebelum Fazli masuk. Fikirannya tidak dapat berhenti dari memikirkan kata-kata Fazli tadi.

'Siapa Razin? Anak siapakah dia? Ibubapanya kaya raya. Siapa mereka?'

Persoalan itu bermain dikepalanya. Suraya kembali memejamkan mata apabila mendengar pintu dibuka. Dia pura-pura tidur.

Fazli berbaring disebelahnya. Dibiarkan sahaja tangan sasa itu memeluknya dari belakang. Menarik tubuhnya rapat dan menyusupkan lengannya dibawah kepala. Kini dia berbantalkan lengan Fazli.

Ubun-ubunnya dikucup perlahan. Kemudian dia mendengar alunan zikir dibacakan oleh Fazli. Dia memejamkan mata dan kembali lena.




RAZIN masih berada di ruangan kerja. Dia memerhatikan draf kerja dan rekaan yang perlu diserahkan kepada pelanggan.

Semerta dia teringat kepada Falisha. Teringat kepada perbincangan mereka mengenai keinginannya untuk membantu Falisha. Kata Falisha ayahnya juga seorang pengusaha nurseri bunga.

Mungkin nurseri ayah Falisha juga boleh menjalinkan usahasama dengan syarikat hiasan dalamannya.

Untuk apa dia melakukan itu semua? Entahlah cuma dia terasa mahu membantu. Lagi pula jika wujud jalinan perniagaan antara mereka, kemungkinan kedai bunga dan nurseri milik keluarga Falisha akan berkembang dan dikenali ramai.

Falisha gadis yang cantik. Berwajah melayu asli. Bukan mix blood seperti dia. Sama seperti arwah Erika. Kejelitaan Erika juga asli. Arwah Erika juga sangat baik dan lemah lembut walaupun kedudukannya sebagai model terkenal antarabangsa.

'Arghhhhh.... Erika!' jeritan itu bergema hanya dalam hati. Sungguh dia rindu setengah mati pada Erika. Sejak trajedi nahas udara itu berlaku tidak sekelumit pun dia lupa segala kenangan manis dengan Erika. Wajah Erika tetap menjadi hiasan dalam mimpi dan minda.

Buat masa ini dia tidak mahu memikirkan pengganti Erika. Dia belum mampu untuk menyahkan segala kenangan antaranya dengan Erika. Terlalu banyak kenangan.

Keluhan dilepaskan. Dua tangan meraup rambut sehingga ke tengkuk. Kepala didongak memandang siling bilik. Mata dipejam sambil membayangkan wajah Erika. Airmatanya menitis.

Isha ✔Where stories live. Discover now