"MAAFKAN saya pakcik. Saya tak dapat selamatkan Isha. Waktu tu saya tinggalkan Isha sekejap kerana saya perlu ke tandas. Bila saya keluar dari tandas saya nampak seorang lelaki membawa Falisha keluar dengan tergesa-gesa.
Fazli tunduk mendengar cerita Razin.
"Saya cuba kejar mereka sehingga ke tempat meletak kenderaan. Sampai sahaja di situ, sebuah kereta sudah memecut dengan laju. Saya tak sempat nak buat apa-apa pakcik. Maafkan saya!"
Fazli yang terduduk di sofa kelihatan sugul. Apa musibah yang sedang melanda dia dan keluarganya, dia sendiri pun tidak tahu. Dia sudah habis fikir. Runsing dan tertekan.
Apa salah isteri dan anaknya sehingga mereka diculik?
Sejak hari kejadian, makan minumnya selama dua hari ini menjadi tidak teratur. Hilang selera makan, tidur juga hanya sekadar tidur-tidur ayam. Tidak nyenyak.
"Razin. Kamu dah cuba yang terbaik. Hanya keadaan menjadi sebaliknya," ujar Fazli sebak.
Bagaimana harus dia hadapi trauma kehilangan isteri dan anaknya. Dia amat risaukan Suraya yang sedang sakit. Sudah lebih empat puluh lapan jam Suraya diculik. Kini Falisha pula menerima nasib yang sama. Apakah yang mereka mahukan dari keluarganya.
"Razin, ibu Isha juga diculik dua hari lepas. Entah di mana dia sekarang, pihak polis masih berusaha untuk mengesan penculik itu."
Razin tersentak!
"Ya Allah, makcik Suraya pun kena culik juga? Allahuakbar!"
Kepalang terkejut Razin mendengarnya. Dia ingat Puan Suraya sedang berada di bilik tidur.
"Suraya diculik ketika pakcik berada di surau. Selalunya dia akan ikut pakcik berjemaah sama, tapi pada hari kejadian makcik kamu tu tak sihat badan, sakit kepala. Pakcik minta dia berehat sahaja di rumah."
"Pakcik sudah tak tahu nak buat apa lagi, Razin. Pakcik hanya harapkan pihak polis dapat membantu mencari mereka berdua sampai jumpa." Fazli bagaikan mahu berputus asa.
"Kenapa pakcik tak bagitahu saya atau Falisha tentang penculikan makcik Suraya?"
"Pakcik tak nak Isha risaukan ibu dia. Lagipun kamu kena selesaikan seminar kamu di sana. Sebab itu pakcik diamkan sahaja,"
"Sekarang ni apa kata polis?" Tanyanya lagi ingin tahu.
"Mereka masih menyiasat. Mujur jiran India depan rumah tu ada pasang cctv. Polis dah ambil dan sedang siasat rakaman itu sekarang."
"Pakcik ada syak sesiapa ke dalam kes ini?
'Selalunya dalam apa-apa kes culik, mangsa dan pemangsa sama-sama mengenali. Ada kemungkinan penculik-penculik itu adalah orang yang mereka kenal,' fikir Razin.
Fazli tidak menjawab. Dia bangun dari duduk. Suasana dingin awal subuh itu menyapa wajah Fazli tatkala dia berdiri di muka pintu yang terdedah sejak tadi.
"Razin, pakcik nak pergi buat laporan polis pasal kehilangan Falisha. Razin ikut pakcik ya?"
"Boleh pakcik. In syaa Allah."
"Jom kita ke surau dahulu. Kita berjemaah subuh di sana. Pakcik nak minta ahli kariah di sini buatkan solat hajat untuk memohon perlindungan dan keselamatan isteri dan anak pakcik. Kita doakan Falisha dan ibunya dalam keadaan selamat."
"Baiklah pakcik..." akur dengan kemahuan Fazli, Razin meminta izin untuk membersihkan diri dahulu sebelum keduanya keluar menuju ke surau dengan menunggang motosikal milik Fazli.
YOU ARE READING
Isha ✔
RomanceSinopsis SURAYA ketika usia remaja lapan belas tahun adalah seorang gadis yang agak liar. Berasal dari keluarga kelas pertengahan dari kalangan orang yang berada. Bapanya seorang yang tegas dan agak terkenal dalam komuniti setempat di taman tempat m...