"KATANYA dia nak jumpa dengan kamu."
Beritahu ayahnya sebaik sahaja dia sampai di kedai. Bekas mangkuk tingkat berisi nasi dan lauk pauk yang di masaknya tadi diambil oleh Fazli.
"Siapa?"
"Sha pergi je lah. Tu dia tunggu Isha dekat nurseri," suruh Fazli. Sengaja dia tidak menyebut nama Darwish.
"Lelaki ke perempuan?" Musykil pulak Falisha bila ayahnya meminta dia ke nurseri untuk jumpa seseorang. Kenapa tidak diminta sahaja orang itu datang terus di kedai. Hairan pula Falisha.
"Lelaki. Pergilah. Lama dia tunggu sejak tadi lagi. Ayah nak masuk makan dulu ye, perut dah berbunyi." Fazli membuka pintu kedai. Bekas mangkuk tingkat berisi makanan dibawa sekali.
"Ermm, ye lah." Falisha terus berjalan menuju ke nurseri ayahnya. Dalam hati tertanya-tanya siapa orang yang hendak berjumpa dengannya itu.
Dari jauh dia nampak sosok seorang lelaki yang agak tinggi memakai baju kemeja lengan panjang yang dilipat paras siku berwarna hijau buah zaitun dan seluar denim berwarna hitam paras buku lali dengan memakai kasut sarung tanpa stokin. Lelaki itu berdiri membelakangkan tubuhnya sambil melihat pokok-pokok bunga.
Falisha menghampiri lelaki itu. Berdebar juga rasa hatinya.
"Hai. Assalamualaikum," ucap Falisha sebagai memulakan kata.
Lelaki itu yang sedang membelek pokok-pokok bunga berhampirannya segera berpaling, satu senyuman dihadiahkan kepada Falisha.
"Waalaikumusalam. Hai..."
"Awis!" Jerit Falisha sebelum tangannya pantas menutup mulut. Matanya membulat kerana teekejut. Tidak disangkanya lelaki itu adalah Darwish.
Darwish ketawa senang. Dianggukkan kepala sedikit. Wajah gadis itu dipandang mesra. Bibirnya mengorak senyum.
"Ya Allah, bilanya kau balik sini hah! Tetiba jer muncul dekat nurseri ni?" Falisha masih dalam nada terkejut.
Sosok Darwish di perhatikan. Ada nampak sedikit perubahan pada Darwis. Tubuh Darwis sedikit berisi, kulitnya semakin cerah dan potongan rambutnya agak kerinting berselerak. Ada iras Adhwa suaminya Adel pasangan artis selebriti terkenal itu.
"Aku balik malam semalam. Saja aku datang sini sebab nak jumpa kau. Rindu lah kat kau." Darwish menguntum senyum manis. Ada sedikit debaran dalam dadanya.
"Elehh rindu konon. Sudahlah kau dah lama tak contact aku dengan Amiera. Sampai hati kau lupakan kita orang kat sini," rajuk Falisha sambil buat muka menyampah.
"Mana ada lupa. Aku tetap ingat pada kau dan Mira. Cuma aku agak sibuk dengan pengajian aku kat sana," nafi Darwish bersungguh sambil menjelaskan keadaan sebenar dirinya.
"Ohh kau masih study lagi. Ingatkan kau dah kerja dah. Ni balik sini dah kenapa? Senyap-senyap je timbul dekat tempat aku ni," bertubi soalan dari Falisha untuk Darwish jawab satu persatu.
"Yup aku masih dalam pengajian lagi. Tapi aku balik sini sebab bercuti. Cuti semester."
"Seronok la kau kan. Bertuah dapat tinggal dan belajar kat oversea sana." Falisha menaikkan tangan memeluk tubuh.
"Seronok tu memang la seronok. Tapi kalau kau dengan Mira ada sekali lagi seronok. Macam zaman sekolah menengah dulu."
"Eh, tapi kau jugak yang lupa kat kita orang berdua kan. Manalah tahu kut dah ada kawan baru, minah-minah saleh kat sana tu, terus lupa kat kita orang." Falisha mencebik.
Darwish ketawa kecil. Suka dia melihat Falisha buat muka merajuk begitu. Nampak cantik.
"Tak adanya. Aku mana ada kawan dengan minah-minah saleh tu. Setakat kawan kuliah tu aje." Memang pun itu kejadiannya. Dia ramai kawan di sana tapi hanya dalam universiti.
"Ehh jom kita pergi kedai aku, kita boleh sembang panjang," pelawa Isha pada Darwish. Lelaki itu dengan senang hati bersetuju.
Mereka berjalan beriringan menuju kedai bunga Falisha.
"Wahh cantik kedai kau nih. Sekarang dah jadi business woman dah. Tak sangka aku," begitu kata Darwish sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai. Matanya menyoroti setiap pelusuk kedai bunga Falisha.
"Ala, niaga kecil-kecil jer. Duduklah Awis. Kejap, aku ambilkan minuman." Falisha menghampiri peti sejuk. Sekotak besar jus oren Feel Fresh dikeluarkan. Dua biji mug kemudian diambil dari rak atas sinki.
"Minumlah. Maaflah air bujang jer."
Mangkuk tingkat yang dibawa masuk oleh ayahnya tadi dibuka. Masih ada lebihan nasi dan lauk kerana tadi Falisha berniat mahu makan berdua dengan ayahnya.
"Aku nak ajak kau makan, tapi macam tak best pulak. Makanan dah sejuk ni."
"Takpe lah. Pesal kecoh nak makan bagai. Aku datang sini nak jumpa kau. Kalau nak makan-makan nanti hari lain. Aku lama lagi la kat Malaysia nih."
"Lama ke kau cuti?" Tanya Falisha
"Tiga bulan..."
"Lama gila. Apa je yang kau nak buat cuti lama-lama gitu? Tak bosan ke nanti?" Falisha duduk di kerusi hadapan Darwish.
"Esok aku nak cari kerja. Tak kisahlah jadi cashier ke, kerja kat car wash ke, kat KFC atau McD pun boleh."
Gadis yang sedang meneguk minuman itu diperhatikan. Masih sama macam dulu, cuma wajahnya semakin cantik dan matang. Falisha juga sudah memakai tudung. Berbeza masa sekolah dulu Falisha free hair.
"Bagus jugak tu. Kerja part time, hilang juga rasa bosan. Gaji pun dapat."
"Mana bunga aku?" Tanya Darwish tiba-tiba. Falisha berkerut dahi.
"Bunga apa?" Falisha tercengang.
Seingat Falisha, dia sudah membereskan semua tempahan siang tadi. Cuma ada satu sahaja tempahan yang belum diambil.
"Bunga yang aku tempahlah," ujar Darwish.
"Bila masa kau tempah?"
"Hish kau ni. Cuba kau check balik buku order kau. Aku ada buat tempahan kelmarin."
Falisha bangun menuju ke kuanter. Diselak helaian mukasurat dari buku senarai tempahan pelanggan. Ada satu tempahan yang sudah siap tapi belum diambil. Memang ada pelanggan yang membuat tempahan berjanji hendak datang mengambil bunganya hari ini. Tapi belum muncul lagi.
"Ada satu jer tempahan yang belum diambil. Aku tengah tunggu dia datang." Masih dia menunduk memerhatikan senarai nama pelanggan.
Telefon tangan Falisha berdering. Terus diangkat panggilan itu. Belum sempat hendak menjawab, Falisha mendengar suara dihujung talian.
"Dia dah lama datang la, sejak tadi lagi. Aku lah customer kau tu." Darwish melambaikan tangan sebaik sahaja Falisha menoleh ke arah Darwish yang sedang melekapkan iPhonenya ditelinga. Ketawanya memecah.
Falisha mematikan talian. Kembali dia duduk di kerusi. Bibirnya mencebik.
"Pandai eh kau mainkan aku. Dah la tak bagi nama. Nombor kau bukan ada dalam simpanan aku pun. Aku ada nombor lama kau jer." Falisha melepaskan omelan.
"Ala aku saja je gurau. Sebab tu aku minta lokasi kedai kau nih. Aku ingat kedai kau kat dalam bandar sana. Bila aku follow Google maps, terus ia bawa aku ke sini."
"Hmm, patutlah. Tunggu kejap aku nak ambilkan bunga yang kau tempah."
YOU ARE READING
Isha ✔
RomanceSinopsis SURAYA ketika usia remaja lapan belas tahun adalah seorang gadis yang agak liar. Berasal dari keluarga kelas pertengahan dari kalangan orang yang berada. Bapanya seorang yang tegas dan agak terkenal dalam komuniti setempat di taman tempat m...