PEPERIKSAAN Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia telah pun berakhir. Semua pelajar berasa lega. Sudah tamatlah dunia persekolahan mereka. Keputusan hanya akan keluar selepas dua bulan.
Amiera meregangkan badan. Tangan diluruskan ke depan. Kemudian cepat-cepat dia bangun dan berjalan laju keluar dari dewan. Kelibat dua orang kawan baiknya dicari.
Falisha kelihatan sedang berdiri bersama Darwish tidak jauh dari pintu masuk dewan.
"Macam mana paper last tadi Awis. Boleh buat tak?" Tanya Falisha.
"Macam boleh, tapi aku tak nak bincang hal ini dah. Periksa dah abis pun. So kita tunggu aje hari results keluar nanti," bibirnya dijuihkan. Langkah kaki diperlahankan sambil kepalanya menoleh ke sana ke sini.
"Mana Mira? Jemah ni memang kembar dengan siput ke apa? Lembab sungguh," bebelan Darwish kedengaran.
"Oii apa kau cakap? Kau ingat aku tak dengar ehh?" Entah dari mana Amiera muncul tiba-tiba. Belakang badan Darwish didebik kuat sehingga lelaki itu terdorong ke depan dan hampir terjatuh.
"Oii bangang, sakit lah. Kalau aku jatuh tadi siap kau Mira!" Darwish mengeliat kesakitan sambil menjerit memarahi Amiera.
Falisha terus ketawa dengan kuat. Sampai merah pipi dan berair tubir mata.
"Eh kau, lawak sangat ke sampai gelak gaya mak lampir tu?" Kali ini Falisha pula disembur oleh Darwish.
'Nasib baik muka lawa sikit dari mak lampir,' desis hati Darwish, bila melihat Falisha riuh ketawa. Darwish lansung meninggalkan dua rakannya itu dengan perasaan geram.
Amiera dan Falisha tidak berhenti ketawa. Lelaki seorang itu sentiasa menjadi mangsa gurauan melampau dua orang gadis cantik itu.
"Alolo Awis, buruk tau merajuk macam gegurl. Hey, tunggulah kita orang," jerit Falisha.
"Oii Awis...tunggu la woii," laung Amiera pula.
Darwish berhenti di pintu masuk sekolah dengan muka ketat. Kulit mukanya yang cerah kini merah bak udang kena bakar.
"Nama jer kawan, tapi bongok," bebelnya dengan mulut moncong gaya muncung itik nila.
Darwish seorang yang agak lembut, tetapi bukanlah terlalu gemalai. Dia anak sulung dalam keluarga. Darwish ada dua orang adik perempuan Makanya Darwish ini memang jenis tidak pandai hendak berkasar. Dalam lembut, Darwish memiliki wajah tampan dan menarik. Terserlah maskulin seorang lelaki.
"Ala sorry la Awis. Aku gurau jer. Tak kan nak ambil hati kut. Aku minta maaf okay." Amiera berdiri berhampiran Darwish. Falisha pula berdiri di sebelah Amiera.
"Ye lah, ye lah. Lain kali kau buat lagi, aku debik kau!" Ancam Darwish. Amiera menaikkan dua jari tanda 'peace' sambil mengenyit mata.
"Jom aku belanja makan nak tak? Hari ni kan kita last day. Lepas ni mesti susah kita nak jumpa kan?" Falisha merenung wajah dua orang teman baiknya.
"Nak, nak. Jom lah. Yeay! bestnya ada orang nak belanja makan." Amiera melompat kecil sambil bertepuk tangan dan menayangkan gigi putihnya nya yang tersusun cantik. Darwish menjulingkan mata melihat aksi Amiera.
"Nak makan kat mana, Sha?" Tanya Darwish. Dia sudah hilang rajuk. Makan punya pasal, rasa marah pun terus lenyap.
"Kau orang pilihlah. Aku nak call ayah aku kejap."
Falisha mengeluarkan handphone dari dalam beg galasnya. Dia mula mendail nombor ayahnya.
"Assalamualaikum ayah,
Isha balik lambat ye,
Nak keluar makan dengan Mira dan Awis,
Ya, in syaa Allah Isha balik sebelum maghrib,
Thanks ayah.
Bye."Falisha menamatkan panggilan. Dua orang rakannya masih berbincang.
"Dah jomlah. Aku pilih AbangCute Hotplates. Awis pun dah setuju," ujar Amiera sambil Darwis mengiyakan kata-kata Amiera.
"Okay jom. Awis call grabcar. Tambang grab kita tong tong," cadang Falisha.
"Orait. I okay jur..."
Kata sepakat sudah pun dicapai. Mereka bertiga menunggu grabcar datang sambil berbual-bual. Lapan minit kemudian mereka sudah berada di dalam perut kereta menuju ke mall yang selalu mereka kunjungi.
Restoren pilihan mereka dipenuhi pelanggan. Mujur masih ada lagi meja kosong untuk diduduki. Tugas Darwish ialah memesan makanan. Falisha memesan air minuman sementara Amiera duduk menunggu meja.
"Isha, kau buat apa cuti panjang ni nanti?" Tanya Amiera. Mulutnya yang comot dilap dengan tisu. Sesekali hidungnya juga dikesat. Sizzling yee mee yang dipesannya agak pedas kerana diletak serbuk lada hitam.
"Aku tolong ayah aku kat nurseri," jawab Falisha.
"Kau Awis?"
Darwish yang sedang menyedut fresh orange, melepaskan penyedut minuman dari bibirnya.
"Korang pun tahukan, family aku ada kat Australia. Jadi aku nak fly ke sana dua hari lagi," beritahu Darwish. Rancangan yang sudah lama ada dalam fikirannya sejak lama dulu. Dia rindu untuk berkumpul bersama keluarga.
"Ohh aku lupa, selama ini kau tinggal dengan pakcik kau dekat sini. Bestnya dapat pergi sana. Nanti kau sambung belajar ke kerja?"
"Umi suruh sambung belajar. Walid aku dah daftarkan aku di sebuah sekolah dekat dengan rumah kami di sana."
"Wahh jadi orang putihlah kau Awis. Berabuklah kau speaking nanti. Mesti seronok dapat kawan baru."
"Yang pasti aku akan rindu korang berdua. Tapi takpe kita boleh Skype atau FaceTime jer nanti. Kau pulak Mira nak buat apa. Ke kau nak kahwin dah...?"
"Choii mulut kau berulat tau Awis. Kejadahnya aku nak kahwin pulak. Aku pun nak pergi oversea jugak lah."
"Hah, kau pun nak fly jugak ke.... tapi kau nak ke mana Mira?"
"Tak jauh mana pun. Mummy dengan daddy nak bawak aku holiday kat Jepun. Dua minggu." Dua jarinya dinaikkan.
"Untunglah korangkan. Aku jer setia kat Malaysia. Falisha tunduk memandang gelas minumannya." Rawan rasa hati kerana mereka bertiga bakal berpisah.
"Ala Sha. Aku bukan macam Awis pergi tak kembali. Aku pergi kejap je. Balik dari sana aku bawa ole-ole untuk kau. Kau bagitahu aku kau nak hadiah apa?" Amiera memujuk Falisha.
"Aku nak jugak Mira. Mana aci Isha sorang je yang dapat," omel Darwish tidak puas hati.
"Ehh bukan dua hari lagi kau nak fly balik kampung ke? Celah mana aku nak bagi kau hadiah. Lambat lagi aku nak ke Jepun sana."
"Kau poskan lah kat aku ehh Jemah!" Rayu Darwish tanpa putus asa.
"Ye lah. Tengoklah nanti." Lelaki di hadapannya itu di jeling. Darwish buat muka girang sambil menepuk tangan. Amiera dan Falisha tak semena-mena terasa bagai hendak muntah melihat ulah Darwish.
Falisha menoleh pada Amiera, sebaik sahaja ketawa mereka reda.
"Hadiah apa pun dari kau, aku terima Mira. Terima kasihlah aku ucapkan kat kau." Tangan Amiera di genggam perlahan. Falisha tahu dua orang sahabatnya itu sangat baik. Di mulut mungkin mereka bergurau kasar namun hati mereka mulia.
YOU ARE READING
Isha ✔
RomanceSinopsis SURAYA ketika usia remaja lapan belas tahun adalah seorang gadis yang agak liar. Berasal dari keluarga kelas pertengahan dari kalangan orang yang berada. Bapanya seorang yang tegas dan agak terkenal dalam komuniti setempat di taman tempat m...