🦋 37 - Tak Sangka!

111 6 0
                                    




"HAI, Puan Hajjah Salina. Nice to meet you today. How are you, Puan? And what's brings you here?" Tegur Razin kepada seorang wanita berpewatakan anggun.

Ketika ini dia baharu sahaja masuk ke pejabatnya. Elfira sudah mengkhabarkan akan kehadiran wanita itu beberapa minit yang lalu.

Wanita bernama Salina itu bangun dari duduk. Dilemparkan senyuman yang agak meleret kepada Razin.

"Tuan Razin. Nice to meet you too. I'm fine, thank you." Sambut Puan Hajjah Salina dengan mesra.

"Duduklah Puan Hajjah." Razin mempersilakan Hajjah Salina duduk kembali di sofa. Razin juga duduk di sofa yang agak berjarak sedikit dari tempat duduk Hajjah Salina.

"Terima kasih. Maaflah kalau saya datang tanpa buat temujanji dahulu. Kebetulan saya ada hal berhampiran bangunan pejabat Tuan Razin, jadi saya ambil keputusan untuk singgah."

"Tak apa Puan Hajjah. Kebetulan juga saya tiada meeting sekarang ini. Bagaimana dengan bangunan baharu yang Puan sedang usahakan itu. Bila mahu buat kerja-kerja baik pulih?"

Sebelum ini dia sudah pernah bertemu dengan Hajjah Salina kerana wanita itu adalah kenalan baharu Datuk Roseta. Dari mummynya itulah dia tahu serba sedikit tentang wanita anggun itu.

"Atas sebab itulah saya kemari. Semua dokumentasi sudah selesai. Dan saya juga sudah dapat lesen untuk mulakan operasi. Cuma saya mahu buat sedikit ubahsuai pada bilik penghuni dan ruangan belajar."

"Alhamdulillah. Jadi adakah Puan Hajjah berminat untuk melantik kami sebagai perunding hiasan dalaman bagi bangunan itu?"

"Ya, why not. Saya amat kagum dengan hasil dan mutu kerja syarikat Tuan Razin. Sebab itu saya mahu membincangkan dengan lebih lanjut mengenai hiasan dalaman dengan anda."

"Baiklah. InsyaaAllah kami boleh bantu Puan Hajjah. Kami hanya menunggu sehingga bangunan itu selesai diubahsuai dan pasukan saya akan datang untuk meneliti segala keperluan serta membuat kertas kerja."

Wanita itu menunjukkan wajah ceria. Seperti biasa Razin mempunyai kemampuan dalam menyakinkan setiap pelanggannya. Layanan paling terbaik adalah asbab syarikat yang dia terajui sentiasa menunjukkan prestasi yang memberansangkan.

"Kalau macam tu, Puan boleh hubungi kami pada bila-bila masa sahaja untuk kami memulakan kerja."  

Wanita yang mengenakan jubah labuh berwarna hijau buah zaiton penuh kerawang dan berselendang pleated labuh berwarna krim itu mengukir senyuman mesra.

"Ya, saya akan hubungi Tuan Razin secepat yang mungkin, kerana saya mahu segera buka bangunan itu memandangkan bangunan yang saya sewa sekarang ni agak sempit dan sudah uzur."

Dari penceritaan mummynya, Puan Hajjah Salina adalah pengasas Rumah Mengaji, sebuah yayasan yang dibuka khas untuk muslimin dan muslimat  belajar mengaji Al Quran secara talaki, bertajwid dan tarranum. Bapanya Tuan Haji Sany Rahmat pula adalah penaung dan penasihat kepada Rumah Mengaji tersebut.

Keluarga Hajjah Salina baru sahaja berpindah semula ke bandar itu. Dahulu Hajjah Salina dan ayahnya Tuan Haji Sany Rahmat menetap di luar negara. Manakala suaminya sudah meninggal dunia kira-kira empat tahun lalu. Arwah suaminya seorang cina mualaf kelahiran Amerika Syarikat dan mereka dikurniakan dua orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Puan Hajjah, saya ada seorang rakan niaga, tapi bukan dalam bidang hiasan dalaman. Rakan saya itu punya sebuah kedai bunga, maksud saya dia mengambil tempahan menggubah bunga segar dan juga bunga tiruan." 

"Kedai bunga? Wahh kebetulan sangat ya, saya sedang mencari florist untuk majlis pertunangan anak gadis saya."

"Ohh ya? Itu sudah bagus kerana saya membantu rakan niaga saya untuk mendapatkan pelanggan memandangkan kedai itu baru beberapa tahun dibuka."

"Kalau macam tu, boleh beri saya kad nama rakan niaga Tuan Razin itu?" Pinta Puan Hajjah Salina teruja.

"Boleh, sekajap ya." Razin lantas bangun dari duduk lalu menuju ke meja kerjanya. Sehelai flyer dan sekeping kartu nama diambil.

"Nah, ini kad nama dan flyer kedainya. Andai Puan berminat boleh lah menghubungi mereka."

Puan Hajjah Salina memerhati kartu nama dan membelek flyer selintas lalu.

"Terima kasih Tuan Razin. InsyaaAllah saya akan baca flyer ni nanti di rumah. Okay lah saya pun ada janji temu lain selepas ini. Jadi saya minta diri dahulu ya."

"Sama-sama, Puan Hajjah. Terima kasih juga sebab sudi untuk memberikan kepercayaan kepada syarikat kami menata rias bangunan yayasan Rumah Mengaji."

Wanita yang sudah berdiri itu, tidak jemu-jemu mengukir senyuman mesra. Razin ikut menemani wanita itu sehingga ke muka pintu.

"Elfira, tolong iring Puan Hajjah Salina turun ke lobi," arahan diberikan kepada setiausahanya itu.

"Ehh, tak payahlah susah-susah sampai nak iring saya. Saya tak perlu layanan first class Tuan Razin. Staff Tuan tu banyak kerja lain nak dibuat." Tolak Puan Hajjah Salina.

"Tidak mengapa Puan Hajjah. At least Puan tidak keseorangan di dalam lif nanti. Kami harus pastikan pelanggan kami dilayan dengan baik dan mesra."

"Allahuakbar, alhamdulillah. Terima kasih Tuan Razin. Kita jumpa lagi nanti ya." Wanita itu mohon pamit buat kali terakhir. Senyuman lansung tidak lekang dari dua ulas bibirnya.

"InsyaaAllah Puan." Sempat dia melambaikan tangannya kepada wanita itu.

Elfira sudah siap menunggu Puan Hajjah Salina di pintu lif. Sebentar kemudian dua figura wanita itu hilang dari pandangan Razin. Dia masuk semula ke bilik. Jam tangan dikerling. Masih ada satu jam lagi sebelum waktu rehat tengahari.

Kembali ke meja kerja. Beberapa foto sebuah rumah di belek. Lama dia menatap foto-foto itu. Walaupun itu adalah kerja pasukannya, namun dia tetap turun padang memberi idea dan cadangan. Dia tidak mahu menyerahkan sahaja bulat-bulat kepada pekerjanya tanpa mengkaji terlebih dahulu.

Dia mahukan hasil yang terbaik dan pelanggannya berpuashati dengan mutu kerja syarikat mereka. Dia mula menyambung kerja.





KETIKA sampai di lobi, Hajjah Salina menalipon pemandu peribadi. Ketika kalut mendail nombor di skrin handphone, tiba-tiba tubuhnya terlanggar seseorang. Hampir terlepas telefon genggamnya dari pegangan.

"Allahuakbar, uhhh, ya Allah, maafkan saya, maafkan saya!" Hajjah Salina menoleh kepada orang yang telah dilanggarnya tadi. Matanya terpaku memandang figura di hadapannya.

"Kal?" Terluah satu nama dari bibirnya. Lelaki separuh baya itu menanggalkan kacamata hitam yang dipakai.

"Kau... Kau Salina kan? Apa kau buat di sini?" Tanya lelaki itu dengan nada terkejut.

Nampaknya lelaki itu masih mampu mengingati wajahnya walaupun sudah lebih dua puluh tahun mereka tidak betemu muka.

Isha ✔Where stories live. Discover now