🦋 44 - Sombong

122 6 0
                                    





AMIERA -
"Haii babe!
Assalamualaikum.
Rindu aku tak?"

Wajah ceria Amiera terpapar dalam sesi video call di laman sembang WhatsApp.

Falisha -
"Waalaikumusalam
Amboi, girang betul kau eh, Mira.
Menang loteri ke apa?
Aku sihat-sihat je kat sini?"

Falisha menghadap paparan skrin laptop.
Wajah sahabatnya itu ditatap.

Falisha -
"Kau pehal, main video call bagai.
Tak boleh ke kau datang kedai aku, hah?"

Amiera -
"Alaa babe, aku banyak kerja la.
Ini pun aku buat call dari office ni ha.
Aku tak boleh lama."

Falisha -
"Dah tahu tak boleh nak cakap lama-lama,
pesal kau call time sekarang?"

Amiera tayang gigi. Pensil ditangan diketuk-ketuk pada meja. Walaupun gambar dalam video itu agak kelabu akibat talian tidak berapa bagus. Masih dia boleh nampak kawan baiknya itu dalam keadaan ceria.

Amiera -
"Wey Isha, Jom esok kita lunch sama-sama nak tak?
Kira jadilah ye. Esok aku call kau.
Jadi tau?
Aku nak offline dah ni.
Bye Isha."

Falisha -
"Ekk eleh minah ni.
Aku belum jawab lagi kau dah nak blah.
Ye lah, ye lah!
Esok aku tunggu kau call.
Hmm bye!"

Falisha kembali menyambung kerja yang tertangguh. Jeffrizal muncul dari belakang. Sengaja dia tidak menegur sapa Falisha.

"Ha, abang Jeff nak pergi mana tu. Belum waktu balik lagi tahu!"

Jeffrizal buat tak dengar. Terus sahaja dia menonong keluar dari kedai. Ke mana tujuannya Falisha tidak pasti. Kerenah Jeffrizal sejak kebelakangan ini amat menjengkelkan Falisha. Setiap waktu mereka akan bertengkar. Perkara kecil pun boleh jadi isu antara keduanya.

"Kak Sha bergaduh lagi ke dengan abang Jeff?"  Ekin perasan tentang ketegangan antara Falisha dan Jeffrizal.

"Takde lah bergaduh, tapi bengang je." Acuh tak acuh sahaja Falisha menjawab. Ekin sekadar mengangguk.

"Ekin, Kak Sha rasa nak balik awal sikit. Ada hal kat rumah."

"Ha ye lah. Ada apa-apa yang Ekin kena buat lagi ke? Kerja Ekin yang ni pun dah nak siap." Tugas Ekin sebagai pembantu yang menguruskan tempahan pelanggan dan hal berkaitan pembelian bahan-bahan untuk gubahan.

"Ekin tolong kemas bahagian meja kerja ibu. Sejak ibu tak sihat, ibu macam dah tak mahu datang kedai lagi. Lepas tu, kalau Ekin nak balik awal pun boleh juga. Bagitahu ayah Kak Sha kalau Ekin nak tutup kedai ya."

"Baik Kak Sha," akur dengan arahan pemilik kedai yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Falisha mengemas kuanter. Laptop dimatikan lalu dimasuk ke dalam beg galas. Selepas mengucapkan salam kepada Ekin, Falisha melangkah keluar dari kedai.

Tidak berapa lama selepas Falisha keluar, Jeffrizal kembali dengan membawa dua bungkusan plastik. Kepulangannya di sambut oleh Ekin yang kembang kempis hidungnya menghidu sesuatu.

"Abang Jeff beli cempedak goreng ke? Semerbak betul baunya," tegur Ekin.

"Ha'ah. Isha mana?" Kelibat gadis itu tidak kelihatan sejak dia masuk tadi.

"Kak Isha dah balik rumah. Ada hal katanya tadi."

"Laa, abang baru nak belanja korang cempedak goreng ni."

Isha ✔Where stories live. Discover now