1

1.9K 29 4
                                    

RIUH-RENDAH suara di pasar kian sayup kedengaran di telinga aku. Mata aku hanya tertumpu pada budak lelaki yang sedang menangis tidak jauh dari aku.

"Huwaa... " Tangis kanak-kanak malang itu.

Entahkan dia ketinggalan atau ditinggalkan. Aku mengetap gigi. Cuma mampu berharap bahawa telahan kedua aku salah.

Aku mendekati budak lelaki tersebut. Setibanya aku di hadapannya, aku melutut. Kedua-dua belah tangan budak itu aku genggam.

"Adik, apa kata kita tunggu ayah adik kat tepi sana" Pujuk aku. Banyak mata yang kian tertumpu ke arah kami. Kedengaran juga bisik-bisik suara yang kurang menyenangkan. Aku tak endahkan mereka.

Kanak-kanak kecil itu aku bawah ke tepi.

_______________ ❤️ _______________

AKU menghelakan nafas lega apabila budak lelaki itu akhirnya berhenti menangis. Penat juga nak memujuk budak-budak ni.

"Dik, apa nama adik?" Aku cuba ajak si kecil itu berbual. Cuba mengorek maklumat diri si kecil itu.

"Nama saya.. Rizqi" Balasnya - perlahan. Suaranya kedengaran serak. Yelah, baru lepas menangis.

"Oh, Rizqi. Sedap nama tu. Umur adik berapa?" Soal aku lagi. Tangan aku mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandang. Rubik kiub.

"Umur saya 8 tahun."

Mata Rizqi tertumpu pada kiub yang berada di tangan aku. Aku memusing-musingkan kiub tersebut untuk memecahkan warnanya.

"Adik ada berapa adik-beradik?" Soal aku lagi - masih memecahkan warna rubik. Mata Rizqi amat fokus pada perbuatan aku.

Selesai memecahkan warna rubik tersebut, aku kembali menyelesaikannya.

"Rizqi?" Panggilan aku terbiar sepi. Wow. Kagum aku dengan fokusnya yang diberi sepenuh perhatian pada tangan aku.

Setengah minit kemudian, rubik itu telah berjaya aku selesaikan. Wajah Rizqi kelihatan berubah ceria dan kagum. Aku tersenyum senang melihat perubahan emosinya..

" Adik, tadi abang tanya sesuatu. Adik dengar tak?" Soal aku kembali.

Rizqi memandang aku dengan pandangan bingung. Tak dengarlah tu.

"Abang tanya apa?" Soalnya pula.

Aku menepuk dahi. "Tak ada apa lah. Abang pun dah lupa."

Aku melihat jam di tangan aku. Setengah jam lagi kalau tiada orang yang menuntut Rizqi, aku nak bawa budak itu ke balai polis yang terdekat.

Rizqi menyelongkar barangan di dalam beg sandangnya. Eh, aku tak cakap yang dia ada sandang beg warna biru ke?

Bekalan yang berisi roti buku tanpa inti dikeluarkan dari beg sandangnya. Roti kosong itu perlahan-lahan disuap ke dalam mulutnya. Belum pun sempat ia disuap ke dalam mulut, aku pantas merampas roti tersebut.

Rizqi kelihatan terpinga-pinga. Macam nak nangis pun ada juga. Aku menudingkan jari ke atas sebagai tanda 1.

"Satu, Rizqi tak baca doa. Dua, abang rasa nak tukar makanan dengan Rizqi. Abang ambil roti Rizqi, Rizqi amik sosej abang." ujar aku sambil menunjukkan bungkusan yang aku beli di pasar tadi. Selain sosej, terdapat juga nasi lemak dan roti canai.

"Baca doa? Apa tu? Macam mana tu?" Soalnya polos.

Aku mengetap gigi lagi. Aku berdecit perlahan. Aku duduk di sebelahnya. Tangan aku tadah.

"Tadah tangan macam ni. Macam nak ambil air." Arah aku.

Rizqi hanya akur dan mengikut.

"Lepas tu baca doa ni. Abang baca, Rizqi ikut tau. Macam ni..." Aku membaca doa diikuti oleh Rizqi.

ADIKWhere stories live. Discover now