"MAK, Awish nak eskem tu!"
Tumpuan si kecil Rizqi dicuri oleh telatah seorang kanak-kanak yang lebih atau kurang usianya. Kalau dengar daripada percakapannya tadi, nama budak tu Awish.
Kami memerhatikan tingkah Awish dengan emaknya.
"Awish nak aiskrim? Jom ibu belikan." Ujar seorang wanita yang masih muda. Ibu kepada kanak-kanak tadi. Dia memimpin tangan Awish melintas ke seberang jalan di mana kedai aiskrim tersebut terletak.
"Yeay, eskem. Yeayyy.." Awish bersorak riang.
Aku memandang Rizqi. Matanya terlihat redup. Sayu. Dekat tapi jauh. Seolah-olah cuba menggapai suatu yang mustahil. Aku tahu dia rindu pada ibunya. Bukan ibu kandungnya, tapi seorang wanita yang berperanan seperti seorang ibu.
Aku mendekatkan tubuh dengan Rizqi. Aku memeluknya dari sisi. Mata si kecil itu masih tak lepas dari memandang ibu dan anak tadi.
"Rizqi tak pernah benci ibu." Tiba-tiba dia bersuara. Cuma mulutnya sahaja yang bersuara, tubuhnya masih kaku dalam dakapan aku.
"Rizqi tak faham kenapa dia benci Rizqi. Rizqi tak nak benci dia walaupun dia pukul Rizqi dan cakap kasar pada Rizqi. Sebab Rizqi yakin suatu hari nanti ibu mesti akan sayang Rizqi."
Air mata Rizqi tumpah ke lengan aku. Aku lihat si kecil itu menunduk ke bawah. Wajahnya menahan tangis. Tersiruk-siruk hidungnya menyedut hingus yang bertapuk dalam hidungnya.
Rizqi menggerakkan tangannya. Telapak tangannya digunakan untuk mengesat air mata yang berjuraian.
Aku mengeratkan pelukan. Wajah aku jatuhkan ke bahu milik si kecil itu.
"Shh.. jangan tahan. Nangis je. Abang tahu Rizqi rindu ibu, kan?" Bisik aku perlahan.
Rizqi menghamburkan sebuah tangisan tak berbunyi. Sebuah tangisan yang tak tertahan besarnya rindu. Air matanya menitik-nitik ke lengan aku.
Rizqi angguk. Mengiyakan pertanyaan aku.
"Rizqi rindu ibu." Ujar Rizqi dalam tangisan.
"Abang tahu. Abang pun rindu ibu abang." Balas aku, masih dalam nada perlahan.
Rizqi membalas pelukan aku.
"Rizqi anggap je abang ni macam ibu Rizqi. Macam ayah Rizqi. Tak, Rizqi anggap je abang ni abang kandung Rizqi. Macam keluarga kandung. Abang takkan tinggalkan Rizqi. Abang janji." Aku berjanji.
"Abang takkan tinggalkan Rizqi?" Rizqi mengulang semula kenyataan aku. Seolah-olah meminta kepastian.
Aku mengangguk.
"Abang takkan tinggalkan adik abang."
_______________❤️_______________
Perspektif ketiga :
"INFO?" Lelaki yang bersut hitam kemas dan tali leher biru gelap itu bersuara. Dia melihat kawasan kemalangan yang masih baru. Masih terdapat sisaan bara api yang kecil dan juga debu serta air dari pemadam api.
"Lori langgar kereta. Kereta yang buat silap. Langgar lampu merah. Tiga orang mangsa dalam kereta dan seorang dalam lori. Identiti pemandu lori dan pemandu kereta dah berjaya disahkan tapi.." Orang bawahan kepada lelaki bersut hitam tadi terjeda dalam berkata-kata. Dia memandang wajah orang atasannya itu dengan raut wajah yang berkerut.
"Tapi?" Lelaki bersut hitam itu menggesa. Tak suka memperlambatkan masa.
"Dua orang penumpang dalam kereta tu tak dapat disahkan identiti diorang sebab.. er.. mayat diorang bercantum." Ujar lelaki itu. Dia macam mahu termuntah mendengar bicaranya sendiri.
YOU ARE READING
ADIK
Teen FictionIni kisah tentang seorang kanak-kanak dan seorang remaja. Ini kisah tentang trauma dan kesannya. Ini kisah tentang kasih sayang dan perjuangan. Ini kisah tentang hubungan adik-beradik. Walaupun mereka tiada pertalian darah. ❗ 🔞 ❗ Start : 16/01/2...