14

278 12 0
                                    

Hari ini merupakan sehari sebelum temu janji yang telah ditetapkan oleh pengawai polis yang bernama Deraman tempoh hari.

Petang itu, Radin telah menghubungi aku dan mengajak aku pergi ke kenduri khawin. Tentulah bukan kenduri khawin dia. Lambat lagi budak tu khawin. Kata Radin, aku dialu-alukan untuk membawa Rizqi. Sempat juga dia mengusik aku.

"Tapi, get ready lah hilang market price. Sebab awek-awek kat sana mesti ingat kau duda anak 1. So, status bujang kau dah hilang harga market kau jadi secondhand. " Ujar Radin sebelum dia ketawa semasa kami sedang telefon.

Tak berlengah, aku memberitahu Rizqi dan kami segera bersiap-siap. Teruja juga budak tu nak pergi majlis khawin. Tak pasti sama ada dia pernah pergi atau tidak sebelum jumpa dengan aku.

_______________❤️_______________

MULUT aku terlopong. Begitu juga Rizqi. Besar betul tempat majlis ni diadakan. Jauh betul pintu masuk dengan pelamin. Meja-meja makan penuh dengan orang. Ramai orang yang menghadiri majlis itu. Pun begitu, tempat itu masih nampak luas walaupun dipenuhi ramai orang.

"Tutup mulut tu, Qal. Masuk setan kang." Usik Radin. Aku pantas menutup mulut. Rizqi juga sama. Si kecil itu menyorok disebelah aku yang bertentangan dengan Radin. Kiranya aku di tengah lah. Rizqi nampak sedikit takut dengan Radin. Tapi pada aku, dengan semua orang pun dia takut kecuali aku.

"Bapak besar tempat ni. Kaya betul family kau." Aku memuji. Majlis khawin ni dianjurkan oleh keluarga Radin memandangkan pengantin tu sendiri merupakan kakak sepupu Radin.

Radin tersengih sendiri.

"Mana ada kaya. Kau pun tahu mak aku kerja apa, kan?" Balas Radin, merendah diri.

Aku angguk. Memang aku kenal emak si Radin ni.

"Maksudnya, kau lah yang kaya. Mesti kau tolong sekali untuk majlis ni. Kau kan anak tunggal." Balas aku.

Rizqi hanya mendengar saja. Kepalanya mendongak melihat aku dan Radin yang lebih tinggi daripadanya.

"Dah, dah. Jom lah kita makan sebelum makanan habis." Radin mengelak daripada membalas kata-kata aku.

"Ha yela. Nanti kau tunjukkan aku pada pengantin. Aku bukannya kenal kakak kau tu." Balas aku.

Kenapa keluarga Radin yang sponsor majlis khawin kakak sepupu dia? Sebab kakak sepupu dia merupakan anak yatim. Ibu bapa dia yang merupakan pak cik dan mak cik sedara Radin telah meninggal dalam satu kemalangan nahas.

"Boleh je."

Radin membawa kami ke tempat makan. Aku membuntuti langkah kawan baik aku itu sambil memimpin tangan Rizqi.

"Jom, adik."

_______________❤️_______________

AKU bersandar pada kerusi. Perut sendiri yang sedikit buncit aku usap. Sendawa aku lepaskan perlahan. Kekenyangan. Sedap betul nasi minyak yang disajikan. Aku memandang Rizqi yang sedikit lambat menghabiskan makanan. Biasalah budak-budak.

Aku toleh kepala apabila perasan sedang diperhatikan.

"Kau tengok apa?" Soal aku setelah mengetahui siapa yang melihat aku. Radin. Pemuda tersebut tersenyum.

ADIKWhere stories live. Discover now