24

260 12 0
                                    

FAIZ bergerak masuk ke dalam ruangan bilik itu. Garinya masih terpasang di tangan. Di dalam bilik tersebut ada sebuah meja.

"Duduk!" Arah pegawai polis yang membawanya ke situ. Sepanjang perjalanannya dari kurungan penjara sehingga ke bilik itu diaturkan oleh pegawai polis tersebut. Faiz akur akan arahan yang diberikan.

Faiz menunggu di dalam bilik itu bersama dengan pegawai polis itu untuk berapa lamanya. Hingga akhirnya pintu bilik tersebut terbuka lagi dari luar. Seorang pegawai polis masuk membawa seorang lagi banduan.

Melihat wajah banduan yang dibawa masuk, Faiz segera bangun dan bergerak dengan niat mencederakan banduan tersebut. Namun, pergerakan dihalang oleh pegawai polis yang menjaganya.

"Duduk, Faiz. Awak tak nak tempoh perlepasan awak ditunda, bukan?" Ujar pegawai polis tersebut memberi arahan supaya Faiz tidak melakukan perkara bodoh yang boleh menyebabkan dia dikurung lebih lama di tempat itu.

Faiz mengetap gigi.

"Kenapa tuan bawa saya jumpa dia ni?" Nada marah kedengaran pada suaranya. Ada sedikit getaran yang menandakan dia sedang menahan amarah.

Faiz memandang wajah banduan yang dibawa masuk ke dalam bilik itu. Banduan tersebut tunduk.

"Duduk, Ahmad!" Pegawai polis yang membawa banduan tersebut mengarahkan banduan tersebut untuk duduk. Banduan tersebut mengikut arahan.

"Kami bawa kamu berjumpa atas permintaan banduan ni sendiri." Ujar salah seorang daripada pegawai polis itu.

Faiz memandang banduan yang sudah mengambil tempat duduk di bertentangan dengannya . Jarak mereka cuma dihalangi dengan meja.

"Jadi? Kau nak apa Mamat?" Soal Faiz.Pandang sinikal diberikan kepada lelaki di hadapannya.

Mamat, banduan tersebut, menundukan wajah.

"Kau pasti tahu yang Lufti dah ditangkap. " Ujar Mamat, perlahan.

"Ya, aku tahu. Bagus. Biar si bangsat tu meringkuk lebih lama dalam penjara ni!" Ujar Faiz dengan puas hati.

"A.. aku yang khianat dia. Aku laporkan posisi kami pada pihak polis." Nada Mamat kian perlahan.

Bam! Meja di antara mereka sedikit bergegar apabila dihentak oleh kedua-dua tangan Faiz yang terikat dek digari.

"Apa plan kau pula kali ni? Sebelum ni kau sama-sama dengan dia, bersubahat untuk jadikan aku pesalah dan sekarang kau khianat dia? Kau ingat kesalahan kau tu boleh jadi ringan kalau kau buat macam tu?" Soal Faiz  Wajahnya didekatkan. Memandang Mamat.

Mamat tunduk.

"Aku tahu salah aku besar.. 10 tahun kau terbazir akibat perbuatan kami. Bencilah aku, marahlah aku.. aku cuma nak minta maaf sahaja pada kau." Tutur mamat.

Faiz tergelak.

"Maaf? Kau ingat aku budak-budak? Bila kau buat salah, kau bagi gula-gula je. Terus budak tu maafkan. Kau fikir sesenang tu?" Ujar Faiz. Nada sinis disuaranya tak hilang lagi.

"Sampai mati pun aku takkan ma-"

"Adik kau mati depan aku, Faiz!" Mamat berteriak kuat.

Faiz terkedu.

"Masa aku tengah buat perkara terkutuk tu, nahas kemalangan yang melibatkan adik kau tu berlaku depan aku, Faiz! Aku tak tipu." Wajah Mamat berubah. Semacam mahu menangis.

"Semuanya berlaku sekelip mata. Macam tuhan nak tunjuk pada aku, dalam satu momen sahaja DIA boleh ambil empat nyawa sekaligus. DIA buat aku soal diri sendiri. Kalau empat nyawa pun dia boleh tarik dalam satu momen, nyawa aku yang satu ni boleh ditarik lebih cepat daripada tu." Mamat mula menggigil. Dia terbayang hari kejadian. Nahas kemalangan itu betul-betul berlaku berdekatan dengannya.

Faiz diam. Cuba mencerna kata-kata Mamat. Dia meneliti wajah lelaki itu. Cuba mengesan penipuan. Namun, tiada. Baru dia perasan, wajah lelaki itu penuh lebam dan bengkak.

"Aku nak bertaubat. Aku tak nak buat perkara terkutuk ni lagi. Tapi, Lufti tak fikir macam tu. Dia nak aku jadi model dalam perfileman dia tu. Aku.. aku.." Mamat mula menitikkan air mata.

Faiz mengerutkan dahi. Entah bagaimana boleh terbit rasa kasihan pada lelaki di hadapannya itu. Padahal dia benci sangat-sangat lelaki itu sebentar tadi.

"Dosa dengan tuhan, aku boleh minta ampun, Faiz. Tapi, dosa dengan manusia, dengan kau.. aku kena minta maaf depan-depan. Sebab itulah, aku jumpa semua budak yang aku pernah paksa dan ugut buat benda tu untuk minta maaf. Aku tak paksa diorang maafkan aku, aku cuma nak minta maaf je." Esak Mamat. Air matanya mengalir deras.

"Sebab tu wajah kau lebam dan bengkak?" Soal Faiz.

Mamat angguk.

"Mak bapa diorang belasah aku teruk-teruk. Dan aku tak bagi pihak polis halang. Tapi diorang halang juga bila keadaan jadi teruk sangat." Ujar Mamat.

Faiz menarik nafas dan kemudian, menghembuskannya perlahan.

"Aku.. susah untuk aku nak maafkan kau macam tu je Mamat. Walaupun kau dah berubah sekalipun, perkara tu dah terjadi. Tapi, kalau betul kau dah berubah, aku doakan yang hati aku akan perlahan-lahan lembut untuk memaafkan kau." Ujar Faiz.

Faiz bangun. Pegawai polis yang menjaganya turut bergerak ke arahnya. Takut lelaki itu cuba mencederakan Mamat.

"Lepas ni, aku harap kita takkan bertemu lagi. Untuk kebaikan kita." Ujar Faiz, membelakangi Mamat yang sedang duduk.

"Tuan, saya nak balik ke kurungan saya." Faiz berujar kepada pegawai polis yang bertugas menjaganya.

Pegawai polis tersebut membawa Faiz keluar daripada bilik tersebut. Meninggalkan Mamat dan pegawai polis yang satu lagi.

ADIKWhere stories live. Discover now