25

256 12 0
                                    

AKU memandang Rizqi yang berada di samping Radin. Kanak-kanak berusia 8 tahun itu sedang melambai pada aku. Hati terasa berat untuk meninggalkannya dalam jagaan Radin walaupun sebentar saja.

"Adik duduk dengan abang Radin elok-elok tau. Jangan kacau dia kalau dia tengah buat kerja." Pesan aku pada si comel.

Rizqi angguk.

"Okay. Adik janji adik tak kacau." Dia memberikan sebuah senyuman yang comel.

"Good boy." Aku mengusap kepalanya lembut.

Aku memandang pula pada Radin.

"Thanks." Ucap aku pendek.

Radin tersenyum kecil.

"Alah, hal kecik je. Dah pergi selesaikan urusan kau tu cepat." Arahnya.

Aku mengangguk. Helmet aku pakai. Aku berjalan mendekati motor dan segera menaikinya. Enjin motor dihidupkan. Gear ditukar.

"Bye, abang." Suara Rizqi kedengaran.

______________❤️______________

AKU mengambil tempat duduk. Wajah di sebalik gelas jernih itu aku tenung. Agak lain daripada apa yang aku bayangkan. Lelaki di hadapan aku itu punya paras yang segak dan kacak. Mungkin sebab itu, Rizqi juga punya rupa.

Aku mengetap gigi.

Gelas jernih itu aku hentak. Kalau tak kerana ada gelas jernih ini yang memisahkan kami, sudah lama lelaki itu aku kerjakan. Lelaki di sebalik gelas jernih itu cuma tersengih.

Gagang telefon diangkat. Lelaki itu turut melakukan perkara yang sama.

"Ayah macam apa kau ni? Anak sendiri pun kau rosakkan!" Aku menghamburkan rasa hati.

Lelaki di hadapan aku itu menyengetkan kepalanya sedikit. Memprovok aku.

"Rosakkan anak sendiri? Siapa? Aku?" Soalnya dengan nada yang membuatkan aku yang mendengarnya terasa jengkel.

Ya, lelaki itu Lufti. Ayah kepada si kecil Rizqi. Ayah yang tak layak bergelar ayah!

"Ya, kau. Syaitan yang bertopengkan manusia. Tak cukup dengan budak-budak kat luar sana, anak sendiri pun kau makan!" Tengking aku lagi.

Lelaki itu tertawa besar. Dia membetulkan posisi duduknya sebelum tiba-tiba menjadi serius.

"Ya, aku memang teruk sebab rosakkan budak-budak kat luar sana tu. Tapi, aku tak sekejam yang kau fikirkan untuk rosakkan anak sendiri." Nadanya serius. Tiada provok atau sarkastik yang cuba dibuat.

"Kau ingat aku nak percaya cakap syaitan macam kau? Budak tu sendiri dah cerita pada aku apa yang kau buat pada dia. Budak tu rosak sebab kau! " Aku masih marah padanya. Sedikit pun kata-katanya aku tak percaya.

Lelaki itu tersenyum kecil.

"Huh." Dia membunyikan nafas.

"Aku rosakkan dia?"

Lufti merapatkan wajahnya dengan gelas jernih itu. Sebelah lagi tangannya menyentuh gelas jernih tersebut. Wajahnya serius. Matanya dibesarkan.

"Dia yang rosakkan aku. Dia syaitan yang sebenarnya. Syaitan bertubuhkan seorang kanak-kanak. That makes a two of us." Ujar Lufti.

ADIKWhere stories live. Discover now