2

918 19 1
                                    

"ADIK.. adik, bangun." Aku mengerakkan tubuh Rizqi perlahan. Namun, tiada respon yang aku terima.

"Rizqi bangun." Ujar aku. Cuba memanggil menggunakan namanya pula.

Mata Rizqi celik. Dia pantas bangun dari katilnya. Baju yang tersarung di badan pantas dibuka. Aku pelik dengan tingkah lakunya.

"Adik buat apa ni? Dah kenapa nak buka baju pula?" Soal aku.

Rizqi hanya diam apabila menyedari aku yang berada di hadapannya. Aku syak dia dah terbiasa melakukan hal itu ketika dikejutkan daripada tidur. Perlakuan tersebut menjadi tabiatnya.

Rizqi melihat ke luar jendela. Dahinya berkerut sekaligus keningnya bertaut.

"Petang lagi ni, bang. Kenapa abang kejut adik?" Soal Rizqi. Dia memandang aku.

"Abang nak ajak adik solat." Aku menjuihkan bibir ke suatu arah. Mata Rizqi mengikut arah yang aku tunjukkan. Ada 2 pasang sejadah yang diletakkan berdekatan.

"Apa tu?" Soal budak lelaki itu. Polos.

"Itu namanya sejadah. Alas untuk kita bersembahyang." Jelas aku.

"Macam mana nak sembahyang?" Soalnya lagi. Aku tersenyum.

"Sebelum abang ajar cara nak solat atau sembahyang, abang kena ajar Rizqi cara ambil wudhu' dulu. Jom masuk bilik air." Aku memimpin tangannya menuju ke bilik air.

Setibanya kami di hadapan pintu bilik air, Rizqi melepaskan pegangan tangan aku. Aku menoleh ke arah Rizqi. Dia kelihatan takut dan tubuhnya menggigil.

Kenapa pula ni? Elok je pagi tadi dia masuk bilik air. Aku jadi keliru.

"Kenapa ni, adik?" Soal aku. Berlembut dengan kanak-kanak kecil itu.

"E.. emak suka pukul adik d.. dalam bilik air." Rizqi mula membuka cerita.

Aku mengetap gigi. Emak apa macam tu?

" Abang janji abang tak buat apa-apa kat Rizqi. Abang ajar ambil wudhu' je. Lepas tu kita belajar sembahyang." Cadang aku. Jari kelingking dihulurkan.

"Janji?" Rizqi mengulang semula perkataan itu. Dia ragu-ragu untuk mengeluarkan jari kelingkingnya.

"Iya, janji." Lafaz aku.

Dua jari kelingking mula bertaut.

_______________ ❤️ _______________

"MACAM mana? Apa rasa lepas solat?" Soal aku pada Rizqi selepas selesai bacaan doa.

Rizqi agak ragu-ragu mahu bertanya. Namun, akhirnya terluah juga perkara yang menjadi tanda tanyanya.

"Abang, kenapa kita solat? Adik tak fahamlah." Ujar Rizqi.

"Okay, macam ni."

Aku memegang tangan kecil Rizqi.

"Manusia dengan manusia, bila kita nak luahkan perasaan, kita akan call guna telefon. Kita akan ceritakan rasa sayang kita, masalah kita pada orang yang kita call."

Terkebil-kebil mata Rizqi mendengar kata-kata aku. Aku menyambung bicara.

"Jadi, kalau dengan tuhan, solat tu adalah merupakan tempat untuk kita call DIA. Tempat untuk kita luahkan masalah, minta petunjuk dan luahkan rasa sayang kita pada DIA." Aku mengakhiri ucapanku.

Rizqi memandangku lama. Mesti ada lagi yang mahu dia tanya.

" Apa lagi adik nak tanya? "

" Abang cakap kita solat ni macam kita call dengan orang lain tapi bezanya kita call dengan tuhan dalam solat. " Petah budak lelaki berusia 8 tahun itu berbicara.

ADIKWhere stories live. Discover now