"BETUL ni?"
Rizqi mengangguk. Aku memandangnya dari cermin pandang belakang motor dengan rasa bimbang dan bersalah. Bunyi enjin motor memecah hening kesunyian.
Enjin motor aku matikan. Kunci aku ambil dan simpan dalam saku. Aku dan Rizqi turun daripada motor.
Aku melutut di hadapan Rizqi.
"Adik pasti ke ni? Kalau adik tak nak atau takut, kita boleh patah balik." Aku menyoalnya lagi. Padahal aku yang bimbang.
Rizqi angguk lagi.
"Rizqi okay je. Abang jangan lah macam ni. Kan kita dah bincang semalam."
Aku tidak pasti akan raut wajah yang aku buat sekarang. Tapi yang pasti ia menggambarkan rasa tidak senang hati aku.
Aku berdiri dan memimpin tangan Rizqi, membawanya ke balai polis tidak jauh di hadapan kami.
Aku perasan pandangan yang Rizqi berikan pada aku walaupun mata aku memandang hadapan. Aku tahu dia memandang aku kerana merasakan gigilan tangan aku.
Kenapa aku pula yang takut? Padahal yang akan mereminisensi trauma itu semula adalah Rizqi dan bukan aku.
Aku cuma takut kehilangan Rizqi selepas ini.
_______________ ❤️ _______________
Sehari sebelum..AKU merapati Rizqi. Si kecil itu sedang ralit menonton cerita kartun yang dipaparkan di televisyen.
"Rizqi, abang nak cakap dengan Rizqi kejap." Ujar aku. Meminta perhatian daripadanya.
Rizqi memalingkan wajahnya. Memandang aku yang berada di sebelahnya.
Aku mengambil remote TV dan memperlahankan suara siaran yang bermain di kaca televisyen tersebut.
"Abang nak tuntut apa yang Rizqi cakap hari tu."
"Rizqi cakap apa, bang? Rizqi lupa lah." Rizqi memandang aku dengan wajah keliru.
Aku menghembus nafas kecil sebelum menyambung bicara.
"Hari tu kan kita ada ternampak ayah Rizqi. Rizqi kata nak cerita bila kita balik. Tapi, lepas kita balik hari tu Rizqi lupa nak cerita. " Terang aku panjang lebar.
Rizqi menundukkan wajah. Wajahnya yang tadi ceria bertukar muram. Rasa serba salah bermain di dada aku. Tapi, aku perlu tahu perkara ini sebelum melanjutkan apa yang ingin aku sampaikan sebenar-benarnya.
"Rizqi cakap pasal tu lain kali, boleh?" Rizqi cuba menunda hari.
"Tak boleh!" Tegas aku. "Abang perlu tahu perkara ni hari ni."
Rizqi mengeluh. Kelihatan riak tidak senang di wajahnya.
"Tapi, Rizqi takut." Kata Rizqi. Suaranya kian perlahan.
"Rizqi takut apa?"
"Rizqi takut ka.. kalau.." Tutur kata Rizqi kian perlahan dan gagap.
"Kalau?" Aku memandang Rizqi dengan wajah yang ingin tahu.
"..kalau abang tak sayang Rizqi lepas Rizqi bagitahu."
YOU ARE READING
ADIK
Teen FictionIni kisah tentang seorang kanak-kanak dan seorang remaja. Ini kisah tentang trauma dan kesannya. Ini kisah tentang kasih sayang dan perjuangan. Ini kisah tentang hubungan adik-beradik. Walaupun mereka tiada pertalian darah. ❗ 🔞 ❗ Start : 16/01/2...