14.5

256 12 0
                                    

"RIZQI suka abang Haiqal?" Soal Radin tiba-tiba. Rizqi menoleh. Tangannya dibiarkan sahaja terkena air yang sedang mengalir. Dia mengangguk.

"Suka!"

"Abang pun suka abang Haiqal." Balas Radin. Radin melihat cermin di hadapannya. Dia membetulkan rambutnya.

Wajah Rizqi sedikit berubah. Radin perasan hal tersebut namun dia buat tak tahu.

"Tapi, abang suka dia sebagai kawan je. Rizqi tahu kan maksud abang?" Radin berujar lagi.

Wajah Rizqi berubah kembali kepada normal. Tidak berkerut seperti tadi. Nampak riak lega di wajah si kecil itu. Rizqi mengangguk sebagai respon. Dia tahu maksud 'suka sebagai kawan'.

"Rizqi kata Rizqi suka abang Haiqal, suka yang macam mana Rizqi maksudkan?" Radin tak berhenti menyoal.

Rizqi memandang tepat ke mata Radin. Cuba memahami apa yang Radin cuba sampaikan.

"Rizqi suka dia macam kawan?"

Rizqi menggeleng.

"Macam ayah?"

Geleng lagi.

"Macam adik-beradik?"

Dan geleng.

"Kalau macam tu, Rizqi suka dia macam mana?" Soal Radin. Dia mahu memastikan apa yang difikirkannya tentang Rizqi ini benar atau tidak.

Rizqi memandang ke sekeliling. Dia menyuruh Radin untuk tunduk dan melutut separas ketinggiannya. Dia berbisik di telinga pemuda itu.

"Rizqi rasa, Rizqi suka abang Haiqal macam- "

Radin memejam mata ketika mendengar jawapan Rizqi. Jawapan yang tidak lari dari fikirannya.

"Abang jangan bagitahu dia tau." Ujar Rizqi.

Radin mengangguk.

"Ye, abang tak bagitahu."

"Janji?" Rizqi mengeluarkan jari kelingkingnya.

Tak ragu-ragu, Radin menautkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking si kecil itu.

"Janji."




ADIKWhere stories live. Discover now