"BYE, abang!"
Laungan Rizqi masih kedengaran walaupun aku sudah jauh. Aku menoleh sekilas melihat lambaian si kecil itu. Aku membalasnya namun sekejap sahaja memandangkan aku sedang memandu motor. Radin di sebelah Rizqi aku pandang sekejap dan kepala aku tundukkan sedikit memberi isyarat. Radin juga berbuat perkara serupa.
Hari ini, Rizqi aku tinggalkan dalam jagaan Radin memandangkan aku telah diarahkan untuk datang seorang diri oleh Deraman. Entah kenapa. Tapi, aku rasa itu lebih baik buat si kecil itu. Memandangkan keadaan mentalnya yang tidak berapa stabil sejak kebelakang ini.
Motor aku pecut laju. Memintas kereta di jalan raya.
_______________❤️_______________
Perspektif ketiga :
"DAH, jom masuk." Ujar Radin. Mengajak Rizqi masuk ke dalam rumah agamnya. Rumah banglo 2 tingkat.
Rizqi menurut ajakan Radin. Si kecil itu berasa kagum melihat ruangan dalam rumah itu yang agak besar dan moden. Berkonsepkan minimalistic.
"Besarnya.." Ujar Rizqi. Mulutnya terbuka lama.
Radin tersenyum. Teringat pada Haiqal yang punya reaksi sama ketika pertama kali datang ke rumahnya.
"Hurm.. apa kita nak buat ye?" Soal Radin pada diri sendiri tapi sebenarnya dia tujukan kepada Rizqi.
"Aiskrim! Tengok cerita kartun. Pastu main game!" Balas Rizqi. Teruja. Semuanya aktiviti yang selalu dilakukan bersama Haiqal.
Radin terangguk-angguk. Seolah-olah bersetuju dengan perancangan itu.
"Okay, jum. Kita buat satu-satu."
"Yeayyy!" Rizqi sedikit menjerit.
_______________❤️_______________
"JADI, Rizqi dengan Abang Haiqal.. macam mana?" Soal Radin tiba-tiba ketika mereka sedang makan aiskrim.
Rizqi yang sedang sibuk menikmati aiskrim itu menoleh.
"Macam mana apa?" Soal si kecil itu.
Radin mengangkat kening sebelah kanannya. Seolah-olah cuba mengingatkan Rizqi pada sesuatu.
"Oh.. tu." Rizqi tersipu malu. Dia teringat apa yang Radin maksudkan.
"Ha.. apa yang Rizqi buat?" Soal Radin lagi. Ingin tahu.
Rizqi membuang pandang ke luar. Wajahnya merah padam. Mungkin malu.
"Rizqi?"
"Rizqi ci.. cium dia." Balas si kecil itu dengan nada gugup.
Radin membeliakkan matanya.
"Pastu, apa reaksi abang Haiqal?" Soal Radin pula.
"Dia.. dia marah lah. Dia kata tu privasi dia. Dia cakap apa yang Rizqi buat tu salah. Pastu, Rizqi minta maaf." Balas Rizqi. Masih lagi malu.
Radin tergelak. Memang tipikal Haiqal yang dia kenal.
"Tapi, kenapa abang tak marah Rizqi? Kan salah Rizqi cium dia?" Kali ini Rizqi pula yang menyoal Radin.
Radin terdiam.
"Er.. sebab Rizqi budak lagi kot. Sebab tu abang tak marah. Kalau Rizqi dah besar nanti, abang marah lah juga." Balas Radin. Kepala yang tidak gatal digaru. Ketahuan dengan Haiqal apa yang dikatakan pada Rizqi ni, mahu dipelangkung kepalanya.
Rizqi terangguk-angguk dengan bunyi O keluar dari mulutnya.
"Habis tu dia takde tanya kenapa Rizqi cium dia?" Radin melanjutkan perbualan.
"Ada. Rizqi jawab, sebab Rizqi sayang dia. Pastu dia balas, kalau nak tunjuk sayang bukan macam tu cara dia." Sepatah-sepatah kanak-kanak usia 8 tahun itu bercakap. Petah benar.
"Oh.."
"Kenapa abang Haiqal cakap macam tu? Cium tu bukan tanda sayang ke? Ayah Rizqi ajar macam tu."
"Sebab sayang yang Abang Haiqal fikirkan tak sama dengan sayang yang Rizqi rasakan." Balas Radin.
Rizqi mengerutkan dahinya. Wajahnya tampak keliru. Dia tidak faham maksud Radin.
"Abang Haiqal fikir Rizqi sayang dia sebagai seorang abang. Dan dia sayang Rizqi pun macam adik sendiri ." Radin menjelaskan.
"Tapi Rizqi sayang dia bukan sebagai seorang abang sahaja tapi lebih dari tu, kan?"
Rizqi angguk.
"Rizqi sayang dia macam.. erm.. suami isteri?" Balas si kecil itu. Tidak pasti.
Radin tundukkan wajah. Apa yang dia buat ni? Dan apa yang dia dengarkan ini? Budak kecil 8 tahun itu bukan sekadar sayang pada kawan baiknya tetapi.. 'cinta'.
Radin memandang wajah Rizqi. Inilah hasil deraan, trauma dan kasih sayang yang bercelaru. Didera ibu bapa sendiri. Trauma dengan semua orang. Jatuh cinta dengan orang yang memberikannya kasih sayang yang sebenar. Celaru dengan perasaan sendiri.
Tetapi, dengan budak kecil itu juga lah Radin sering lihat Haiqal tersenyum. Selepas kematian ibunya, Haiqal sudah jarang senyum.
Sepertimana Haiqal mahu buat apa sahaja supaya Rizqi terus tersenyum, begitu jugalah Radin yang ingin Haiqal terus senyum. Kerana bagi Radin, Haiqal merupakan heronya sejak dari satu peristiwa pada zaman persekolahan mereka.
"Kalau betul Rizqi sayang abang Haiqal macam tu, Rizqi tak boleh buat dia nangis. Rizqi kena buat abang Haiqal sentiasa tersenyum." Ujar Radin sambil memegang kedua-dua belah bahu si kecil itu.
Rizqi menatap wajah lelaki yang merupakan sahabat kepada Haiqal itu.
"Macam mana Rizqi nak buat abang Haiqal senyum?" Soal si kecil itu polos.
Radin tersenyum.
"Senang je. Rizqi kena senyum dulu. Kalau Rizqi sedih, abang Haiqal pun akan sedih. Kalau Rizqi happy, abang Haiqal pun akan jadi happy."
Rizqi terangguk-angguk faham.
*A/N: Author kena clarify yang Haiqal is an absolutely a normal guy. Rizqi is the abnormal kid. Tapi, lagi tak normal sebenarnya kalau Rizqi masih normal selepas apa yang ayah dia dah buat kat dia. So, it's not an issue for him to have kecelaruan seksual. Dan tak mengejutkan pun kalau Rizqi jadi abusive macam mak dia bila dia dah besar nanti. Tapi, memandangkan ada Haiqal dengan dia, tak pasti la. Sama ada Haiqal boleh ubah dia, atau dia yang ubah Haiqal.
YOU ARE READING
ADIK
Teen FictionIni kisah tentang seorang kanak-kanak dan seorang remaja. Ini kisah tentang trauma dan kesannya. Ini kisah tentang kasih sayang dan perjuangan. Ini kisah tentang hubungan adik-beradik. Walaupun mereka tiada pertalian darah. ❗ 🔞 ❗ Start : 16/01/2...