DIA menunggu di ruangan menunggu untuk banduan itu. Kepalanya botak. Pakaiannya merupakan pakaian seorang banduan. Telefon berdekatan dengannya dipandang sepi. Telefon penjara. Bentuknya mirip telefon rumah tetapi tiada butang nombor. Hanya akan berhubung dengan telefon yang berada di sebelah sana.
Pintu bilik untuk ruangan sebelah sana dibuka. Ruangan untuk orang yang melawat banduan sepertinya. Ruangan mereka dipisahkan dengan gelas jernih yang sukar untuk dipecahkan. Dia merenung dua orang lelaki yang masuk ke dalam bilik itu. Dua orang lelaki itulah orang yang sama menyumbat dirinya ke dalam penjara ini.
Lelaki berdua itu menghampiri gelas yang memisahkan ruangan melawat dengan banduan. Lelaki pertama memakai pakaian serba hitam manakala lelaki kedua memakai pakaian normal pegawai polis. Lelaki berbaju hitam itu duduk. Bertentangan dengan dia. Matanya masih tak lepas menatap wajah lelaki serba hitam itu. Mata yang penuh amarah.
Lelaki berbaju hitam itu mengangkat gagang telefon. Dia mengarahkan banduan tersebut untuk berbuat perkara yang sama. Banduan tersebut akur memandangkan tiada perkara lain yang dia boleh buat.
"Kau nak apa?" Banduan tersebut bersuara terlebih dahulu.
"Adik kau.. dia dah tak ada." Lelaki berbaju hitam itu memberitahu. Suaranya serius.
Bam!
Gelas jernih yang memisahkan mereka itu bergetar sedikit akibat dihentak oleh banduan itu.
"Kau jangan bawa bergurau pasal mati! Sial!" Banduan itu menghamburkan amarahnya.
Lelaki berbaju hitam itu mengepal penumbuk.
"Aku tak bergurau pasal mati. Adik kau memang dah tak ada. Dia dah meninggal dunia!" Lelaki itu meninggikan suaranya. Jika dia tidak berbuat begitu, banduan itu tidak akan percayakannya.
Banduan itu terdiam. Matanya dipejam. Wajahnya diraut sebelum matanya kembali dibuka.
"Macam mana dia meninggal?" Perlahan suaranya kedengaran sebelum dia menyambung.
"Dia kena bunuh ke? Siapa bunuh dia? Lufti? Jantan tu bunuh dia ke?" Suaranya kian meninggi. Meja dihentak.
"Faeza.." Rintih banduan itu.
"Bukan, bukan Lufti. Adik kau meninggal sebab kemalangan jalan raya, Faiz" Ujar lelaki berbaju hitam itu. Namun, dia tidak memberitahu perihal 'mayat bercantum' kepada banduan tersebut.
Faiz menghembuskan helaan nafas. Keluhan kedengaran. Argh.. hatinya terasa ngilu. Dia tinggal sebatang kara. Satu-satunya manusia yang ada pertalian darah dengannya sudah tiada!
"Kau datang sini sebab nak bagitahu pasal tu je ke?" Soal Faiz selepas dia sedikit bertenang.
Lelaki berbaju hitam itu menggeleng.
"Budak aku ni.." Lelaki berbaju hitam itu menuding ke arah belakang di mana seorang lagi lelaki yang berbaju pengawai polis rasmi berada. "Dia nak siasat balik kes kau."
"Kenapa? Selepas 10 tahun, baru kau nak siasat balik kes ni. Selepas 10 tahun kau dah aniaya orang tak bersalah, baru hari ni kau nak siasat balik. 10 tahun aku yang terbazir tu macam mana?" Faiz menghamburkan marahnya yang sekian lama terpendam.
Lelaki berbaju hitam itu mengerutkan dahi.
"Kitorang masih tak ada bukti yang kau tak bersalah, Faiz. Jangan lupa, semua bahan bukti tu ada dekat kau masa tu. Budak-budak jadi saksi kau orangnya."
Faiz menahan rasa.
"Aku kena sabotaj. Barang-barang tu dan budak-budak tu semua kerja diorang berdua Mamat dan Lufti!"
"Mamat dan Lufti kenal?" Tiba-tiba pegawai polis yang dibelakang mencelah. Dia sedikit ke depan untuk bercakap dengan Faiz. Faiz memandang tanda nama pegawai tersebut. Deraman.
Faiz mengangguk sebagai respon.
"Kenapa aku tak tahu pasal ni?" Soal lelaki berbaju hitam itu. Entah kepada siapa dia bertanya. Deraman atau Faiz.
"Sebab kau tak pernah dengar apa aku cakap. Saksi yang budak-budak tu bagi pun kau percaya bulat-bulat. Macam mana kalau diorang cakap semua tu tipu? Diorang terpaksa cakap sebab terikat pada sesuatu?"
Lelaki berbaju hitam itu terdiam. Deraman juga sama.
Dua suspek saling kenal? Deraman berfikir sendiri.
"Kalau kami buka balik kes ni, kau boleh bagi kerjasama untuk kami siasat semuanya? Kalau kita berjaya buktikan yang Lufti dan Mamat bersalah, pertuduhan terhadap kau boleh digugurkan dan kau boleh bebas dalam tempoh 2 tahun." Soal Deraman kali ini.
Faiz mengalihkan pandangan. Entah apa dalam fikirannya.
"Aku tak tahu. Kalau dulu, ya aku nak kebebasan dari tempat ni. Tapi sekarang, aku dah tak ada sesiapa kat luar sana. Aku rasa, tempat ni lagi sesuai untuk aku tinggal. Kat sini, aku ada teman. Kalau aku keluar pun, status banduan tu tetap akan melekat." Balas Faiz.
Keadaan menjadi hening buat seketika. Masing-masing dengan fikiran sendiri.
"Bukan semua." Tiba-tiba lelaki berbaju hitam itu bersuara.
"Huh?"
"Bukan semuanya kau hilang. Kau masih ada sesuatu kat luar sana."
"Apa?"
"Bukan apa tapi siapa. Kau masih ada budak 8 tahun untuk diambil peduli."
Faiz tercengang. Dia keliru dengan bicara lelaki itu.
"Faeza ada anak lelaki. Nama dia Rizqi. Satu-satunya ahli keluarga yang kau ada sekarang ni." Lanjut lelaki berbaju hitam itu.
"Aku.. ada anak buah?"
Lelaki berbaju hitam itu mengangguk.
"Mana dia? Aku nak jumpa dia!" Faiz sedikit merayu.
"Dia sekarang dalam jagaan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Rizqi dah anggap dia macam abang kandung sendiri. Nama dia Haiqal. Kau nak jumpa Rizqi dalam keadaan kau yang sekarang ni ke?" Soal lelaki itu serius. Dia memandang Faiz dari atas ke bawah.
Faiz diam. Melihatkan keadaannya sekarang, dia juga bertanda tanya pada diri sendiri.
"Kalau macam tu, aku nak jumpa lelaki tu."
Faiz menatap wajah lelaki berbaju hitam itu. Pandangan yang amat mengharap.
"Aku nak jumpa Haiqal."
_______________❤️_______________
"WARAN tangkap terhadap Lufti dah ada untuk kes dera pada Rizqi, tuan. Sekarang ni tinggal nak tangkap orangnya je." Ujar Deraman.
Hassan mengalihkan pandangannya.
"Kau dah pergi serbu rumah dia?"
Deraman angguk.
"Dah, tuan. Tapi, rumah tu dah kosong. Hanya ada perabot dan baju-baju diorang je." Balas Deraman.
Hassan diam. Memikirkan sesuatu.
"Buat masa ni, cuba periksa CCTV kawasan yang berdekatan. Kalau dia tak pergi jauh dari kawasan tempat tinggal dia, kita masih ada peluang untuk tangkap dia. Kalau tidak, kita terpaksa keluarkan poster wanted pada dia." Ujar Hassan.
"Baik, tuan."
YOU ARE READING
ADIK
Teen FictionIni kisah tentang seorang kanak-kanak dan seorang remaja. Ini kisah tentang trauma dan kesannya. Ini kisah tentang kasih sayang dan perjuangan. Ini kisah tentang hubungan adik-beradik. Walaupun mereka tiada pertalian darah. ❗ 🔞 ❗ Start : 16/01/2...