21

218 13 0
                                    

TOMBOL pintu dipulas sekaligus ditolak menyebabkan pintu terbuka. Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu seorang diri di atas permintaan orang itu sendiri.

Aku mengambil tempat duduk. Di hadapan aku ada seorang lelaki yang agak berusia. Di antara kami terdapat gelas jernih yang memisahkan kami. Lelaki itu merupakan seorang banduan yang aku baru kenal identitinya setelah dimaklumkan oleh Deraman.

Aku mengangkat gagang telefon apabila lelaki itu membuat perkara tersebut.

"Kau.. Haiqal?"

Banduan tersebut memandang aku dengan pandangan yang seakan-akan menilai. Aku mengangguk kepala.

"Kau tahu aku siapa?"

Aku angguk lagi.

"Tahu. Encik Faiz, bapa saudara Rizqi." Balas aku.

Banduan tersebut terangguk-angguk kepala.

"Bagitahu aku, kau.. sayang budak tu?"

"Sayang. Saya sayang dia." Balas aku. Ketika ini baru aku sedar, di hadapan aku merupakan seseorang yang boleh memisahkan aku dengan Rizqi apabila Lufti sudah ditangkap nanti. Lelaki itu punya kuasa untuk membawa Rizqi dalam jagaannya. Aku jadi sedikit takut.

"Sayang? Banyak mana sayang kau kat dia?" Soal lelaki itu lagi.

"Saya.. Rizqi dah macam adik kandung saya sendiri. Saya anggap dia macam satu-satunya ahli keluarga yang saya masih ada." Balas aku dengan yakin. Ya, aku memang sangat sayang pada si kecil itu.

Wajah lelaki itu sedikit berubah. Tadi wajahnya terlihat tegang dan serius, namun kali ini berubah sedikit lembut.

"Kau.. sebatang kara?"

Aku angguk perlahan.

"Okay, aku percaya kau. Aku pasti yang kau dah dimaklumkan, kalau kes aku ni berjaya diselesaikan, aku akan dibebaskan dalam tempoh 2 tahun lagi."

Aku angguk sebagai respon. Benar. Deraman telah memberitahu aku hampir semuanya tentang lelaki di hadapan aku ini.

"Dalam tempoh tu, aku amanahkan kau, Haiqal, jaga Rizqi sebaik-baiknya. Dia satu-satu manusia yang ada pertalian darah dengan aku." Ujar Faiz sambil memandang wajah aku dengan pasti.

"Boleh?"

"Boleh. Tapi, lepas 2 tahun tu? Encik akan ambil dia semula ke?" Soal aku, memerihalkan soal hak penjagaan Faiz.

Faiz terdiam. Agak lama. Barangkali memikirkan sesuatu.

"Sampai masanya nanti, kita akan sama-sama putuskan pasal tu. Kau jangan risau, aku tak kejam." Balas Faiz dengan nada rendah. Mungkin tahu kebimbangan yang bersarang di hati aku.

"Sekarang ni Haiqal.. kita tak banyak masa. Aku nak kau ceritakan pasal Rizqi pada aku. Memandangkan aku tak pernah lihat dan kenal dia. Ceritakan semua pasal dia pada aku. Jangan tinggal satu pun." Pinta lelaki bergelar bapa saudara Rizqi itu.

Aku angguk. Aku mula membuka cerita tentang awal perkenalan aku dengan si kecil itu.

_______________❤️_______________

"AKU tak sangka.. adik perempuan yang dahulu aku bangga-banggakan boleh jadi sekejam itu." Faiz menyeka air matanya yang tumpah mendengarkan cerita aku.

Faiz menggelengkan kepalanya. Aku pasti sukar untuk dia hadamkan segala maklumat yang aku berikan. Sepuluh tahun lamanya dia terperuk dalam penjara ini. Perubahan pada kehidupannya pasti memeritkan.

"Kesian Rizqi. Malang betul anak sekecil itu dapatkan ibu bapa macam diorang berdua tu." Keluhan Faiz terluah.

Aku hanya diam sahaja. Tak mahu menambahkan minyak pada api dan tidak pula mahu menjadi tupai yang memandai-mandai.

"Maaf. Masa lawatan dah tamat. Sila keluar." Seorang pengawal mencelah perbualan kami. Aku mengangguk padanya dan segera bangun.

"Ingat Haiqal. Amanah yang aku berikan hanya pada kau semata-mata. Tolong beri Rizqi kasih sayang yang dia tak dapat dari mak bapa dia dalam tempoh 2 tahun tu. Kalau betul kau sayang dia, buat dia sayang kau. Kalau kau berjaya, aku takkan halang kau untuk terus jaga dia selepas tu." Ujar Faiz semasa dibawa pengawal untuk masuk kembali ke dalam bilik kurungannya.

Aku mengangguk. Amanah yang diberikan bersifatkan sebuah cabaran. Dan aku, pastinya akan menyahut cabaran tersebut.

_______________❤️_______________

AKU mengetuk pintu rumah yang berwarna coklat terang itu. Tak mengambil masa yang lama sebelum pintu dibuka. Wajah Radin terpacul. Dia tersenyum melihat aku. Mata aku melilau ke dalam rumah. Mencari kelibat Rizqi.

"Mana Rizqi?" Soal aku.

Radin membuat muka.

"Amboi, kau. Datang-datang je terus tanya Rizqi. Tanya lah pasal aku ke apa dulu." Cemberut aje wajah lelaki tersebut.

Aku tersengih. Kepala yang tak gatal digaru. Radin membuka pintu dan memberikan aku masuk ke rumahnya yang besar lagikan agam itu. Kaya juga mamat ni.

"Sorry la. Tapi kau dah besar. Pandai dah jaga diri. Budak tu baru 8 tahun. " Balas aku memberi alasan sambil melihat-lihat ruangan dalam rumah Radin. Tampak esklusif.

"Yela.." Balas Radin dengan nada meleret.

"Mana budak kecik tu?" Soal aku lagi. Mencari-cari si kecil itu.

"Ada tu dalam bilik tidur aku. Tengah lena. Penat agaknya lepas main game." Ujar Radin sambil memuncungkan mulutnya ke suatu arah.

Aku menuju ke arah yang ditunjukkan. Pintu bilik dibuka perlahan. Kelihatan tubuh kecik Rizqi berada di atas tilam bersaiz queen yang empuk. Nyenyak tidur dengan tidak berbaju. Aku mengerutkan kening. Kurang berkenan tengok si kecil itu tidur tanpa baju.

"Kenapa kau tak suruh dia pakai baju dulu sebelum tidur?" Soal aku pada Radin. Lelaki itu tahu aku tidak suka perkara tersebut.

"Alah kau.. dengan budak-budak pun nak tegas sangat." Radin membalas acuh tak acuh. Membuatkan aku sedikit geram. Gigi digetap.

"Dari kecik lah kena bertegas, kalau tak dah besar jadi macam kau. Tidur masih tak pakai baju." Bidas aku.

Radin diam. Malas agaknya nak berdebat dengan aku.

Aku menghampiri Rizqi yang sedang tidur nyenyak. Ditangannya kelihatan sedang memegang sekeping gambar. Aku membuka genggaman tangannya perlahan-lahan dan mengambil gambar itu.

Mata terbeliak. Gambar aku dan Radin masa zaman sekolah dulu.

"Ish, kau bagi dia tengok gambar kita masa kecik?" Aku menggelengkan kepala. Buruk sangat wajah aku ketika itu.

"Haah, aku siap cerita lagi pasal zaman nakal kita." Radin gelak selepas itu. Mungkin dia sedang memikirkan perbuatan nakal yang dia maksudkan tadi.

"Takpe lah, janji bukan cerita bukan-bukan." Ujar aku.

"So macam mana? Memandangkan dia tengah tidur, apa kata kau lepak kat rumah aku dulu? Kau pun dah lama tak datang sini." Radin memberi cadangan.

Benar. Dah lama aku tak datang sini. Sebab vibe rumah ni yang macam untuk orang kaya membuatkan diri aku terasa kerdil dan aku tak suka perasaan tu.

"Boleh kot. Tapi setengah jam. Sebelum tu bagi aku pakaikan Rizqi baju dulu. Kang badan dia gatal-gatal tak memasal berbintik-bintik." Balas aku.

"Eh, tilam aku bersih tau. Agak sikit cakap tu." Radin membidas kata-kata aku. Aku membuat muka.

ADIKWhere stories live. Discover now